Kementerian Pendidikan akan berusaha ke arah menjadikan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pilihan utama pelajar untuk melanjutkan pengajian dalam tempoh lima tahun akan datang.
Menterinya Dr Maszlee Malik berjanji untuk mencapai matlamat tersebut dalam tempoh lima tahun, dan berharap ini berjaya melalui kerjasama dengan pemain industri dan pakar TVET.
Beliau berkata TVET adalah antara elemen yang perlu dan penting dalam membentuk asas melahirkan masyarakat berkemahiran tinggi serta mengukuhkan potensi negara bagi pertumbuhan masa depan.
"TVET memberi peluang kepada setiap lapisan masyarakat terhadap pembangunan yang seimbang, mengurangkan kemiskinan serta ke arah kemakmuran ekonomi.
"Kemahiran TVET tidak lagi dilihat sebagai pengkhususan kelas dua," katanya ketika berucap pada majlis jamuan malam sempena berlangsungnya Forum Pakar TVET Asia (ATEF) 2018 di sini pada Isnin.
Pada masa ini, Malaysia mempunyai kira-kira 28 peratus pekerja mahir dan menyasarkan untuk meningkatkan bilangan tersebut kepada 35 peratus menjelang 2020, katanya.
Maszlee berkata pembangunan modal insan berkemahiran tinggi adalah sangat penting bagi membantu Malaysia melonjak ke arah aktiviti nilai tambah lebih tinggi dan pengetahuan intensif dalam kalangan negara maju.
"Kerjasama antara pihak swasta dan institusi pengajian tinggi seperti Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan membantu menaikkan kualiti graduan TVET.
"Malah, UTHM telah membuktikan TVET bukan hanya terpakai untuk pendidikan lebih rendah, sebaliknya diterapkan dalam program PhD melalui sistem Dwi-latihan Nasional dengan kerjasama Universiti Bremen Jerman," katanya.
Mengenai forum dua hari itu bermula hari ini, Maszlee menggesa 73 pakar tempatan dan asing untuk menangani beberapa isu dan perubahan global yang mempengaruhi perkembangan TVET.
Isu-isu itu antara lain adalah untuk mengukuhkan tadbir urus TVET untuk pengurusan lebih baik bagi pihak swasta dan awam, menggalak dan memperluaskan kecekapan kos serta meningkatkan kualiti dan penyampaian program TVET bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan bidang berkenaan.
"Saya percaya, jika semua isu ini dapat ditangani dengan betul, TVET akan menjadi program pilihan kepada khalayak," katanya.
Pada majlis itu, Maszlee turut menyaksikan sesi menandatangani 12 memorandum persefahaman dengan pemain industri tempatan dan asing bagi meningkatkan kerjasama antarabangsa mengenai TVET.
Bertemakan 'Pelaksanaan Menyeluruh TVET Untuk Revolusi Industri 4.0', ATEF 2018 menjadi platform untuk membincangkan isu-isu semasa berkaitan TVET dalam pendidikan tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 23 2018
Maszlee berjanji untuk mencapai matlamat tersebut dalam tempoh lima tahun, dan berharap ini berjaya melalui kerjasama dengan pemain industri dan pakar TVET. -Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
SPRM berjumpa Maszlee isu 1BestariNet
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan perjumpaan dengan bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik melibatkan isu 1BestariNet.
Mansuh UPSR pada pertengahan tahun tindakan terburu-buru, reaktif - Maszlee
Keputusan sebesar itu, jelas Maszlee lagi, sewajarnya perlu persiapan rapi untuk jangka masa yang panjang.
Beri kelonggaran murid berpakaian bebas di sekolah - Ahli Parlimen Pembangkang
Beberapa MP Pembangkang berkata kelonggaran itu wajar bagi meringankan beban kewangan ibu bapa yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Baiki SOP, benarkan restoran beroperasi selepas 8 malam - Ahli Parlimen pembangkang
Ahli Parlimen pembangkang menggesa MKN untuk memperbaiki SOP tersebut kerana ia memberi kesan kepada para peniaga yang hanya bergantung kepada pendapatan harian mereka.
Pejuang didaftar secara rasmi, guna huruf jawi 'Pa' sebagai logo
Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjelaskan, logo berwarna biru pantone itu turut terdapat tiga titik yang bermaksud rukun Islam, rukun Iman dan rukun negara.
Maszlee tolak lantikan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat MARACorp
Maszlee menjelaskan buat masa ini beliau lebih terkesan dengan kesempitan hidup rakyat ekoran pandemik COVID-19.
Maszlee Malik dilantik Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Mara Corp
Jawatankuasa Penasihat ini ditubuhkan bagi memastikan Mara Corp berperanan sepertimana yang dihasratkan.
Dr Maszlee berhasrat tanding Ketua Bersatu Simpang Renggam
Dr Maszlee Malik berhasrat bertanding merebut jawatan Ketua Bahagian Bersatu bahagian Simpang Renggam apabila dilihat menyerahkan borang pencalonan, hari ini.
Usah dibesarkan isu peletakan jawatan Dr Maszlee, fokus isu rakyat - Rina
Keputusan adalah terletak di tangan Perdana Menteri dan ianya perlu hormati.
Sering bercanggah dengan Kabinet didakwa punca Maszlee diminta letak jawatan
Keputusan yang dibuat Maszlee untuk meletak jawatan adalah atas kehendak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.