SUNGAI PETANI: Mayat seorang lelaki dengan beberapa kesan kecederaan ditemui dalam keadaan terbaring di perhentian bas Jalan Lencongan Timur, berhampiran Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam yang menemui mayat berkenaan kira-kira jam 11.05 pagi.
Beliau berkata, pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam di mata kanan dan calar ditemui pada kaki mangsa berusia 39 tahun yang berasal dari Skudai, Johor.
"Siasatan lanjut mendapati mangsa dimasukkan ke wad HSAH pada Isnin lepas dan menerima rawatan akibat kecederaan di kepala, lebam mata dan menerima jahitan di bawah mata.
"Bagaimanapun, mangsa dibenarkan keluar dari wad pada Khamis lepas sebelum datang semula ke hospital pada Sabtu bagi mendapatkan rawatan akibat sakit lutut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Adzli berkata, pemeriksaan lanjut dengan pihak HSAH mendapati terdapat kesan kecederaan dipercayai akibat dipukul, namun tiada sebarang laporan polis dibuat mangsa berhubung kes pukul terhadapnya.
"Setakat ini, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut dan ujian COVID-19 akan dilakukan terlebih dahulu sebelum mayat dihantar untuk bedah siasat ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB)," kata beliau.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sat Nov 06 2021
Mayat seorang lelaki ditemui terbaring di perhentian bas Jalan Lencongan Timur, berhampiran Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
Anggota polis didakwa minta, terima rasuah direman empat hari
Tiga anggota polis direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800.
Persembahan bertenaga Dolla pukau penonton di China
Aksi bertenaga mereka mendapat sambutan hangat daripada penonton di negara itu, menandakan langkah berani Dolla keluar dari zon selesa di negara ini mula menampakkan hasil.
AWANI Ringkas: Agihan RM0.67 bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bedah siasat: PSM libatkan jururunding, kontraktor padang SNBJ
Perbadanan Stadium Malaysia akan mengadakan mesyuarat 'post mortem' bersama juruperunding dan kontraktor padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) minggu hadapan.
Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut
Pelapor Khas PBB mendedahkan beliau menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di Genting Gaza.
Pantau Agenda Reformasi: Israel terus berdegil, apa peranan global?
Perbincangan memfokus kepada strategi global dalam mendepani kedegilan rejim Zionism yang terus menerus melancarkan serangan ke arah Palestin walaupun Majlis Keselamatan PBB (UNSC) tela menuntut gencatan senjata segera di Gaza, pada Isnin.
Keliling kampung, ketuk buluh kejut penduduk bersahur
Pasukan gerak sahur di Teluk Bahang di sini masih mengejutkan penduduk di kawasan itu untuk bangun bersahur walaupun sudah dua minggu umat Islam berpuasa.
PADU: Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan - Pakar
Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem PADU berjaya.
7,348 kes jenayah komersial direkod hingga Mac, kerugian lebih RM770 juta
Belum sampai tiga bulan, polis sudah merekodkan 7,348 kes jenayah komersial melibatkan kerugian lebih RM770 juta.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura siasat insiden jambatan di Baltimore runtuh
Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura akan menjalankan siasatan susulan insiden Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland runtuh.
Mayat lelaki Australia ditemui di kondominium Ampang
Mayat mangsa ditemukan selepas aduan bau busuk dibuat oleh penduduk komdominium berkenaan.
Mayat Navalny diserah kepada keluarga
Tidak dikehatui sama ada pihak berkuasa akan membenarkan majlis pengkebumian untuk Navalny diadakan mengikut kehendak keluarga.
Letupan kilang Puchong Utama: "Saya nampak dua mayat dalam keadaan hancur" - Saksi
"Saya nampak dua mayat dalam keadaan hancur," demikian kata seorang saksi kejadian letupan gas di sebuah kilang kejuruteraan dan elektrik, di Jalan Utama 2/26, Taman Perindustrian Puchong Utama.
Kanak-kanak hilang di Sungai Kuala Sat ditemukan lemas
Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang di Sungai Kuala Sat, Ulu Tembeling di Jerantut dekat sini, semalam, ditemukan lemas.
Bot karam dipukul ribut, mayat pemancing ditemui
Mangsa ditemui pada jam 8.37 pagi oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan Unit K9 JBPM.
Mayat dengan kesan tusukan ditemukan di Taman Tunku, Miri
Mayat seorang lelaki dengan kesan tusukan di bahagian muka dan leher ditemukan di sebuah bangunan di Taman Tunku, Miri, semalam.
Mayat lelaki Singapura dikhuatiri lemas ditemui
Mayat lelaki berusia 49 tahun ditemui orang awam kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian.
Mayat wanita ditemui dengan kesan tetakan
Mangsa ditemukan kira-kira jam 11.30 pagi dalam keadaan tangan kanan hampir putus, kesan kelar pada leher dan luka di bahagian dahi kanan.
Israel guna burung pemangsa kesan mayat rakyatnya
Burung helang, hering dan burung pemangsa lain yang dilengkapi alat pengesan telah digunakan untuk mengesan mayat manusia.
Pesawat terhempas Elmina: Empat mayat masih dicari, enam ditemukan
Sekurang-kurang baki empat mayat nahas pesawat yang terhempas berhampiran Elmina, masih dalam operasi mencari.