KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan menghadiri upacara penghormatan terakhir buat mendiang Tan Sri Dr James Jemut Masing pada Rabu.
Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Jaul Samion berkata selain Abang Johari, menteri-menteri Kabinet, Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, turut akan memberi penghormatan terakhir mereka pada upacara yang diadakan di Association of Churches in Sarawak (ACS), Jalan Stampin, di sini.
"Mereka akan memberi penghormatan terakhir mulai 8.30 hingga 9 pagi diikuti dif-dif kenamaan dan ketua-ketua jabatan sehingga 10.30 pagi.
"Orang awam pula akan mula memberi penghormatan mereka pada 10.30 pagi hingga 1.30 petang," menurut Jaul dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.
Masing yang merupakan Timbalan Ketua Menteri Sarawak serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah Sarawak (NSMC) di Petra Jaya, Kuching pada 7.05 pagi Ahad. Beliau berusia 72 tahun.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Penghormatan terakhir buat James Jemut Masing
Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak pada September selepas disahkan positif COVID-19 dan kemudian dipindahkan ke NSMC untuk rawatan susulan.
Sementara itu, Jaul berkata orang awam yang bercadang untuk datang hendaklah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan hanya pelawat yang lengkap menerima dua dos vaksin dibenarkan hadir.
"Pelawat yang datang juga digalakkan menjalani ujian saringan Rapid Test Kit (RTK) kendiri, wajib memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakkan fizikal sepanjang masa.
"Mereka juga diminta mematuhi penggiliran di mana hanya 30 orang sahaja dibenarkan masuk ke dewan pada satu-satu sesi penghormatan," menurutnya.
Jenazah Masing kemudiannya akan dibawa ke Nirvana Memorial Park, Kuching untuk upacara pengkebumian selepas selesai upacara penghormatan terakhir pada jam 2 petang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 02 2021
Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Datuk Abdullah Saidol (dua, kanan) mengetuai delegasi media rasmi memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Dr James Jemut Masing. - Foto BERNAMA
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Tidak bertanding jawatan Presiden PRS, tindakan Sikie persis negarawan - Salang
Datuk Joseph Salang Gandum menzahirkan ucapan terima kasih kepada Datuk John Sikie Tayai kerana membuat keputusan tidak bertanding dalam pemilihan Presiden parti kali ini.
PRN Sarawak: DUN Baleh kekal milik GPS
Calon dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), Nicholas Kudi Jantai, berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh.
PRN Sarawak: Pertandingan empat penjuru rebut kerusi DUN Baleh
Kerusi DUN Baleh sebelum ini disandang oleh mendiang Masing selama lapan penggal bermula pada 1983.
PRN Sarawak: "Kalau jadi calon DUN Baleh, saya akan teruskan legasi Masing" - Ugak Kumbong
Datuk Wilson Ugak Kumbong sangat memahami aspirasi dan perjuangan mendiang James Jemut Masing dalam khidmat bakti kepada masyarakat.
PRN Sarawak: Warga Baleh mahukan ADUN cemerlang seperti mendiang Masing
Pemergian mendiang Tan Sri James Jemut Masing merupakan satu kehilangan besar buat komuniti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh.
[LAPOR LANGSUNG] Penghormatan terakhir buat James Jemut Masing
Majlis penghormatan akhir itu akan diadakan di Persatuan Gereja Sarawak di Jalan Laksamana, Kuching.
Mengenang Masing: Upacara penghormatan terakhir sehingga 2 petang hari ini
Selain dif-dif kenamaan dan ketua-ketua jabatan, orang awam juga turut berpeluang memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.
Mengenang Masing: Ketua Menteri, rakan kabinet beri penghormatan terakhir
Mereka akan memberi penghormatan terakhir mulai 8.30 hingga 9 pagi diikuti dif-dif kenamaan dan ketua-ketua jabatan sehingga 10.30 pagi.
Taib Mahmud, Raghad beri penghormatan terakhir kepada Masing
Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Raghad Kurdi Taib tiba di kediaman mendiang Tan Sri James Jemut Masing bagi memberi penghormatan terakhir.
Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Masing
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing.