KUANTAN: Seorang mekanik kerugian lebih RM170,000 apabila menjadi mangsa penipuan sindiket Macau Scam selepas terpedaya dengan dakwaan kononnya dia terlibat jenayah berkaitan pengubahan wang haram pada Isnin.
Ketua Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa yang berusia 62 tahun itu telah menerima panggilan telefon daripada pihak polis ketika berada di rumahnya di Kampung Paya, di sini.
Menurutnya, suspek memaklumkan bahawa mangsa telah terlibat dalam pengubahan wang haram dan diminta supaya membuka satu akaun bank bagi tujuan siasatan.
"Mangsa menuruti arahan suspek dan memindahkan wang RM520,000 ke dalam akaun bank tersebut.
"Selepas itu, mangsa telah menghantar gambar kad pengeluaran wang automatik (ATM) pada bahagian depan dan belakang miliknya kepada suspek," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Mohd Wazir menjelaskan, mangsa kemudian telah mendedahkan dua maklumat akaun bank miliknya kepada suspek dan menyebabkan wang simpanan lebih RM170,000 lesap.
Susulan itu, Wazir berkata, mangsa tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuantan, selepas menyemak semula akaunnya pada Rabu.
"Modus operandi yang digunakan suspek dengan menyamar sebagai pegawai polis serta meminta mangsa mendedahkan maklumat akaun bank miliknya bagi tujuan penipuan.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Thu Dec 30 2021
Mangsa kemudian telah mendedahkan dua maklumat akaun bank miliknya kepada suspek dan menyebabkan wang simpanan lebih RM170,000 lesap.
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Pengurus syarikat berputih mata rugi lebih RM500,000
Lelaki berusia 58 tahun itu pada mulanya telah mengenali seorang wanita yang menggunakan nama samaran, Amy di aplikasi WeChat.
Pengarah syarikat rugi RM120,000 ditipu scammer guna dokumen kerajaan
Seorang pengarah sebuah syarikat di Bintulu mengalami kerugian kira-kira RM120,000 selepas terperdaya oleh seorang individu yang menyamar sebagai wakil sebuah jabatan kerajaan di Miri.
Kerani wanita rugi RM585,700 terpedaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani wanita "berputih mata" apabila menanggung kerugian sebanyak RM585,700 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud.
Lelaki rugi RM58,800 ditipu pelaburan di Telegram
Hasil siasatan mendapati, pengadu membuat pembayaran lapan kali transaksi secara berperingkat ke dalam lima akaun bank berbeza.
UiTM Holdings rugi: KPT alu-alukan siasatan, mahu pihak terbabit beri kerjasama
KPT sentiasa memberi penekanan khusus dalam perkara-perkara melibatkan nilai integriti dan tata kelola dalam tadbir urus universiti.
Peralihan kepada SST pada 2018 akibatkan kerugian RM20 bilion
Kerajaan dijangka tidak komited kepada GST walaupun peluang mungkin ada untuk melihatnya kembali.
Pengusaha kedai emas rugi lebih RM500,000 diperdaya lelaki - Polis
Seorang lelaki tempatan ditahan kerana disyaki menipu seorang wanita pengusaha kedai emas dalam urusan jual beli emas 916 secara bersemuka.
Wanita rugi RM55,250 mohon kerja secara dalam talian
Percaya dengan tawaran kerja tersebut, mangsa telah mendaftar melalui pautan yang diberikan dan telah mengisi maklumat peribadi serta perbankan.
Kerani rugi RM26,348 terjerat pekerjaan tidak wujud
Orang ramai diminta berhati-hati sekiranya menerima tawaran kerja sambilan melalui media sosial.
Dua wanita warga emas rugi RM390,500
Kedua-dua mangsa mendapati wang dalam akaun bank mereka telah dikeluarkan secara berperingkat melalui transaksi pindahan wang.