SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memohon maaf berikutan insiden pertengkaran membabitkan seorang kakitangannya dan seorang pelanggan semasa berurusan di kaunter Pejabat MBSA Cawangan Kota Kemuning yang tular pada Selasa.
Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, siasatan dalaman mendapati kejadian yang dirakam orang awam itu berlaku pada 26 April lalu.
Menurutnya, kejadian berpunca akibat salah faham di antara seorang pelanggan dan salah seorang petugas di kaunter berhubung nombor giliran.
"Salah faham ini telah dapat diselesaikan setelah pelanggan mengambil nombor giliran dan akhirnya meneruskan urusan pembaharuan lesen perniagaan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Shahrin berkata, MBSA sedaya berusaha memastikan masalah itu tidak berulang dan berharap penjelasan itu dapat memberi gambaran sebenar terhadap isu video yang tular di media sosial.
"MBSA sentiasa mengalu-alukan sebarang pendapat dan cadangan daripada semua pihak demi meningkatkan lagi mutu dan kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh pihak MBSA," katanya.
Sinar Harian pada Selasa melaporkan, tular rakaman video seorang kakitangan MBSA dan seorang pelanggan bertengkar di kaunter Pejabat MBSA Cawangan Kota Kemuning pada Isnin.
Video durasi satu minit 38 saat itu menunjukkan berlaku provokasi antara kedua-dua individu terbabit namun punca sebenar pertengkaran tidak dapat dipastikan.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 17 2022
Siasatan dalaman mendapati kejadian yang dirakam orang awam itu berlaku pada 26 April lalu berpunca daripada salah faham di antara seorang pelanggan dan petugas di kaunter berhubung nombor giliran. -Video tular
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Isu anjing liar: Tengku Permaisuri Selangor kecewa pendekatan ‘catch and kill’
Tengku Norashikin bertitah,banyak lagi kaedah lain yang boleh digunapakai untuk membendung masalah tersebut, termasuk pemandulan (neuter).
MBSA laksanakan projek rintis pemasangan pengecas kenderaan elektrik di PBT
Projek rintis itu dilaksanakan susulan garis panduan memasang pengecas kenderaan EV dikeluarkan kerajaan Persekutan pada September 2023.
MBSA beri kebenaran roboh Stadium Shah Alam - Amirudin
Proses perobohan Stadium Shah Alam bagi pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam yang baharu dijangka dilaksanakan tidak lama lagi.
MBSA sedia 445 CCTV pantau kawasan risiko banjir, tapak pelupusan haram
CCTV berkenaan dipasang bagi pemantauan 24 jam dan sebagai persediaan menghadapi banjir di kawasan pentadbiran majlis itu, termasuk 145 CCTV bergerak di kawasan tapak pembuangan sampah haram.
10 pengecas EV percuma disediakan di Shah Alam
Perkhidmatan berkenaan boleh didapati di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Wisma MBSA dan di pejabat cawangan MBSA.
MBSA tutup jalan sempena Hari Tanpa Kenderaan Ogos 2023
MBSA akan menutup beberapa jalan sempena penganjuran program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan 2023, Ahad ini.
Berkeras halang bomba alih pokok timpa kereta
Tindakan mangsa tersebut dipercayai bertujuan membuat tuntutan kepada pihak MBSA.
Pegawai kanan MBSA didakwa terima Vellfire
Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kejuruteraan MBSA mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menerima Toyota Vellfire 2.5, enam tahun lepas.
MBSA, Prolintas jalin kerjasama sedia laluan khas ketika banjir
MoU bertujuan melaksanakan pelan tindakan banjir yang memberi manfaat kepada penduduk sekitar serta pengguna laluan itu.
MBSA nafi Datuk Bandar Shah Alam ditahan SPRM
Datuk Zamani Ahmad Mansor hanya dipanggil untuk membantu siasatan oleh pihak SPRM pada Rabu.