Malaysia Airlines merayu seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat di serata dunia untuk mendoakan keselamatan pesawat miliknya yang hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing sejak awal pagi Sabtu.
Lebih 24 jam selepas penerbangan MH370 itu terputus hubungan pada pukul 1.30 pagi, pasukan pencari dan penyelamat masih belum dapat memastikan kedudukan pesawat jenis Boeing 777-200 itu.
"Pada ketika ini, mereka masih gagal menemui bukti sebarang serpihan bangkai pesawat," kata Malaysia Airlines dalam satu kenyataan yang dikeluarkan awal pagi Ahad.
Usaha mencari di laut diteruskan sepanjang malam manakala operasi udara bersambung pada sebelah siang.
"Kami akan memberikan semua maklumat apabila kami menerimanya," tambah kenyataan Malaysia Airlines itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak lewat petang Sabtu mengumumkan operasi mencari kini diperluaskan sehingga ke kawasan sempadan Vietnam. Operasi turut disertai oleh Singapura, Vietnam, China dan Amerika Syarikat.
Operasi itu juga melibat pertambahan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM).
Penerbangan MH370 membawa 227 penumpang termasuk dua bayi serta 12 anak kapal. Lebih separuh daripada penumpang adalah warga China dan 38 rakyat Malaysia serta warganegara dari 12 negara lain.
Sementara itu, tumpuan mengenai kehilangan pesawat berkenaan turut menjurus kepada kemungkinan wujudnya unsur keganasan.
Ia susulan laporan ada dua penumpang yang tersenarai yang sebenarnya tidak menaiki penerbangan tersebut; seorang warga Itali, seorang warga Austria.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Ahmad Jauhari Yahya bagaimanapun memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi.
Katanya, laporan itu diterima sebagai laporan dan perlu disahkan. Namun pihaknya tidak menolak sebarang kemungkinan termasuklah ketika ditanya apakah mungkin pesawat itu dirampas.
Dalam pada itu, Malaysia Airlines sedang memantau perkembangan di Beijing dengan dekat. Ia mengirimkan 92 kakitangannya yang tiba di ibu negara China itu lewat malam tadi setelah berlepas dari KLIA pada pukul 4.30 petang Sabtu.
Kumpulan yang disertai sukarelawan itu akan membantu ahli keluarga penumpang yang kebanyakannya berada di China.
Malaysia Airlines juga menasihatkan waris terdekat mereka yang menaiki pesawat itu untuk berhimpun di Kuala Lumpur, dengan urusan perjalanan dan perbelanjaan ia tanggung.
"Apabila kedudukan pesawat itu telah disahkan, Malaysia Airlines akan menerbangkan mereka ke lokasi tersebut," kata kenyataan itu.
Astro Awani
Sat Mar 08 2014
Agenda AWANI: Banjir 2.0 | Jaga nyawa diri dan anggota penyelamat
Siap siaga lebih awal, tambah baik pergerakan operasi dan penyelarasan keperluan aset dan logistik. Itu persediaan yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam misi bantuan banjir gelombang kedua dan seterusnya. Temu bual bersama KP JBPM Datuk Noor Hisham Mohammad 8.30 malam ini.
AWANI Ringkas: LRT Mutiara | Sidang Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Dadah | Kes Hilang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus. Jelasnya dalam pindaan ini, kesalahan dibawah Seksyen 233 tidak lagi menjadikan satira dan parodi sebagai suatu jenayah secara automatik.
Faisal Halim antara 94 penerima Anugerah Sultan Selangor
Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim menerima pingat darjah kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Banjir surut, penduduk pulang, tetapi siap sedia kembali ke PPS
Situasi banjir di Terengganu yang mula surut ketika ini membolehkan penduduk terjejas pulang ke kediaman masing-masing, namun mereka sentiasa siap sedia untuk kembali semula ke PPS dalam tempoh Monsun Timur Laut ini.
MTDC perkukuh teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) di bawah program MySTI, dalam usaha memperkukuhkan inovasi dan pengkomersialan teknologi tempatan.
Kerajaan pandang serius isu penyamaran nelayan asing
Jika terdapat penyalahgunaan lesen, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 13 Akta Perikanan 1985 termasuk penggantungan atau pembatalan lesen vesel.
Situasi di Semenanjung Gaza semakin merosot - Pegawai PBB
Penyelaras Kanan PBB berkata, sejak April lepas UNSC telah diingatkan mengenai risiko keruntuhan undang-undang dan ketenteraman.
Mahkamah benarkan kerajaan halang PetroSaudi guna dana RM1.61 bilion
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu membenarkan permohonan kerajaan untuk menghalang PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarahnya, Tarek Obaid, daripada menggunakan dana sebanyak AS$340 juta (RM1.61 bilion) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Boeing bakal berhentikan 2,500 pekerja di AS
Langkah pemecatan itu dikatakan sebagai sebahagian daripada rancangan untuk mengurangkan 17,000 tenaga kerja global.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pekerja Boeing terima cadangan kontrak baharu, tamatkan mogok
Mogok oleh puluhan ribu pekerja Boeing berakhir selepas mereka menerima tawaran yang lebih baik oleh pengeluar pesawat AS itu,
Boeing tawarkan kenaikan gaji 38 peratus kepada pekerja mogok
IAM pada Khamis memaklumkan bahawa 33,000 ahlinya di Boeing akan diminta mengundi tawaran itu pada Isnin ini.
Boeing pertimbang untuk jual perniagaan aeroangkasa
Disebabkan keadaan syarikat semasa, kini Boeing melihat untuk keluar daripada perniagaan tersebut, dan ingin menjualnya.
Mogok: Boeing tingkatkan tawaran gaji dan bonus
Boeing umum rancangan menyelesaikan mogok oleh kesatuan pekerja terbesarnya dengan tawaran baharu kenaikan gaji dan bonus.
Boeing hentikan ujian penerbangan 777X selepas kesan kerosakan struktur
Menurut laporan, pesawat itu telah menyelesaikan penerbangan selama lebih lima jam dari Hawaii sebelum masalah itu ditemui.
Angkasawan NASA mungkin pulang dengan kapsul milik SpaceX
Pertimbangan dibuat jika Starliner masih dianggap tidak selamat untuk kembali ke bumi.
Boeing ramal 2.4 juta pekerjaan baharu dalam industri penerbangan untuk tempoh 20 tahun
Boeing meramalkan keperluan hampir 2.4 juta golongan profesional baharu dalam industri penerbangan bagi tempoh 20 tahun akan datang.