Mengenangkan peristiwa berdarah akibat serangan komunis ke atas balai polis Bukit Kepong 63 tahun yang lalu membuatkan masyarakat di kawasan itu mahukan kerajaan sedia ada di bawah Barisan Nasional (BN) terus kekal memerintah di negara ini.
"Inilah nikmat kemerdekaan yang diperjuangkan selama ini bagi memastikan masyarakat berbilang kaum hidup bersatu dalam suasana harmoni".
Kata-kata itu diluahkan masyarakat setempat melalui tinjauan Bernama bagi mendengar isi hati penduduk Bukit Kepong yang pernah diancam komunis pada 1950.
Mereka menghargai usaha pasukan keselamatan dan kerajaan dalam memastikan Malaysia kekal aman dan stabil sehingga kini.
Biarpun dalam jumlah yang kecil, komuniti Cina yang berhijrah dan terus menetap di Bukit Kepong yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang ini juga amat menyenangi usaha kerajaan BN yang membolehkan mereka menjalani hidup seharian tanpa sebarang masalah.
Peniaga barangan runcit, Lau Say Tiong, 57, berkata beliau berpuas hati dengan usaha kerajaan BN membangunkan infrastruktur seperti jalan raya dan bekalan kemudahan asas.
Kemudahan yang tersedia membuatkan masyarakat setempat dapat menjalankan aktiviti seharian dengan sempurna walaupun jauh dari bandar, kata lelaki yang telah menetap dan mengusahakan kedai runcit itu sejak 35 tahun lepas.
"Calon BN sekarang pun bagus, dikenali ramai orang. Saya jamin 98 peratus BN boleh menang di sini," katanya ketika ditemui hari ini.
BN mempertaruhkan muka baharu, Ismail Mohamed, 42, sebagai calon wakil rakyat Bukit Serampang bagi menentang calon PKR Saadon Abdullah.
Pengusaha bengkel yang hanya mahu dikenali sebagai Teoh pula berkata beliau mahu BN terus menang supaya kemudahan yang dinikmati selama ini dapat diteruskan.
-
"Boleh tolong saya berniaga dengan mudah dan saya tak mahu ada sebarang masalah antara masyarakat pelbagai kaum," katanya.
Seorang pekebun, Chong, 54, berkata beliau gembira dengan keamanan dan hubungan baik sesama penduduk di Bukit Kepong dan tidak mahu anugerah itu hilang jika BN tidak lagi mentadbir negara.
Terdahulu, Ismail bersama-sama penduduk tempatan menikmati sarapan pagi sambil mendengar keluhan serta pandangan mereka sebelum membuat tinjauan mesra di kawasan sekitar.
Ismail berkata jika menerima sokongan penduduk, beliau berhasrat mempopularkan Bukit Kepong yang terletak kira-kira 30km dari Pekan Pagoh menjadi kawasan pelancongan kerana tarikan sejarah yang dimiliki sekaligus menjana ekonomi penduduk sekitar.
Bernama
Tue Apr 23 2013
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
BN mesti dikembalikan di pentas politik, pentadbiran Sabah - PBRS
Barisan Nasional (BN) mesti dikembalikan semula ke pentas utama politik dan pentadbiran Sabah menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.
PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.
PRK Pelangai: Bapa ingatkan Amizar jangan tabur janji bulan bintang
"Usah berjanji bulan bintang semata-mata untuk meraih undi", itu pesan bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.