Spekulasi mengatakan Presiden Amanah, Mohamad Sabu akan bertanding di Pulau Pinang pada PRU14 nanti akhirnya terjawab.

Menurutnya, spekulasi itu tidak benar kerana beliau akan bertanding di Selangor.

“Tidak. Setakat la ni dengar-dengar (tanding) di Selangor. Kita dapat lima kerusi Parlimen di Selangor iaitu Sepang, Shah Alam, Kota Raja, Kuala Selangor dan Hulu Langat.

“Saya akan bertanding di salah satu kerusi parlimen tersebut. Ia akan ditentukan dalam masa sehari dua lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai spekulasi yang mengatakan beliau akan bertanding di Parlimen Bayan Baru.