KUALA LUMPUR: Mekanisme subsidi bersasar mampu melindungi kedudukan fiskal negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Kedudukan fiskal Malaysia akan bertambah baik apabila kerajaan beralih kepada subsidi bersasar yang tidak mempunyai ketirisan dan disalurkan dengan baik.

"Subsidi telah dimulakan dengan niat yang baik tetapi melihat kepada semua yang telah berlaku di seluruh dunia, dengan harga minyak mentah terus naik, gangguan rantaian bekalan global, COVID-19 dan perang di Ukraine, jika anda tidak berhati-hati, ia dengan mudah akan menelan antara 30-40 peratus daripada bajet operasi kita setiap tahun.

"Kecuali, anda melakukan sesuatu mengenainya.. kedudukan fiskal negara akan menjadi lebih nipis serta ini akan menghilangkan keupayaan negara untuk mencari sumber terutamanya melalui pelaburan atau perbelanjaan modal atau pembangunan yang boleh mengubah hala tuju dan memfokuskan semula ekonomi ini kepada sektor-sektor yang kita ada," katanya pada Syarahan Parlimen Siri 1.0 Memulihkan Ekonomi Malaysia di sini pada Jumaat.

Kerajaan perlu menguruskan antara jangkaan orang ramai mengenai harga, selain tidak terlalu teruja untuk mengekalkan harga rendah secara bukan proses konvensional.

Sementara itu, beliau berkata cabaran bagi negara adalah untuk meluaskan asas pendapatan.

Sebagai contoh, apabila pelabur mahu berpindah ke wilayah anda atau perbelanjaan bukan lagi hanya mengenai insentif, atau dasar cukai.

"Ia lebih kepada keupayaan kita dalam menyediakan tenaga kerja mahir yang betul, jadi meluaskan asas cukai bagi syarikat bukan lagi pilihan pada masa kini," katanya.

Selain itu, beliau berkata negara juga perlu menstruktur semula ekonomi dan bergerak ke arah pendigitalan supaya menjadi lebih cekap.

-- BERNAMA