Mayat seorang kanak-kanak lelaki yang lemas semalam di laut berhampiran Bandar Sandakan ditemui Jumaat.

Mayat Mohammad Nasrin Alih, 8, ditemui terapung oleh nelayan di perairan berhampiran Kampung Sim-Sim dekat sini kira-kira pukul 1 tengah hari.

Ketua Zon Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Andre Andrew berkata mayat ditemui tiga kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan lemas.

Menurutnya operasi mencari mangsa yang ditangguh malam kelmarin disambung pagi Jumaat.

Mangsa lemas ketika bermain bersama rakannya di kawasan laut berhampiran Pangkalan KD Sri Sandakan kira-kira pukul 4.50 petang, dipercayai akibat dihanyutkan arus deras.