Mazda sudah mempersembahkan model terbaru mereka: crossover CX-3, iaitu model kelima mereka yang menggunakan rekaan Kodo – Soul of Emotion, dan teknologi Skyactiv.

Untuk bahagian luaran, kita dapat perhatikan rekaan yang kelihatan gagah yang datang daripada puncak fender hadapan yang diletakkan betul-betul dibawah A-pillar. Oleh itu bahagian hadapan kereta ini kelihatan lebih panjang dari sebenarnya; bahkan crossover ini secara keseluruhan kelihatan lebih besar dari sebenarnya. Kesan ditambah lagi dengan menjadikan D-pillar berwarna gelap.

Tayar berukuran 18 inci adalah pilihan tambahan yang disempurnakan dengan aloi dengan jejari berkembar tebal.

Saiz CX-3 adalah seperti yang ditunjukkan di bawah:



Pelbagai langkah telah diambil untuk memberi keselesaan dan nilai ergonomik terbaik untuk pemandu; ini termasuk bentuk serta jarak di antara pedal-pedal kaki; pandangan hadapan pemandu yang dioptimakan, bentuk dan tahap kelembutan kerusi juga diteliti dengan cermat.

Ciri penting di dalam kabinnya adalah ketersambungan kereta-penumpang/pemandu. Konsep ‘heads-up’ memudahkan pemandu untuk memproses jumlah maklumat yang banyak tanpa menjejaskan tumpuan. Segala sumber maklumat yang diperlukan ditempatkan pada lokasi terbaik, seperti skrin 7 inci, skrin pemanduan aktif dan tombol rotari.

Ketersambungan ke internet dan komunikasi pula didatangkan oleh sistem MZD Connect (juga dikenali sebagai Mazda Connect di Jepun).

Mazda CX-3 baharu ini boleh dipadankan dengan pilihan enjin-enjin (Skyactiv) 2.0-liter petrol atau 1.5-liter diesel. Kotak gear pula sama ada automatik ataupun manual, kedua-duanya dengan 6 kelajuan. Jika pacuan semua roda tidak menepati citarasa pembeli, spesifikasi pacuan roda hadapan juga ada tersedia.

Sistem pacuan semua roda yang digunakan Mazda untuk CX-3 ini menggunakan kawalan tork aktif yang pertama kali digunakan pada model MX-5 baharu. Sebuah differential pada gandar belakang bukan sahaja kompak tetapi juga ringan.

Antara peralatan keselamatan yang dipasang termasuk i-Activsense ciptaan Mazda yang merangkumi sistem-sistem aktiv dan pasif.

(Klik untuk galeri gambar Mazda CX-5)