MELAKA: Kira-kira 5.6 juta pelancong disasar berkunjung ke Melaka pada tahun hadapan dengan 70 peratus daripadanya adalah pelancong domestik, kata Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) negeri Sa'ari Basiron.
Beliau berkata justeru kerjasama menerusi kaedah pemadanan perniagaan akan dilaksanakan secara lebih meluas bersama kerajaan negeri di seluruh negara bagi mempromosikan produk dan pakej pelancongan di negeri masing-masing.
"Tumpuan masih diberikan kepada pelancong domestik pada tahun hadapan memandangkan situasi penularan COVID-19 masih membimbangkan terutama terdapat jangkitan melibatkan pelbagai varian baharu dari luar negara.
Jadi kita di Melaka tidak boleh bergerak sendiri untuk merancakkan kembali sektor pelancongan negeri sebaliknya perlu bekerjasama dengan pelbagai pihak terutama kerjaan negeri lain seperti yang kita lakukan hari ini bersama Perak," katanya kepada pemberita selepas Program Pemadanan Perniagaan #TravelPeraklah X Rileks @ Melaka di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah Tourism Perak Management Berhad Datuk Mohd Kamil Shafie dan Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak Nurmalis Musa.
Mengulas lanjut, Sa'ari berkata pada tahun hadapan, Kerajaan Negeri Melaka akan bekerjasama dengan beberapa lagi kerajaan negeri lain seperti Pulau Pinang, Kedah, Johor dan Pahang untuk mempromosikan sektor pelancongan negeri ini menerusi kaedah pemadanan perniagaan.
Beliau berkata purata durasi pelancong bermalam ke Melaka juga disasar sebanyak tiga malam bagi seorang pelancong dalam usaha meningkatkan ekonomi sektor pelancongannya.
Sementara itu, Mohd Kamil berkata Melaka merupakan negeri pertama yang menjadi rakan strategik bagi Negeri Perak menerusi kaedah pemadanan perniagaan bagi mempromosikan sektor pelancongannya.
Beliau berkata sebanyak 30 pemain industri pelancongan dari Perak terdiri daripada pengusaha hotel, taman tema, agensi pelancongan dan inap desa terlibat dalam sesi suai kenal bersama 20 pemain industri dari Melaka untuk menjalin kerjasama.
Katanya selain itu, pemain industri dari Perak juga terlibat dalam Pameran Jom Travel @ Aeon Mall Bandaraya Melaka selama enam hari bermula 30 Nov lepas.
"Usaha ini adalah salah satu pendekatan yang dilakukan untuk merancakkan industri pelancongan Perak dan kerjasama dengan kerajaan negeri lain penting untuk kita mempelajari keistimewaan tempat atau destinasi pelancongan di negeri masing-masing.
"Sebagai contoh, Melaka merupakan salah satu negeri pelacongan yang terkenal di dalam serta luar negara dan kita perlu belajar dari Melaka bagaimana untuk mempertingkatkan sektor pelancongan terutama dari aspek ekonomi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 04 2021
Kira-kira 5.6 juta pelancong disasar berkunjung ke Melaka pada tahun hadapan dengan 70 peratus daripadanya adalah pelancong domestik. - Gambar fail/BERNAMA
Pas tidak anggap Kuala Kubu Baharu kubu kuat DAP, yakin rampas
Pas tidak menganggap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu sebagai kubu kuat DAP menjelang pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu 11 Mei depan.
KPKT salur RM5.21 juta tingkatkan infrastruktur Hulu Selangor - Nga
KPKT peruntuk RM5.21 juta bagi menambah baik infrastruktur awam di bawah seliaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Projek Kampung Cina.
Narendra Modi, pembangkang tamat kempen Pilihan Raya India
Menuju pilihan raya umum, Perdana Menteri India Narendra Modi dan pemimpin parti pembangkang utama Kongres Rahul Gandhi dan Priyanka Gandhi menamatkan kempen pada Rabu.
Kes kematian di Indonesia meningkat
Kes kematian akibat demam denggi di Indonesia semakin membimbangkan apabila mencatatkan peningkatan 179.4 peratus bersamaan 475 mangsa berbanding 170 nyawa terkorban dalam tempoh sama, tahun lalu.
Siti Nurhaliza bakal tampil persembahan cinta setinggi awan Ogos ini
Konsert ini akan diadakan pada jam 8.30 malam di Arena of Stars dan bakal membawa konsep Love in the Sky atau Cinta di Awan.
Enam ditangkap, tiga lagi dikesan terlibat rompakan emas terbesar
Pihak berkuasa Kanada dan Amerika Syarikat mengumumkan enam individu telah ditangkap manakala tiga lagi sedang dikesan berhubung rompakan emas terbesar dalam sejarah Kanada pada Rabu.
Pas tidak anggap Kuala Kubu Baharu kubu kuat DAP, yakin rampas
Pas tidak menganggap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu sebagai kubu kuat DAP menjelang pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu 11 Mei depan.
LPP akan mohon kuota tambahan beras putih tempatan
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan memohon kuota tambahan beras putih tempatan (BPT) sekiranya jumlah yang diperuntukkan tidak mencukupi.
Papagomo kemuka representasi gugur tuduhan kes hasutan kaitkan kerajaan pro Israel, Barat
Papagomo mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan menyebut kata-kata menghasut yang mengaitkan kerajaan pro kepada Israel dan Barat.
Ali XPDC sesak nafas, Exco bantu hantar ke Hospital Serdang
Ali XPDC dikejarkan ke Hospital Serdang selepas mengalami sesak nafas di kediamannya di Salak Tinggi, Sepang.
Dua individu ditahan bantu siasatan minta, terima sogokan daripada firma guaman
SPRM menahan dua individu selama empat hari bagi membantu siasatan berkaitan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman.
Lebih 50 rumah terjejas akibat banjir kilat di Melaka
Sekurang-kurangnya 57 rumah penduduk di Melaka Tengah dan Alor Gajah terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebih dua jam sejak pukul 3 petang tadi.
Melaka cadang wujud bazar Aidilfitri berpusat mulai tahun depan
Jajaran baharu yang dicadang itu akan meliputi kawasan Jalan Jonker hingga Pahlawan Walk, menyediakan ruang niaga yang lebih besar.
Melaka rekod 3.7 juta pelancong suku pertama tahun ini
Antara 60,000 dan 70,000 kenderaan sehari dicatatkan memasuki Melaka setiap hujung minggu, menyumbang kepada peningkatan jumlah pengunjung.
Orang awam di Melaka dilarang makan dwicangkerang - DOF
Hasil analisis terhadap sampel kupang dan air yang diambil dari Sebatu menunjukkan kehadiran alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya.
Setahun mentadbir Melaka: 60 inisiatif sentuhan rakyat berjaya dilaksanakan
Barisan ADUN, Exco dan timbalan Exco yang dipilihnya setahun lalu dianggap pemangkin kepada kejayaannya dalam memimpin dan membangunkan Melaka.
Ejek-mengejek punca dua kumpulan pelajar gaduh
Perselisihan faham dan ejek mengejek melibatkan insiden lama dipercayai menjadi punca seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga cedera dalam pergaduhan di Pantai Puteri, Tanjung Kling di sini Jumaat lalu.
Melaka tak berhasrat tambah insentif Aidilfitri kepada penjawat awam negeri
Katanya bantuan khas kewangan kepada kakitangan kerajaan di Melaka telah diumumkan pada pembentangan Bajet 2024 negeri tahun lepas.
Melaka jamin bekalan air mencukupi semasa Aidilfitri - Ab Rauf
Paras air di Empangan Durian Tunggal, Empangan Jus dan Empangan Asahan merekodkan bacaan lebih 80 peratus dan berada dalam keadaan stabil.
Melaka jadi hos sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China
Melaka akan menjadi tuan rumah sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.