Datuk Seri Liow Tiong Lai menggesa masyarakat Cina untuk memberi sokongan penuh kepada parti itu untuk membolehkan MCA memberi khidmat lebih baik kepada masyarakat.
Beliau berkata sokongan padu daripada masyarakat Cina kepada MCA akan membolehkan parti memainkan peranan lebih berkesan dalam menyumbang kepada masyarakat melalui banyak cara.
"Untuk MCA mempunyai suara yang kuat dan kehadiran dalam kerajaan Persekutuan dan negeri, kita memerlukan sokongan masyarakat.
"Majoriti kaum Cina perlu membuang sikap "mahu kuda berlari pantas tetapi tidak sanggup untuk memberi makan dengan cukup," katanya pada majlis sambutan ulang tahun ke-67 parti di Wisma MCA di sini, pada Sabtu.
Kira-kira 2,400 ahli MCA, termasuk pemimpin veteran dan pemimpin persatuan Cina menghadiri sambutan itu bertemakan "Merealisasikan Kesederhanaan, Membina Pragmatisme".
Beliau juga berjanji bahawa MCA akan terus menyokong dan memajukan komuniti dalam membangunkan negara.
"Walaupun menghadapi cabaran pada tahun-tahun kebelakangan ini, saya berdiri di hadapan anda semua hari ini untuk menegaskan komitmen MCA menjaga kebajikan masyarakat Cina.
"Kita tidak akan menggugurkan, ataupun meninggalkan perjuangan ini," kata beliau.
Liow juga memberi jaminan bahawa matlamat teras MCA tidak akan berubah termasuk memelihara identiti sekolah jenis kebangsaan Cina, meneruskan warisan pluralisme, menegakkan kebebasan beragama serta memastikan peluang yang sama rata serta hak asasi sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan.
Beliau berkata meskipun menghadapi keadaan ekonomi dan politik semasa, dan juga proses kebangkitan semula parti berikutan pencapaian buruk dalam pilihan raya umum yang lepas, MCA akan terus bergerak ke hadapan.
"Kita harus membuktikan kemampuan kita, bukan sahaja dalam bidang politik tetapi juga melalui pembaharuan ekonomi, serta inisiatif budaya dan pendidikan.
"Justeru, adalah penting untuk kekal fleksibel dalam strategi kita, selagi kita tidak melupakan matlamat jangka panjang kita," kata Liow.
Beliau menambah bahawa sebagai ahli parti yang memerintah, MCA tidak mahu melihat masyarakat Cina dipinggirkan atau hilang arah di persimpangan.
"Kita perlu bersatu untuk menghadapi suasana politik semasa tanpa perasaan berbelah bahagi. Kita akan terus memacu inisiatif dengan matlamat ke arah membangunkan negara, dan untuk melaksanakan program-program bermanfaat yang menyumbang kepada kebajikan masyarakat.
Sementara itu, Liow, yang juga Menteri Pengangkutan berkata parti itu akan terus memupuk hubungan lebih erat dengan persatuan-persatuan Cina dalam usaha untuk mengukuhkan perpaduan masyarakat Cina.
"MCA dan persatuan-persatuan Cina akan menjadi lebih teguh bersama untuk membentuk satu kuasa bagi memperjuangkan kesederhanaan, dan memastikan negara terus mengekalkan pluralisme dan memelihara perpaduan kaum, kestabilan negara dan pembangunan untuk masa depan yang lebih baik," katanya.
Beliau berkata kerjasama itu juga membolehkan kedua-dua pihak bekerjasama bagi memanfaatkan peluang perniagaan luas yang ditawarkan oleh Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) dan inisiatif ekonomi "Satu Jajaran, Satu Laluan" yang diterajui oleh China.
Selepas sambutan itu, Liow menghadiri taklimat tertutup selama empat jam dengan perwakilan pusat mengenai sistem undian terus yang dicadangkan.
Ketika ditemui pemberita kemudian, beliau berkata cadangan itu diterima baik oleh perwakilan, sambil menambah beliau akan menjelajah ke seluruh negara dalam tempoh dua bulan akan datang untuk menjelaskan kepada pemimpin akar umbi mengenai mekanisme baharu itu.
Mekanisme baharu itu apabila dilaksanakan membolehkan kira-kira 32,000 perwakilan dari peringkat bahagian untuk mengundi terus bagi presiden parti kepada ahli jawatankuasa pusat, berbanding sistem sekarang apabila hanya 2,365 perwakilan pusat dibenarkan mengundi.
Bernama
Sat Mar 05 2016
Beliau juga berjanji bahawa MCA akan terus menyokong dan memajukan komuniti dalam membangunkan negara. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
PRU15: 'Perubahan situasi hari ini menakjubkan, membuka mata saya' - Tiong Lai
Tiong Lai antara lain menjelaskan persepsi terhadap 'partinya' kini bertukar 180 darjah dalam tempoh sehari selepas PRU15.
PRU15: Rara berjaya tawan Bentong
Young Syefura Othman dari Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan kerusi Parlimen Bentong meskipun bersaing sengit dengan pencabarnya daripada Barisan Nasional (BN), Tan Sri Liong Tiow Lai.
PRU15: 'Sakit hati tengok Bentong ke belakang, rakyat tidak akan tertipu kali kedua' - Tiong Lai
Liow Tiong Lai yakin mampu membawa pembangunan di kawasan itu sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.
PRU15: Young Syefura sah bertanding kerusi Parlimen Bentong
Beliau dijangka berdepan saingan sengit daripada bekas Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dikatakan mahu merebut semula kerusi terbabit.
PRU15: Parlimen Bentong bakal jadi kerusi panas?
Parlimen Bentong menjadi kerusi selamat buat MCA selama 13 PRU sebelum dirampas DAP pada tahun 2018.
PRU15: MCA sokong penuh pencalonan Liow rampas kembali Parlimen Bentong
MCA menyokong penuh pencalonan bekas Ahli Parlimen Bentong Tan Sri Liow Tiong Lai untuk merampas kembali kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Acryl Sani, Nor Shamsiah, Azam Baki, Hadi Awang dianugerah gelaran Tan Sri
Seramai 19 individu menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran Tan Sri.
BN belum terima permohonan rasmi MCA keluar parti
Barisan Nasional menghormati keputusan dibuat parti-parti teras dan apa pun keputusan mesti dibuat secara rasmi untuk tindakan selanjutnya.
Tiong Lai tidak mampu menahan deraian air mata
Dalam ucapan terakhirnya sebagai presiden, Tiong Lai zahirkan penghargaan kepada mereka yang membantu mengembangkan karier politiknya.
Wee Ka Siong presiden baharu MCA
Satu-satunya wakil rakyat MCA di Dewan Rakyat itu, memperoleh 447 undi dan mengatasi saingan terdekatnya Ketua MCA Bahagian Kluang, Gan Ping Sieu yang memperoleh 182 undi.