Masters Indonesia: Ee Yi tunggu jawapan BAM insiden salah daftar nama

Astro Arena
Disember 23, 2022 00:45 MYT
TEO: Bagi saya tidak kira pemain bebas atau pemain dalam BAM, kesilapan ini tidak patut berlaku dan tidak akan boleh berlaku. - Foto Astro ARENA
PEMAIN beregu lelaki profesional negara, Teo Ee Yi, masih menunggu jawapan daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berhubung insiden kesilapan mendaftarkan namanya bagi Kejohanan Badminton Masters Indonesia di Jakarta bermula 24 Januari depan.
Baginya, walaupun kesilapan itu tidak sepatutnya berlaku, dia tetap akur dengan segala kemungkinan yang bakal tiba.
Bagaimanapun, kesilapan yang berlaku itu mungkin akan memberikan impak terhadap usaha Ee Yi dan pasangannya, Ong Yew Sin, dalam mengumpulkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Dalam satu temu bual Nadi Arena, dia berkata: "Ia memang tidak patut berlaku.
"Bagi saya tidak kira pemain bebas atau pemain dalam BAM, kesilapan ini tidak patut berlaku dan tidak akan boleh berlaku.
"Saya tidak tahu apa isu yang mereka hadapi tetapi ia sudah berlaku jadi saya cuba untuk menerima sahajalah.
"Kalau dapat menyertai Masters Indonesia memang lebih bagus tetapi kalau tidak dapat, tidak boleh buat apa, ia sudah berlaku.
"Semuanya masih dalam perbincangan dan BAM pun masih belum memberikan jawapan, jadi kami masih menunggu lagi. Mungkin minggu depan akan tahu," katanya.

"Memang tak patut bagi saya tak kira kita independent atau dalam player BAM memang tak patut buat salah!!" - Teo Ee Yi#BAM #TeoEeYi #MasterIndonesia pic.twitter.com/1yyPjNxYg1

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 22, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Beregu lelaki profesional negara #salah daftar nama #BAM #Teo Ee Yi #Masters Indonesia