Masih ramai tidak tahu apa itu Revolusi Industri 4.0

Hafiz Marzukhi
April 19, 2018 09:14 MYT
Rata-rata warga kota yang ditemui di Kuala Lumpur masih tidak faham dengan istilah Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
Rata-rata warga kota yang ditemui di Kuala Lumpur masih tidak faham dengan istilah Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
Malah, ada dalam kalangan mereka yang tidak pernah mendengar perkataan tersebut.
Shahrudin Hasan, 36, seorang peniaga ikan bakar mengakui tidak faham dengan istilah itu.
"Saya ada dengar tetapi tidak faham sangat. Tahulah ada kaitan dengan teknologi terkini. Itu sahaja," katanya.
Sementara itu, bagi eksekutif akaun Izat Hasanudin, dia tidak pernah mendengar atau mengetahui mengenai perkara tersebut.

Kita nak lihat pula soal peluang pekerjaan. Rasa-rasanya, anda semua sedar tak tentang Revolusi Industri 4.0 atau IR4.0? Tahukah anda apa benda ni?@501Awani#OrangKL #MalaysiaMemilih

— Hafiz Marzukhi AWANI (@HafizAWANI) April 18, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Secara umumnya, ramai yang masih kurang pemahaman tentang Revolusi Industri 4.0 ini.
Ini didapati melalui undian yang dibuat di Laman Twitter Astro AWANI yang menunjukkan 75 peratus daripada 800 responden tidak mengetahui tentang Revolusi Industri 4.0.
Revolusi itu secara umumnya melibatkan Internet of Things (IoT) dalam hampir semua aspek kehidupan seharian dan berbeza daripada revolusi industri pertama yang tertumpu kepada penggunaan mesin berkuasa wap, kedua kepada elektrik, dan ketiga kepada penggunaan teknologi maklumat (IT).
#Belia #IR 4 0 #isu semasa #Malaysia Memilih #MalaysiaMemilih #peluang pekerjaan #revolusi industri 4 0