ISTERI kepada Allahyarham Mamat Khalid, Hasmah Hassan mendedahkan anak perempuannya, Ann Khalid satu-satunya permata hati mereka yang tidak sempat menziarah jenazah arwah suaminya.
Kata Hasmah, Ann atau turut mesra dengan panggilan Baby dalam kalangan keluarga kini sedang melanjutkan pelajaran di United Kingdom.
"Anak perempuan kami, Baby kini berada di UK (United Kingdom) dan dia satu-satunya yang tak dapat balik menjenguk jenazah arwah Mamat.
"Baby baru saja lebih kurang setahun menyambung pelajaran di UK dan dia dapat tahu berita tentang Mamat pun dari media sosial sebab ketika saya call dia tengah buat kerja part time.
"Bila dapat tahu, dia menangis terlalu kuat sampai semua orang sekeliling terkejut. Polis pun datang," ceritanya kepada Gempak ketika ditemui di kediamannya di Ipoh, Perak baru-baru ini.
Ann atau nama sebenarnya Nuhassanah Mohamad kini melanjutkan pelajaran dalam jurusan ijazah sarjana muda ekonomi perniagaan, University of East Anglia, Norwich, England.
Sementara itu, dalam kemaskini terbaharu Instagram, Ann memaklumkan dirinya masih bersedih dan memerlukan sedikit masa untuk memulihkan semangat selepas kehilangan bapa tercinta.
"Saya tak perlu jelaskan apa-apa bagaimana saya berdepan dengan kehilangan bapa saya. Saya tahu ramai yang ambil berat tentang keadaan saya cuma saya perlukan ruang untuk diri sendiri.
"Saya rasa sedikit tertekan untuk membalas semua yang menghubungi saya tetapi harap berikan saya waktu," jelasnya.
Menyifatkan kehilangan bapanya umpama kehilangan besar bagi kebanyakan orang, Ann akui ramai yang turut menyayangi Mamat sepertimana dirinya.
"Dia bukan hanya sebahagian daripada diri saya tetapi dia hidup dalam setiap sanubari rakyat Malaysia di luar sana.
"Saya gembira untuk berkongsi kasih sayangnya bersama kalian dan itu bermakna tidak hanya saya seorang saja yang bersedih atas kehilangannya. Terima kasih semua," tambah Ann lagi.
Ann turut berterima kasih kepada kenalannya yang berada di Norwich yang melaksanakan bacaan tahlil buat arwah bapanya.
Ann merupakan anak bongsu daripada lima beradik, Mohd Khalid Zaffa Mohamad, Sara Mohamad, Mohd Adam Khalid Mohamad dan Mohd Khalid Amen Mohamad.
Terdahulu, arwah Mamat atau nama sebenarnya, Mohamad Mohamad Khalid, 58, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Slim River, kira-kira jam 12.30 tengah malam, Ahad.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Mengenang Mamat Khalid
Jenazah disolatkan di Masjid Jamek Idris Iskandar Shah, Sungai Rokam, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Paloh selepas Zohor pada hari yang sama.
* Artikel asal disiarkan di Gempak.
Gempak
Thu Oct 28 2021
Ann memaklumkan dirinya masih bersedih dan memerlukan sedikit masa untuk memulihkan semangat selepas kehilangan bapa tercinta. - Gempak
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
'Kalau dia pegang gitar, jadilah lagu' - Lat kongsi kehebatan Mamat Khalid
Kartunis negara, Datuk Mohammad Nor Khalid mengambarkan adiknya, Allahyarham Mamat Khalid sebagai seorang yang cukup berbakat.