MELAKA: Pandemik COVID-19, program vaksinasi, peralihan ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN), senario ekonomi dan perancangan pembangunan, menjadi antara intipati utama Perutusan Khas Sempena Sambutan Hari Jadi Rasmi ke-72 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.
Dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung melalui laman Facebook Kerajaan Negeri Melaka hari ini, Mohd Ali menyeru agar semua pihak terus bertenang dalam menghadapi situasi penularan COVID-19, berikutan peningkatan kes di Malaysia amnya dan Melaka khususnya pada masa ini.
Katanya, beliau berharap program vaksinasi yang sedang giat dijalankan pada masa ini, dapat membentuk komuniti kelompok dan bakal memulihkan negara dalam tempoh tidak berapa lama lagi, di samping menyeru rakyat terus membudayakan norma baharu dengan mematuhi semua prosedur operasi standard yang telah ditetapkan pihak berkuasa.
"Negeri Melaka dijangka akan beralih ke Fasa Dua PPN menjelang bulan September 2021 dan tanpa kerjasama daripada semua pihak, usaha mengawal penularan COVID-19 ini tidak mampu dicapai dan akan terus memberi kesan negatif kepada sosio-ekonomi Negeri Melaka," katanya.
Mohd Ali berkata, antara cabaran utama pandemik COVID-19 adalah rakyat kehilangan sumber mata pencarian bagi meneruskan kehidupan dan secara langsung turut memberi kesan kepada kadar pengangguran di Melaka.
Katanya pada 2020, Melaka mencatat kadar pengangguran 2.2 peratus iaitu kedua terendah selepas Putrajaya, malah kadar tersebut adalah jauh lebih rendah berbanding 4.5 peratus di peringkat nasional.
Walaupun begitu katanya, laporan pelaburan Melaka pada tahun ini memberi gambaran positif kepada pertumbuhan ekonomi negeri, dan berharap keadaan tersebut terus meningkat sehingga hujung tahun malah pada tahun-tahun mendatang.
Mohd Ali berkata, berdasarkan laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Melaka merekodkan RM3.425 bilion jumlah pelaburan sehingga Mac tahun ini, membabitkan RM3.264 bilion pelaburan asing dan RM161 juta pelaburan domestik.
"Walaupun kita sedang berhadapan krisis ekonomi, saya mencadangkan supaya usaha-usaha untuk mempromosi Melaka sebagai salah sebuah destinasi pelaburan yang kondusif di negara ini, akan terus dipertingkatkan.
"Agensi-agensi seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), Invest Melaka, Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ), serta anak-anak syarikat kerajaan negeri hendaklah melaksanakan peranan masing-masing untuk tujuan tersebut," katanya.
Sebagai negeri yang berteraskan pelancongan, Mohd Ali berkata penutupan sempadan dan sekatan perjalanan telah memberi impak yang ketara dalam sektor ini, malah kedatangan pelancong ke Melaka menunjukkan penurunan ketara, iaitu 5.7 juta pelancong pada 2020 berbanding 18.73 juta orang pada 2019.
"Bagaimanapun, saya amat berbangga dengan usaha pantas kerajaan negeri, mengatur dan merancang supaya sektor pelancongan ini terus diaktifkan, walaupun dalam keadaan yang amat mencabar.
"Inisiatif seperti membangunkan Melaka Tourism Digital Platform dengan kempen Melaka Safe Haven, Melaka Is The Place To Be dan Relax In Melaka, serta kempen Melakan Visit Melaka amatlah bertepatan, dan harus dilaksanakan secara berterusan bagi menarik kehadiran pelancong ke negeri ini pada tahun ini, dan menjadikan Melaka sebagai destinasi pilihan utama," katanya.
Beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan kepimpinan kerajaan negeri dan anggota pentadbiran kerajaan, pasukan keselamatan dan rakyat di sektor swasta, yang berusaha keras untuk memastikan Melaka terus cemerlang.
"Tidak ketinggalan, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada frontliners yang terus cekal bertugas saban hari tanpa mengira penat dan lelah, dalam memastikan situasi COVID-19 ini dapat ditangani dengan baik.
"Saya juga mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa COVID-19 yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya dan mendoakan semoga semua pesakit COVID-19 diberikan kesembuhan segera," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 24 2021
Mohd Ali berkata, antara cabaran utama pandemik COVID-19 adalah rakyat kehilangan sumber mata pencarian bagi meneruskan kehidupan. - Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Lokasi projek tanam benih padi ditukar kerana tidak sesuai - Dr Akmal
Lokasi sawah Kampung Tengah Padang, Merlimau dipilih sebagai projek rintis Ladang Benih Padi Sah, yang dijangka mengeluarkan benih padi yang pertama Melaka, awal tahun depan.
Kadar capaian internet di sekolah di Melaka memuaskan - Exco
Kerajaan Negeri Melaka akan terus mempertingkatkan kadar capaian internet di semua sekolah termasuk di kawasan luar bandar walaupun kini ia berada pada tahap memuaskan.
Dua individu ditahan bantu siasatan minta, terima sogokan daripada firma guaman
SPRM menahan dua individu selama empat hari bagi membantu siasatan berkaitan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman.
Lebih 50 rumah terjejas akibat banjir kilat di Melaka
Sekurang-kurangnya 57 rumah penduduk di Melaka Tengah dan Alor Gajah terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebih dua jam sejak pukul 3 petang tadi.
Melaka cadang wujud bazar Aidilfitri berpusat mulai tahun depan
Jajaran baharu yang dicadang itu akan meliputi kawasan Jalan Jonker hingga Pahlawan Walk, menyediakan ruang niaga yang lebih besar.
Melaka rekod 3.7 juta pelancong suku pertama tahun ini
Antara 60,000 dan 70,000 kenderaan sehari dicatatkan memasuki Melaka setiap hujung minggu, menyumbang kepada peningkatan jumlah pengunjung.
Orang awam di Melaka dilarang makan dwicangkerang - DOF
Hasil analisis terhadap sampel kupang dan air yang diambil dari Sebatu menunjukkan kehadiran alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya.
Setahun mentadbir Melaka: 60 inisiatif sentuhan rakyat berjaya dilaksanakan
Barisan ADUN, Exco dan timbalan Exco yang dipilihnya setahun lalu dianggap pemangkin kepada kejayaannya dalam memimpin dan membangunkan Melaka.
Ejek-mengejek punca dua kumpulan pelajar gaduh
Perselisihan faham dan ejek mengejek melibatkan insiden lama dipercayai menjadi punca seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga cedera dalam pergaduhan di Pantai Puteri, Tanjung Kling di sini Jumaat lalu.
Melaka tak berhasrat tambah insentif Aidilfitri kepada penjawat awam negeri
Katanya bantuan khas kewangan kepada kakitangan kerajaan di Melaka telah diumumkan pada pembentangan Bajet 2024 negeri tahun lepas.