KITA semua sedia maklum bahawa dunia digital banyak mengubah dan melengkapkan keperluan hidup manusia menerusi aplikasi serta peranti canggih.
Sejak dunia ‘diserang’ pandemik COVID-19, pecutan perkembangan dunia digital menjadi lebih pantas.
Menurut dapatan kaji selidik oleh McKinsey Global, krisis COVID-19 telah mempercepatkan transformasi digital dunia daripada tempoh tiga ke empat tahun kepada hanya beberapa bulan.
Ini bermakna, teknologi digital yang ada ketika ini telah menjadikan landskap serta pasaran digital berubah pada kadar yang tidak terbayangkan sebelum ini.
Paling mengujakan, dunia digital terus meriah selepas Facebook melakukan transformasi pada Oktober 2021 dengan menjenamakan dirinya sebagai Meta!
Menurut Mark Zuckerberg, Meta akan menjadi syarikat kumpulan dengan beberapa produk sedia ada yang sekali gus membantunya untuk mewujudkan ‘metaverse’.
Apa itu metaverse?
Sejak diumumkan Mark Zuckerberg, tiada definisi paling tepat dapat menterjemahkan maksud metaverse yang diaspirasikan beliau.
Akan tetapi, berdasarkan bayangan yang ditunjukkan dalam video yang ditayangkan sempena pelancaran Meta, dunia metaverse boleh dikatakan sebagai sebuah dunia digital di mana manusia bukan sahaja boleh berinteraksi tetapi juga boleh memiliki aset-aset digital mereka.
Apabila bercakap mengenai pemilikan harta di alam digital, antara perkara yang perlu difahami adalah berkaitan dunia kripto wang dan juga dunia Non-Fungible Token (NFT) atau dalam Bahasa Melayu ia dipanggil sebagai ‘token tidak sepiawai’.
Bayangkan, dunia metaverse sahaja akan mewujudkan pasaran ekonomi baharu bernilai AS$1 trilion menjelang akhir dekad ini.
Ini bermakna terdapat banyak peluang ekonomi yang menguntungkan dan boleh dimanfaatkan menerusi teknologi canggih ini.
Apa itu NFT?
NFT atau Non-Fungible Token merupakan data pemilikan aset digital yang disandarkan menerusi teknologi blockchain (rantaian blok).
Sifatnya unik menjadikan setiap aset yang telah ditempa (mint) ke dalam sistem blockchain tidak boleh ditukar ganti dengan yang lain.
Jadi, setiap aset NFT akan dilengkapi dengan maklumat pemilik serta maklumat lain seperti harga, masa ia ditempa (mint) dan lain-lain.
Dengan memanfaatkan teknologi blockchain, setiap aset digital yang dicipta akan mempunyai pemiliknya dan boleh didagangkan.
Bagaimana pasaran NFT ketika ini?
Tahun 2021 menjadi tahun bersejarah buat peminat dan pedagang NFT seluruh dunia apabila jumlah dagangannya mencatatkan rekod baharu pada nilai AS$41 bilion berbanding pada tahun 2020 sekitar AS$250 juta.
Ketika ini, lebih 50 peratus NFT yang ada di pasaran dijual pada harga di bawah AS$200.
Di Malaysia, kebanyakan pencipta kandungan NFT berada di dua platform utama iaitu Pentas.io dan juga Opensea.io .
Memandangkan kebanyakan projek NFT memerlukan komitmen serta aktiviti komuniti yang aktif, kebanyakan artis yang terlibat dalam dunia NFT tidak bernaung dengan mana-mana pertubuhan.
Kelab NFT Malaysia (MNC) merupakan kelab pertama yang ditubuhkan bagi tujuan mengumpul serta menambahkan lagi individu yang mahu menerokai peluang baharu ini.
Bagi Presiden MNC, Shafuddin Zaharulzaman, kelab ini antara lain mahu mengajak anak Malaysia untuk bersama-sama meningkatkan pasaran NFT Malaysia dengan menggabungkan semua aspek penerbitan kandungan, latihan mahupun mencakna idea baharu dalam memastikan peluang ekonomi digital Malaysia dirancakkan menerusi NFT.
Bagi anda yang mungkin mahu menerokai dunia NFT, sertai saluran telegram Kelab NFT Malaysia menerusi link ini http://t.me/MalaysiaNFTClub .
* Hilal Azmi merupakan Ketua Inisiatif Belia & Media Sosial Astro AWANI
** Artikel ini berdasarkan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI
Hilal Azmi
Sun May 15 2022
Biarpun tiada pendifinisian khusus membabitkan apa itu metaverse, tetapi pemilikan NFT yang mula mendapat perhatian kini membuka peluang baru dalam pasaran digital. - Gambar hiasan
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
X buang sokongan NFT untuk gambar profil
Pengguna tidak lagi boleh menetapkan NFT sebagai gambar profil.
Cristiano Ronaldo disaman AS$1 bilion angkara Binance
Plaintif meminta ganti rugi melebihi AS$1 bilion kerana Ronaldo terlibat dalam mempromosikan Binance kepada orang ramai.
Syarikat jual-beli NFT terkenal OpenSea buang 50% pekerja
Ini hadir lanjutan daripada 20 peratus pekerja yang telah dibuang sekitar setahun lepas.
Marilyn Monroe diabadikan dalam projek 'Modern Muse'
Imej mendiang ikon Hollywood Marilyn Monroe akan diabadikan dalam projek NFT baharu yang dipanggil Modern Muse.
AEON tawar 4,800 NFT percuma
AEON CO (M) Bhd (AEON) sekali lagi menampilkan penyertaan pada arena 'Non-Fungible Tokens' (NFT) sempena sambutan kemerdekaan dengan menawarkan 4,800 NFT yang boleh ditebus sehingga 16 Oktober depan.
Di mana kedudukan Malaysia dalam dunia Web3?
Memandangkan kesemua teknologi ini masih 'muda' dan 'kelabu' dari pelbagai segi, potensi yang ada pada Malaysia cukup besar untuk menjadi kuasa besar teknologi di rantau ini.
Pandelela lancar koleksi NFT pertama 'P.Zero1'
P.Zero1 menceritakan kisah hidup Pandelela daripada seorang gadis kampung Bidayuh kepada seorang olahragawati yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
NFT Edisi Khas #Merdeka65 kini dibuka untuk pendaftaran
NFT #Merdeka65 akan ditempa sebanyak 65 unit yang diinspirasikan daripada perkongsian foto di media sosial kepada Astro AWANI.
Web3 Expo bakal lonjak Malaysia ke Metaverse
Web3Expo, sebuah acara mega yang akan menghimpunkan nama-nama besar dunia ekonomi digital, akan diadakan buat julung kalinya di Malaysia.
Manfaatkan NFT untuk bakat seni - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru karyawan Malaysia memanfaatkan Non-Fungible Token (NFT) bagi mengembangkan karya seni mereka ke seluruh dunia.