Polis percaya mayat lelaki yang ditemui dengan kesan kelar dan tetakan di dalam semak berhampiran Sungai Jarak, Kampung Paya Tok Akil di Tasek Gelugor, dekat sini pada Sabtu lepas adalah warga asing.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Chuah Ghee Lye berkata hasil siasatan dan laporan bedah siasat mendapati terdapat parut suntikan vaksin Bacille Calmette Guerin (BCG) pada lengan kanan mangsa, namun ia dipercayai bukan seperti dimiliki warga tempatan.
"Pada mulanya polis menyangka mayat itu lelaki tempatan kerana terdapat parut suntikan BCG tetapi hasil bedah siasat mendapati ia berbeza dengan warga tempatan yang memiliki parut suntikan di sebelah kiri.
"Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai warga asing yang berasal dari negara ASEAN," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.
Katanya polis masih menjalankan siasatan lanjut kes itu termasuk mengesan mereka yang terlibat dalam kejadian berkenaan dan tidak menolak kemungkinan suspek masih berada di sekitar negeri ini.
Chuah berkata polis sedang menganalisis cap jari mangsa bagi mengenal pasti identiti lelaki berusia lingkungan 30-an terbabit.
"Kami minta majikan atau orang ramai yang kehilangan pekerja atau rakan diminta hadir di mana-mana balai polis untuk membantu membuat pengecaman. Mayat mangsa masih ditempatkan di Hospital Seberang Jaya," katanya.
Beliau turut berharap orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian berkenaan tampil membantu siasatan.
Sabtu lepas, mayat seorang lelaki dengan beberapa kesan kelar pada leher dan tetakan pada badan ditemui dalam keadan terbaring oleh penduduk yang melalui kawasan itu kira-kira 7.30 pagi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 17 2017
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Chuah Ghee Lye berkata polis masih menjalankan siasatan lanjut kes itu termasuk mengesan mereka yang terlibat dalam kejadian berkenaan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Gelombang kedua banjir: Mangsa di pantai timur meningkat
Setakat jam 6 pagi Rabu, jumlah mangsa di dua negeri, iaitu di Terengganu dan Kelantan, meningkat berbanding malam tadi.
Banjir: Jumlah mangsa kembali meningkat susulan amaran hujan lebat berterusan
1,093 mangsa daripada 326 keluarga kini ditempatkan di 27 PPS, di tujuh negeri.
Banjir: Terengganu kembali pulih dengan semua PPS ditutup
Jumlah mangsa banjir di beberapa negeri lain catat sedikit peningkatan ke 10,636 orang setakat jam 9 pagi Sabtu.
Banjir: Situasi makin pulih di tujuh negeri
Menurut Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 62 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di tujuh negeri.
NGO disaran bersikap empati terhadap mangsa banjir
Bantuan PFA penting untuk diberikan kepada kerana mereka memerlukan bantuan dan sokongan dari sudut psikologi.
Banjir: Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Sebanyak 120 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di tujuh negeri.
Mangsa banjir di seluruh negara catat penurunan
Setakat 6 pagi Selasa, sejumlah 94,619 mangsa masih berada di 406 pusat pemindahan sementara (PPS).
Banjir: Jumlah mangsa meningkat sedikit kepada 138,042 setakat 6 pagi hari ini
Sebanyak 41,605 keluarga ditempatkan di 641 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan negeri.
Jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 73,000
Jumlah keseluruhan mangsa kini mencecah 73,390 orang di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Perak dan Selangor.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.