Maryam Muzamir bukan calang-calang, James Corden sorot kejayaannya!

Astro Awani
September 26, 2021 05:26 MYT
Rancangan bual bicara terbitan stesen CBS itu, yang disiarkan pada 23 September, memfokuskan pada isu perubahan iklim dan kelestarian alam sekitar. - Gambar Twitter @latelateshow
KUALA LUMPUR: Kejayaan Maryam Muzamir mengharumkan nama negara dengan tiga pingat emas dalam Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta Antarabangsa Kanada ke-6 (iCAN 2021), di Toronto, Kanada, bulan lepas mendapat perhatian program bual bicara terkenal, The Late Late Show with James Corden terbitan stesen CBS di Amerika Syarikat.
James Corden menyifatkan Maryam sebagai luar biasa kerana dalam usianya yang masih muda tampil dengan idea inovasinya dan memenangi tiga pingat emas di iCAN 2021.
"Izinkan saya memberitahu anda, anda mungkin pernah mendengar mengenai gadis ini, sungguh luar biasa - Maryam Muzamir. Dia seorang gadis berusia 11 tahun di Malaysia.
"Dia mendapati sisa makanan biasa - kerang makanan laut - berguna dan dia menukar cengkerang itu menjadi makanan haiwan ternakan baru yang sihat," kata Corden dalam segmen pendek dalam satu episod rancangannya pada 23 September lalu.

11-year-old Maryam Muzamir found a use for seafood shells by creating a sustainable livestock feed. Go, Maryam, go! #ClimateNight pic.twitter.com/93cUAX5f61

— The Late Late Show with James Corden (@latelateshow) September 23, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kejayaan Maryam turut mendapat pujian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengucapkan syabas dan tahniah kepada murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Perempuan Methodist, Kuantan, Pahang itu.
Maryam beroleh kejayaan dalam pertandingan inovasi dan reka cipta terbesar di benua Amerika Utara itu selepas mencipta inovasi makanan haiwan daripada kulit udang dan siput sedut.
Maryam bukan sahaja mengenepikan 600 peserta lain dari 70 negara, tetapi beliau juga menjadi pemenang termuda dalam pertandingan tersebut.
Tahniah, adik Maryam!
#Maryam Muzamir #James Corden #iCAN2021 #pingat emas #ismail sabri yaakob