Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah membidas Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir kerana mencadangkan pengwujudan jawatan Timbalan Menteri Besar, sedangkan perkara itu tidak terkandung di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah.
Sambil berkata beliau menerima positif cadangan Mukhriz, yang juga bekas Menteri Besar negeri itu, dengan membuat penelitian terhadap Undang-Undang Tubuh Kerajaan negeri tetapi tidak langsung menemui peruntukan mengenai jawatan berkenaan.
"Hasil konsensus dari kalangan ADUN (Anggota Dewan Undangan Negeri) Barisan Barisan Nasional (BN) mahupun kelompok pelaksana dasar itu sendiri, maka apa yang dicadang ADUN Ayer Hitam (Mukhriz) supaya diwujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar tidak berbangkit sama sekali.
"Demikian juga soal penggantian Menteri Besar. Yang Berhormat Ayer Hitam lebih maklum bahawa hak melantik Jemaah Menteri dan juga Menteri Besar adalah hak Ketua Parti (pemerintah). Dalam kes ini, (ia adalah) Yang Amat Berhormat Perdana Menteri," katanya.
Beliau berkata demikan semasa menggulung perbahasan usul menjunjung titah kasih ucapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada persidangan DUN negeri hari ini.
Dalam sidang DUN kelmarin, Mukhriz (BEBAS-Ayer Hitam) mencadangkan agar jawatan Timbalan Menteri Besar diwujudkan untuk membantu Ahmad Bashah berikutan faktor kesihatan menteri besar itu yang sebelum ini mengalami komplikasi usus.
Ahmad Bashah yang juga ADUN Bakar Bata berkata beliau tidak menjangka mengalami masalah kesihatan hampir sebulan ketika baru dilantik menjadi Menteri Besar.
Bagaimanapun, sepanjang menjalani rawatan, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Bakar Din, yang diibaratkannya sebagai panglima lapangan, komited menjalankan tugas-tugas pentadbiran negeri.
"Alhamdulillah, kini saya lebih kental dan sihat malah berupaya meneruskan kerja memberi khidmat. Saya juga ingin ucapkan terima kasih pasukan Pegawai Tadbir Kedah yang cukup serasi dengan saya dan rakan-rakan pentadbiran yang lain," katanya.
Justeru itu, beliau meminta pihak pembangkang agar tidak mencampuri urusan dalam kerajaan memandangkan ia adalah hak kerajaan BN.
"Ketika Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak (bekas Menteri Besar Kedah) ditimpa musibah sakit, Adun BN ketika itu selaku pembangkang, tidak mencampuri urusan dalaman Pakatan dengan mendesak diwujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar," katanya.
Ahmad Bashah dalam penggulungannya turut mengucapkan tahniah kepada Mukhriz yang secara mudahnya dinobatkan sebagai naib presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia tanpa perlu melalui sebarang pertandingan.
Bernama
Thu Aug 18 2016
AHMAD BASHAH: Apa yang dicadang ADUN Ayer Hitam (Mukhriz) supaya diwujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar tidak berbangkit sama sekali. -Gambar fail
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Banjir di Terengganu pulih, di Pahang, Perak, Johor tidak jauh berubah
Situasi banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kemaman ditutup pada 2.30 petang tadi.
Kes bayi beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Usul baharu untuk dakwa Presiden Yoon dibawa ke Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugut tuduhan edar dadah, miliki senjata tiruan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi kepada Peguam Negara (AG) bagi mengugurkan pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram dan memiliki dua pucuk pistol tiruan.
Musk, individu pertama miliki kekayaan lebih AS$400 bilion
Elon Musk menjadi individu pertama yang dianggarkan memiliki kekayaan hingga melebihi AS$400 bilion, lapor Forbes dan Bloomberg. Sebahagian besar kekayaan Musk terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik, Tesla, dan syarikat aeroangkasa, SpaceX.
[TERKINI] Gagal teruskan permainan, slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, tidak dapat meneruskan saingan di final Jelajah Dunia BWF apabila menarik diri akibat kecederaan ketika bertemu, Li Shi Feng, sebentar tadi.
Pemilihan UMNO: Ahmad Bashah menang selesa Ketua Bahagian Alor Setar
Kemunculan semula Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah ke pentas politik diterima baik apabila menang sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Setar dalam pemilihan yang berlangsung pada Sabtu.
Bekas MB Kedah Syed Razak meninggal dunia
Syed Razak meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi di sebuah hospital swasta di Sungai Petani.
Bukan mahu jadi calon PRN, hanya bantu kukuhkan parti - Ahmad Bashah
Beliau berkata, kemunculan semula bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Setar adalah untuk membantu mengukuhkan UMNO, bukannya merebut jawatan dengan sesiapa.
Banjir Baling: Bekas MB Kedah akui beri kelulusan ladang durian musang king
Ahmad Bashah menegaskan kelulusan itu bukan bertujuan untuk pembalakan yang baharu kerana aktiviti pembalakan sudah pun berlaku.
Contohi semangat juang Pas - Ahmad Bashah
Ahmad Bashah berkata, sebagai parti pembangkang, UMNO harus segera belajar menjadi pembangkang yang berkesan dengan menjadikan Pas sebagai contoh terbaik.
Mukhriz setuju sandang jawatan Presiden KFA
Keputusan dibuat selepas mengambil kira permintaan, reaksi dan maklum balas penyokong Lang Merah yang dibuat menerusi kaji selidik dalam laman sosial sebelum ini.
10 ADUN Kedah dijangka angkat sumpah jawatan Exco Selasa ini
Mukhriz berkata sebelum istiadat angkat sumpah jawatan berkenaan, setiap anggota akan menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi mendapat perkenan baginda.
Setiausaha Kehormat KFA letak jawatan
Aminuddin berkata, beliau akan menyerahkan surat peletakan jawatan itu dalam sehari dua ini kepada pihak pengurusan KFA bagi membolehkan pemilihan baharu bagi jawatan itu dibuat.
Jangan terpengaruh dakwaan pembangkang dakwat mudah ditanggalkan
Suruhanjaya Pilihan Raya telah membuat kajian sebelum menggunakan dakwat tersebut bagi memastikan proses pengundian dijalankan secara telus.
Sultanah Maliha dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah
Watikah pemasyhuran itu dibacakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di hadapan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.