Mayat seorang lelaki dipercayai dibunuh ditemui di bawah sebuah jambatan di Kilometer 8, Jalan Raya Timur Barat (JRTB), berhampiran dengan jambatan Gerik-Kupang baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gerik, Deputi Superitendan Jamalani Mohd Isa berkata, mayat tersebut ditemui pada petang Ahad lepas oleh sekumpulan jurugambar.
Menurut beliau, dalam kejadian sekitar 2.30 petang Ahad itu kesemua jurugambar itu sedang cuba untuk mengambil gambar pemandangan di atas jambatan berkenaan sebelum terdengar bunyi bising.
"Mereka terdengar bunyi anjing menyalak dan apabila menoleh ke bawah mereka ternampak sekujur tubuh lelaki tertiarap dan hanya memakai seluar panjang berserta tali pinggang.
"Siasatan awal pihak polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati terdapat pita pelekat di kaki dan pergelangan tangan mangsa,dipercayai digunakan untuk mengikat mangsa," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada petang Selasa.
Menurutnya, pihaknya mempercayai mayat tersebut telah dibunuh di tempat lain sebelum dicampak ke sungai berdasarkan kesan darah yang ditemui di tepi jambatan.
"Bagaimanapun,cubaan untuk membuang mangsa ke dalam sungai gagal kerana ianya ditemui di atas rumput di bahagian tebing sungai.
"Hasil siasatan bedah siasat, mangsa disyaki telah meninggal dunia antara dua hingga empat hari dan punca kematian adalah hentakan kuat di bahagian dada dengan menggunakan objek tumpul,"katanya lagi.
Menurut Jamalani, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa yang berkulit cerah dan dipercayai merupakan warga tempatan, berusia sekitar 30-an yang kini ditempatkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.
Nazialita Geynna Maharan
Tue Dec 08 2015
Siasatan awal pihak polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati terdapat pita pelekat di kaki dan pergelangan tangan mangsa,dipercayai digunakan untuk mengikat mangsa. - Gambar hiasan
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tragedi mandi sungai: Mayat Nur Arina ditemui 7 kilometer dari lokasi hilang
Mayat seorang wanita yang hilang dihanyutkan arus semasa mandi-manda bersama ahli keluarganya di Sungai Air Beruk, Jalan Padang Setang, Kampung Kerunai di Gerik pada petang Ahad ditemui hari ini.
Anak dikhuatiri lemas, ibu selamat ketika mandi sungai di Gerik
Nur Arina dipercayai hanyut dibawa arus deras manakala ibunya diselamatkan orang awam dan dibawa naik ke tebing sebelum bomba tiba.
Polis tahan dua lelaki babit kes remaja dirogol, mengandung
Hasil pemeriksaan lanjut dari pihak Klinik Kesihatan Lenggong, mangsa disahkan mengandung.
Kastam rampas rokok seludup bernilai RM2.1 juta
Kastam Kelantan merampas sebanyak 3.2 juta rokok seludup dianggarkan bernilai RM2.1 juta dalam operasi darat pada 29 Jun hingga 5 Julai lepas.
10 cedera, dua selamat dalam kemalangan libat tiga kereta
Sebanyak 10 individu cedera manakala dua selamat dalam kemalangan melibatkan tiga kereta di kawasan Batu Melintang menghala ke Bukit Gerik, Jeli, petang tadi.
Orang Asli maut dipijak gajah di Gerik
Seorang lelaki Orang Asli maut, dipercayai dipijak seekor gajah di kawasan kebun getah Kampung Lerlar, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar, dekat Gerik, petang semalam.
Tak puas hati pembahagian harta, lelaki ugut keluarga ditahan
Polis Daerah Gerik menerima laporan berhubung perbuatan khianat dan ugut itu pada awal pagi Rabu, sebelum melakukan penahanan.
Perhilitan selamatkan gajah jatuh longkang
Perhilitan Perak berjaya menyelamatkan seekor gajah betina yang jatuh longkang di Batu 11, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tugu Peringatan JRTB di sini pada Jumaat.
Gerik kembali ceria selepas sedekad muram
Gerik bukan lagi pekan mati, mural tema tempatan ceriakan suasana sempena Tahun Melawat Perak 2024.
Dua lelaki maut kereta bertembung treler
Dua lelaki maut selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan treler membawa muatan habuk kayu di Kilometer 20 Lebuhraya Timur Barat membabitkan laluan Tasik Banding menghala Gerik hari ini.