KUALA LUMPUR : Menara Merdeka 118 bakal memberi manfaat kepada Keluarga Malaysia kerana presint ini akan menjadi pemangkin baharu ekonomi bagi Kuala Lumpur sekali gus melengkapi kawasan-kawasan lain yang sedang rancak membangun.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, Merdeka 118 dilihat turut membawa semangat Keluarga Malaysia selain memberi peluang komuniti setempat membangunkan perniagaan.
Ini kerana katanya, pembangunan menara ini juga dapat memberi peluang kepada masyarakat setempat terutamanya di kawasan yang berdekatan seperti Jalan Petaling, Kampung Attap serta Pudu untuk menjana ekonomi.
"Mereka juga dapat mengadakan program atau aktiviti untuk menambahkan daya tarikan di kawasan sekitar Merdeka 118 menerusi Program Geran Komuniti Merdeka 118.
"Permohonan Geran Merdeka 118 ini telahpun dibuka pada 28 Jun sehingga 20 Ogos 2021, di mana Keluarga Malaysia boleh memohon untuk mendapatkan tiga jenis geran iaitu Sukan, Seni dan Komuniti Perniagaan.
"Langkah ini secara langsung dapat menggalakkan penglibatan Keluarga Malaysia dalam perkongsian idea untuk mengaktifkan semula komuniti, membina lebih banyak peluang untuk pertumbuhan sosio-ekonomi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Pemasangan Puncak Menara Merdeka 118 di ibu negara pada Selasa.
Turut hadir adalah Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim, dan Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Arifin Zakaria.
Pada masa sama ujar Ismail Sabri, pembinaan Merdeka 118 juga merupakan cerminan penyatuan warisan dan sejarah Malaysia dengan evolusi masa depan selain mampu menghidupkan kembali kawasan bersejarah di Kuala Lumpur.
"Merdeka 118 kini bersedia menjadi sebahagian daripada pembaharuan Kuala Lumpur dengan sejarah, rekreasi, sukan dan hiburan yang akan diaktifkan semula di ibu kota Malaysia.
"Saya teruja menantikan kesan positif serta nilai yang akan dibawa oleh mercu tanda baru ini kepada kawasan bersejarah Kuala Lumpur ini.
"Ia sememangnya satu pencapaian yang signifikan bagi Malaysia dan mencerminkan kejayaan serta kemajuan yang bakal kita capai sebagai sebuah negara selain simbol sebagai rakyat Malaysia yang bersatu padu," katanya.
Nursyazwani Saiful Sham
Tue Nov 30 2021
Pembinaan Merdeka 118 merupakan cerminan penyatuan warisan dan sejarah Malaysia. - Foto BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Menara Merdeka 118: Mercu tanda kebanggaan Malaysia, ini fakta menarik yang perlu anda tahu!
Signifikannya pencakar langit ini mempunyai makna sentimental berkenaan liku-liku yang ditempuh negara untuk mencapai kemerdekaan.
Agong rasmi Menara Merdeka 118
Menara canggih yang memiliki 118 tingkat dengan ketinggian 678.9 meter itu adalah yang kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa Dubai.
Menara Merdeka 118 cerminan kemajuan pesat negara
Pemulihan Stadium Merdeka dan pembangunan Menara Merdeka 118 yang berdiri gah bersebelahannya benar-benar mencerminkan sejauh mana negara telah berkembang maju.
PNB akan berpindah ke Menara Merdeka 118 pada suku keempat 2023
Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan berpindah ke Menara Merdeka 118 dari lokasi sekarang di Menara PNB, Jalan Tun Razak, yang didudukinya sejak 1985.
Ceroboh Menara Merdeka 118: 'Jangan bazir bajet negara cari kami' - Pasangan Rusia
Lelaki warga Rusia, Ivan Beerkus yang menceroboh Menara Merdeka 118 memaklumkan dia dan pasangan sudah tidak berada di Malaysia.
Ceroboh beri imej negatif keselamatan negara
Beberapa perkara penting termasuk isu memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di pintu masuk negara akan dijelaskan.
Warga Rusia dedah pengalaman ceroboh Menara Merdeka 118
Misi itu dimulakan dengan menyamar memakai tudung, cermin mata dan seragam pekerja bangunan untuk memastikan identitinya tidak dikesan.
Polis siasat ketulenan video ceroboh Menara Merdeka 118
Yahaya Othman berkata, pihaknya akan merujuk video berkenaan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.
Menara Merdeka 118 disempurnakan walau negara berdepan pandemik COVID-19
Ini bukan sahaja satu pencapaian yang hebat dalam bidang kejuruteraan, malah mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai negara yang moden dan maju.
Menara Merdeka 118 pemangkin baharu ekonomi - Ismail Sabri
Merdeka 118 dilihat turut membawa semangat Keluarga Malaysia kerana selain memberi peluang komuniti setempat.