KUALA KANGSAR : Mayat seorang wanita tanpa identiti ditemukan dalam keadaan terbakar di tepi Sungai Kuala Kangsar, Kampung Talang Hulu, di sini pada petang Selasa.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat itu pada jam 3.05 petang oleh orang awam.
Menurutnya lagi, hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa telah mati dibunuh dan dibakar di lokasi sama.
"Polis Daerah Kuala Kangsar hadir ke lokasi kejadian dan mengesahkan penemuan berkenaan.
"Unit Forensik (D10) dan Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak turut tiba di lokasi bagi membantu siasatan.
"Daripada penelitian awal berdasarkan fizikal, mangsa dipercayai seorang wanita berbangsa India. Bagaimanapun identiti sebenar mangsa belum dikenal pasti," katanya dalam kenyataan pada Selasa malam.
Dalam pada itu, Mior Faridalathrash berkata mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar bagi proses bedah siasat.
Ujarnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Justeru beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian atau kehilang ahli keluarga, diminta untuk menghubungi balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Kes, ASP Mohd Subkey Alias di talian 013-928 5436.
Aida Aziz
Tue May 31 2022
Mayat seorang wanita tanpa identiti ditemukan dalam keadaan terbakar di tepi Sungai Kuala Kangsar, Kampung Talang Hulu, pada petang Selasa. - Foto ihsan polis
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Mayat tanpa identiti dipercayai dibunuh ditemukan di kebun kelapa sawit
Mayat itu ditemukan berseluar jeans dalam keadaan berulat dan hampir reput dalam rimbunan semak samun.
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung
Mayat seterusnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Semporna untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Tikam, bakar teman wanita dengan niat sembunyi kehamilan
Perselisihan faham tentang kehamilan menjadi punca seorang wanita mati ditikam, ditoreh di bahagian perut dan dibakar di kebun kelapa sawit pada Isnin.
Mayat ditemukan terapung di Port Dickson
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di tengah laut berhampiran Jeti Penumpang Port Dickson pada Sabtu.
Mayat lelaki ditemukan sudah mereput
Mayat tanpa identiti itu ditemui dalam keadaan terlentang oleh orang awam.
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan di Gunung Jerai
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terbaring di kawasan Alor Naga di puncak Gunung Jerai, pada Sabtu.
Mayat lelaki ditemukan terapung di perairan Pulau Pasir
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di perairan Pulau Pasir, Langkawi, pada jam 11.45 pagi Jumaat.
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terbaring dalam kebun betik
Mayat seorang lelaki ditemui terbaring di tanah di dalam kebun betik berdekatan Kampung Dalam Wang dekat Baling pada Ahad.
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan tersangkut pada pukat nelayan
APMM menemukan satu mayat tanpa identiti di kedudukan 2.3 batu nautika barat daya muara Tanjung Piandang, Kuala Kurau pada Rabu.
Empat mayat misteri ditemui terapung di perairan Johor Timur
Kesemua mayat itu ditemukan secara berasingan, di lokasi berbeza sekitar perairan terbabit.