Bekas menteri besar, Datuk Seri Ahmad Said akan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu, 30 Jun ini.
Adun Kijal itu yang lebih dikenali sebagai Mat Said membuat pengumuman untuk merebut jawatan itu selepas selesai mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Kemaman, awal pagi tadi.
Mesyuarat tersebut yang dipengerusikan Mat Said sebagai Ketua Bahagian UMNO Bahagian Kemaman berakhir kira-kira jam 1.30 pagi.
Turut hadir dalam mesyuarat itu adalah Timbalan Ketuanya yang juga bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum ini turut mengesahkan akan bertanding merebut jawatan Naib Presiden.
Pemilihan UMNO kali ini menyaksikan semua jawatan tertinggi parti termasuk Presiden dan Timbalan Presiden bakal dipertandingkan.
Keputusan semua jawatan tertinggi parti dipertandingkan dibuat susulan kekalahan teruk Umno dan BN pada PRU14, 9 Mei lalu sehingga tampuk pemerintahan negara dirampas Pakatan Harapan (Harapan) yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pendaftaran pencalonan untuk pemilihan parti bagi semua jawatan bermula 1 Jun lalu.
Beliau berkata, pemilihan kali ini dilaksanakan melalui konsep terbuka tanpa perlu melalui pihak lain.
Sinar Harian
Fri Jun 08 2018
Mat Said yang memegang borang pencalonan mengesahkan akan bertanding jawatan Naib Presiden selepas mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Kemaman selesai awal pagi tadi. - Foto Sinar Harian
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Perbicaraan kes hasutan ADUN Kijal bermula 22 April 2024
Mahkamah Sesyen menetapkan lima hari bermula 22 April 2024 bagi perbicaraan kes ADUN Kijal Datuk Razali Idris berkaitan kes hasutan.
Polis ambil keterangan ADUN Kijal
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain menjelaskan Razali disiasat di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.
'Cukup sampai di sini sayang' - UMNO Terengganu umum tanding semua kerusi Parlimen, DUN
Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu berkata parti itu juga optimis untuk merampas kembali kerusi yang kalah pada pilihan raya umum lalu.
"Hukum saya, bukan sukarelawan yang bantu orang miskin" - Ahmad Said
"Hukumlah saya jika didapati bersalah tetapi bukan sukarelawan yang bertungkus-lumus membantu menyampaikan bantuan kepada orang miskin ini."
Siapa kata saya akan bergabung dengan PAS? - Ahmad Said
Ahmad Said berkata beliau masih anggota UMNO dan tidak pernah membuat kenyataan seperti yang dilaporkan akhbar hari ini.
Usul undi tidak percaya Ahmad Said terhadap MB Terengganu ditolak
Usul undi tidak percaya yang dikemukakan Datuk Seri Ahmad Said itu tidak mengikut peraturan ketika beliau mencadangkannya.
Usul undi tidak percaya terhadap MB Terengganu Ahmad Razif
Keputusan sama ada usul itu diterima atau ditolak akan diketahui selepas pukul 2.30 petang nanti.