KUALA LUMPUR: Kerjasama semua pihak - kerajaan, badan bukan kerajaan dan orang awam - adalah penting untuk merealisasikan Inisiatif Sifar Gelandangan, kata Ketua Pegawai Eksekutif My Qaseh Sdn Bhd Trina Thomas Raj.
Beliau berkata, dalam proses melihat hasrat itu terlaksana, perlu ada usaha untuk memastikan peluang pekerjaan, perumahan dan akses kepada sistem kesihatan untuk golongan berkenaan.
Dengan cara itu, jelas Trina lagi, ia bukan sahaja memberi peluang kedua untuk kehidupan yang lebih bermakna kepada golongan tersebut, tetapi juga membantu kerajaan membasmi gelandangan di negara ini.
“Inisiatif Sifar Gelandangan My Qaseh adalah inisiatif pertama diperkenalkan dengan matlamat utama untuk membasmi gelandangan di Malaysia. Kejayaan inisiatif ini bergantung kepada kerjasama dan sokongan agensi, organisasi pertubuhan bukan kerajaan, serta orang awam.
“Gelandangan adalah masalah yang boleh diselesaikan, jika kita semua berganding bahu dan bekerjasama, ia dapat bawa perubahan besar dan peluang kedua dalam hidup mereka. Dengan ini kita juga boleh wujudkan persekitaran tanpa gelandangan di Malaysia,” katanya kepada Astro AWANI baru-baru ini.
BACA: Perkeso sedia 400,000 peluang pekerjaan buat gelandangan - Saravanan
Pada 18 April lepas, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan dilaporkan berkata, 400,000 peluang pekerjaan disediakan buat golongan gelandangan di seluruh negara menerusi inisiatif tersebut.
Ahli Parlimen Tapah itu berkata, peluang yang disediakan dengan kerjasama antara My Qaseh dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) itu melibatkan bengkel latihan reskiling dan upskiling bagi gelandangan, yang ingin mendapatkan pekerjaan baharu.
Tambah Saravanan, pendekatan itu amat penting dalam memastikan golongan terbabit tidak tercicir dalam arus pembangunan negara sekali gus dapat meningkatkan tenaga kerja tempatan.
.
Mengulas lanjut, Trina berkata, My Qaseh mengguna pakai strategi dan pendekatan berbeza untuk mendekati dan berkomunikasi dengan gelandangan, bergantung kepada tempat di mana mereka berada.
“Kami juga akan menyediakan penyelesaian untuk setiap seorang daripada mereka. Pada peringkat awal kami sedia bekerjasama dengan mana-mana agensi, organisasi latihan atau majikan sendiri bagi pastikan gelandangan terima latihan yang sewajarnya untuk pekerjaan pilihan mereka.
“Kami juga berhasrat sediakan perumahan sementara untuk mereka. Mengenai garis masa untuk pelaksanaan inisiatif ini, ia bergantung sepenuhnya kepada jenis kerjasama dan sokongan yang kami terima dari semua pihak termasuk orang awam,” katanya lagi.
Selain itu, Trina berkata, My Qaseh amat memerlukan sokongan dan bantuan dalam sediakan pakej penjagaan dalam pemeriksaan kesihatan untuk golongan berkenaan.
Firdaus Azil
Thu Apr 21 2022
Inisiatif Sifar Gelandangan penting dalam memastikan golongan terbabit tidak tercicir dalam arus pembangunan negara, sekali gus dapat meningkatkan tenaga kerja tempatan. - Foto Astro AWANI
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mari berganding bahu capai Inisiatif Sifar Gelandangan - CEO My Qaseh
Perlu ada usaha untuk memastikan peluang pekerjaan, perumahan dan akses kepada sistem kesihatan untuk golongan gelandangan.
Perkeso sedia 400,000 peluang pekerjaan buat gelandangan - Saravanan
Peluang yang disediakan itu melibatkan bengkel latihan reskiling dan upskiling bagi gelandangan yang ingin mendapatkan pekerjaan baharu.