Memo 'Sembahyang Semasa Waktu Bekerja' palsu

Asyraf Roslan
Ogos 1, 2019 08:40 MYT
Syarikat yang dipersoalkan menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu sabotaj. - Gambar hiasan
Kementerian Sumber Manusia ( KSM ) mengeluarkan kenyataan, mengingatkan kepada masyarakat supaya lebih berhati-hati dengan berita palsu yang disebarkan melalui media sosial.
Ia berikutan penularan satu memo di media sosial berhubung, 'Sembahyang Semasa Waktu Bekerja' yang mula tular, baru-baru ini.
Kementerian memandang serius terhadap isu berkaitan hak pekerja dan sedia menyiasat aduan seperti ini melalui Unit Tindakan Pematuhan Perburuhan (IP) Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia ( JTKSM).
Terdahulu tular satu memo yang memaklumkan bahawa pekerja di sebuah syarikat yang beralamat di Klang tidak dibenarkan untuk menunaikan Sembahyang di dalam waktu bekerja kecuali waktu bekerja.
Namun dalam satu laporan media tempatan, syarikat yang dipersoalkan telah menyifatkan dakwaan tersebut sebagai sabotaj.
#Kementerian Sumber Manusia #Media #media sosial #palsu #Tular