KUALA LUMPUR: Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) berharap Bajet 2022 yang akan dibentangkan tidak lama lagi bersifat murah hati kepada industri pelancongan dengan bantuan khusus dan bersasar.
MATTA menjelaskan ini terutama untuk pengusaha pelancongan dan agensi pengembaraan yang telah menjadi penyumbang dan pemangkin utama pembangunan industri.
Presiden MATTA, Datuk Tan Kok Liang berkata pemulihan perniagaan pelancongan melibatkan pemberian pinjaman mudah kepada syarikat bertujuan membina semula infrastruktur yang telah musnah, pengekalan pekerja, latihan semula dan penyediaan sokongan untuk memenuhi jangkaan pengguna dan daya saing Malaysia sebagai destinasi pilihan di rantau ini.
"Ekoran pandemik, strategi pelancongan yang ada pada masa ini bersifat lokal berbanding global. Justeru, Bajet 2022 perlu menekankan penyediaan pakej rangsangan pelancongan dan insentif cukai untuk perjalanan peribadi dan korporat.
"Susulan keterbatasan pelancongan domestik, kerajaan perlu menyegerakan rangka kerja dan penyelesaian perjalanan untuk mempercepat pembukaan semula sempadan bagi pelancong antarabangsa," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata MATTA telah mengemukakan kertas cadangan dan harapan Bajet 2022 kepada Kementerian Kewangan supaya dapat membantu sektor ekonomi yang terjejas teruk dan pihak berkepentingannya.
Persatuan pelancongan itu juga menggesa Kementerian Kewangan mewujudkan Tabung Pemulihan dan Pertumbuhan Pelancongan untuk memberikan sokongan kewangan kepada semua pihak berkepentingan dan syarikat persendirian dalam industri itu untuk memulakan kembali, bangkit semula, mengekalkan dan mengembangkan sektor masing-masing pada masa ini dan untuk masa depan.
Tabung itu sewajarnya menyediakan sekurang-kurangnya RM5 bilion untuk permulaan, sebagai kemudahan pinjaman mudah, dengan faedah 1.0 peratus dan tempoh pembayaran balik selama tujuh tahun, jelas MATTA.
Menurut MATTA, kerajaan juga telah dimaklumkan bahawa kebangkitan semula industri pelancongan memerlukan pelan hala tuju strategik yang jelas bagi pembukaan semula sempadan antarabangsa dengan penetapan peraturan dan protokol keselamatan perjalanan.
MATTA menambah, walaupun perjalanan domestik penting namun ia tidak mencukupi untuk memperkukuh keseluruhan industri pelancongan.
MATTA juga memohon supaya Program Subsidi Upah dilanjutkan dari 1 Okt, 2021 sehingga 31 Mac, 2022 sementara menunggu ketibaan pelancong antarabangsa di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 20 2021
MATTA berharap Bajet 2022 yang akan dibentangkan tidak lama lagi bersifat murah hati kepada industri pelancongan dengan bantuan khusus dan bersasar.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
Pameran MATTA: Tourism Selangor optimis capai sasaran 70,000 pengunjung
Sasaran itu mengambil kira pelbagai tawaran pakej pelancongan menarik dan menjimatkan yang disediakan oleh pemain industri.
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen adakan prosiding pertama kes kekecohan di KLIA
Kenyataan itu menyebut prosiding berikutnya dijadualkan pada Rabu ini dan akan dibahagi kepada dua sesi.
Keluarkan bayaran balik penerbangan daripada TTPM - MATTA
Segala rungutan penerbangan perlu dirujuk kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan bukannya TTPM.
Harga pakej umrah dijangka naik
MATTA memaklumkan agensipelancongan dijangka menaikkan harga pakej umrah pada saat akhir sebelum bakal jemaah umrah berlepas ke tanah suci.
MATTA belum terima tarikh kemasukan pelancong China
Pelancong dari China dijangka akan segera melancong ke luar negara termasuk Malaysia sebaik pintu sempadan negara mereka dibuka.
Ketibaan pelancong dijangka cecah 5 juta menjelang hujung tahun - MATTA
Jumlah ketibaan pelancong asing ke Malaysia dijangka mencecah lima juta menjelang akhir tahun ini, menurut persatuan pengembaraan dan pelancongan terbesar negara.
MATTA 2022 berlangsung 9 dan 10 April, tawar pakej dan hadiah menarik
Acara itu kembali dengan kerjasama rakan kongsinya, Malaysia Airlines sebagai syarikat penerbangan rasmi selain Firefly dan MASwings yang menawarkan pelbagai promosi menarik kepada pengunjung.
'Mustahil ada jemaah umrah tidak divaksin' - MATTA sangkal dakwaan KJ
Pihak MATTA meminta pihak Kementerian menyiasat perkara ini dan tidak menuding jari kepada syarikat pengendali umrah.
MATTA harap Bajet 2022 bersifat murah hati kepada industri pelancongan
MATTA berharap Bajet 2022 yang akan dibentangkan tidak lama lagi bersifat murah hati kepada industri pelancongan dengan bantuan khusus dan bersasar.
Wujudkan pasport vaksin ASEAN bagi pulihkan industri pelancongan rantau - MATTA
MATTA membawakan cadangan bagaimana kerajaan negara-negara ASEAN, dapat mengadakan protokol pasport vaksin yang diterima secara meluas.