KUALA LUMPUR: Satelit MEASAT-3d yang dijadual dilancarkan pada Khamis, akan melengkapkan lagi usaha syarikat telekomunikasi (telco) tempatan sedia ada menyediakan perkhidmatan ketersambungan jalur lebar berkelajuan tinggi merentasi seluruh negara, terutama di kawasan pedalaman dan terpencil.
Profesor Adjung Fakulti Teknologi dan Informatik Razak Universiti Teknologi Malaysia Dr Tharek Abd Rahman berkata, ini memandangkan telco memerlukan perbelanjaan tinggi untuk menyediakan kemudahan menara yang diperlukan bagi tujuan sambungan perkhidmatan jalur lebar di kawasan pedalaman tertentu di negara ini.
"Satelit MEASAT-3d itu boleh meliputi keseluruhan negara sedangkan telco sedia ada sebaliknya tidak boleh menampung keperluan negara kerana memerlukan kemudahan menara di daratan," katanya kepada Bernama.
Dr Tharek berkata satelit MEASAT-3d itu juga adalah lebih khusus bagi tujuan ketersambungan jalur lebar.
"Saya difahamkan bahawa satelit yang bakal dilancarkan ini mempunyai 10 kali kapasiti lebih tinggi berbanding satelit sedia ada.
"Pada masa ini, kerajaan sedang memperluas liputan 4G. Teknologi 4G itu sendiri sudah memadai untuk memberi ketersambungan jalur lebar tetapi untuk membolehkan telco meliputi semua kawasan khususnya di pedalaman akan memerlukan kos amat tinggi. Inilah alasannya mengapa satelit ini diperlukan bagi melengkapkan perkhidmatan mereka," katanya
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi MEASAT Satellite Systems Sdn Bhd (MEASAT) Yau Chyong Lim berkata pelancaran satelit itu akan membolehkan syarikat tersebut membantu mewujudkan masyarakat digital yang terangkum atau inklusif serta menyokong aplikasi jalur lebar berkelajuan tinggi seperti Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0), Internet Pelbagai Benda (IoT) dan teleperubatan.
"Menerusi perkhidmatan MEASAT-3d dan CONNECTme NOW, kami menyasarkan untuk dapat mengisi jurang jalur lebar di lokasi tiada liputan rangkaian mudah alih 4G, 5G atau fiber di Malaysia, bagi menyediakan akses internet kepada penduduk yang terpinggir," katanya.
Yau berkata, satelit MEASAT-3d yang akan dilancarkan dari tapak pelancaran European Spaceport di Kourou, French Guiana, akan memastikan pertumbuhan dan kelangsungan perkhidmatan berterusan untuk penyiar terkemuka di dunia serta televisyen satelit Perkhidmatan Langsung Ke Rumah (DTH) kepada lebih 20 juta isi rumah di seluruh Malaysia, Indonesia dan India.
Beliau berkata, satelit bernilai RM1.2 bilion itu yang mempunyai jangka hayat selama 18 tahun, dimiliki oleh MEASAT -- syarikat tempatan milik penuh rakyat Malaysia, namun keupayaan perkhidmatan MEASAT-3d sebaliknya lebih luas dan meliputi Asia Tenggara, Asia Pasifik, Afrika dan Eropah Selatan.
"MEASAT-3d akan melengkapkan lagi MEASAT-3a dan MEASAT-3b pada 91.5 ? E 'hotslot' yang menyediakan peningkatan dan lebihan kapasiti untuk perkhidmatan DTH Astro selain perkhidmatan penyiaran, telekomunikasi, dan jalur lebar internet," katanya.
Menurut Yau, MEASAT turut menyokong penuh aspirasi kerajaan bagi mencapai sasaran 100 peratus akses internet menjelang 2025 di bawah Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) dan juga inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) dalam menghubungkan dan pendigitalan negara.
"Dalam jangka panjang, ini menjanjikan usaha bagi meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia, termasuk mereka yang menetap di kawasan paling terpencil di negara ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 22 2022
MEASAT-3d akan dilancarkan dari European Spaceport di Kourou, French Guiana yang terletak di Amerika Selatan. - Gambar hiasan/measat.com
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
MITRA rangka pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sedang merangka pelbagai program bantuan yang bersesuaian bagi pembangunan kaum itu.
MEASAT-3d: Malaysia mungkin capai 100 peratus liputan jalur lebar - Annuar Musa
Pelancaran satelit MEASAT-3d memungkinkan negara untuk mencapai liputan jaringan jalur lebar sehingga 100 peratus sebelum tahun 2025, ujar Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.
Isyarat pertama MEASAT-3d berjaya diterima
Ini sekali gus menandakan pelancaran satelit itu berjaya sepenuhnya.
MEASAT-3d mampu tingkat keupayaan capaian internet di bandar, sub-luar bandar - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin pelancaran satelit MEASAT-3d akan meningkatkan keupayaan capaian internet di kawasan bandar dan sub-luar bandar.
WTC meriah, ramai teruja saksi pelancaran MEASAT-3d
Biarpun tidak berada di Kouru, French Guaina, Amerika Selatan, orang ramai yang hadir di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini tetap teruja untuk menyaksikan pelancaran satelit MEASAT-3d awal pagi ini.
Satelit MEASAT-3d berjaya dilancarkan
Satelit terbaharu MEASAT-3d berjaya dilancarkan awal pagi ini yang bakal membuka ruang kepada usaha menambah baik sistem sedia ada.
MEASAT-3d : Malaysia tidak boleh berfungsi secara silo
Malaysia tidak boleh berfungsi secara silo dalam memastikan semua penduduk mendapat akses kepada jaringan perhubungan antara satu sama lain.
MEASAT-3d bakal tingkat faktor kebolehpercayaan, tampung lebih ramai pengguna
Melalui pelancaran satelit ini membolehkan penduduk di pedalaman menikmati rangkaian yang stabil.
MEASAT-3d: Tarik lebih ramai anak muda ceburi bidang aeroangkasa
Pendedahan terhadap ilmu aeroangkasa adalah sesuatu yang perlu dilihat secara serius dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju.
MEASAT-3d pelengkap usaha telco sedia jalur lebar kelajuan tinggi ke seluruh negara
Satelit MEASAT-3d akan melengkapkan lagi usaha syarikat telekomunikasi tempatan sedia ada menyediakan perkhidmatan ketersambungan jalur lebar berkelajuan tinggi.
MEASAT-3d bakal tambah baik perkhidmatan internet negara
Ia membolehkan MEASAT mewujudkan masyarakat inklusif digital dan menyokong aplikasi jalur lebar berkelajuan tinggi