TERIMALAH kenyataan – 2020 bukanlah sebagaimana yang kita semua impikan. Sejak mula, kita telah melalui cabaran dan halangan yang telah memberikan impak besar kepada negara.
Peralihan kuasa Kerajaan telah menggoyahkan kestabilan politik negara kita. Tambahan lagi, pandemik COVID-19 telah melumpuhkan ekonomi negara dengan lebih dahsyat lagi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diimplementasikan sejak Mac lalu.
Maka, dalam situasi pandemik global dengan pertelingkahan antara ahli politik untuk kekal berkuasa, apakah makna sebenar Hari Malaysia kepada kita semua tahun ini? Apakah erti menjadi rakyat Malaysia?
Kita baru sahaja menyambut Hari Kemerdekaan, di mana tiada perarakan besar-besaran dek penangan COVID-19, tetapi kita semua masih dalam semangat sambutan kemerdekaan, di mana konsert secara langsung (walaupun tanpa kehadiran penonton bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penjarakan fizikal) berserta iklan berterusan di media sosial.
Walau bagaimanapun, ramai rakyat Malaysia tidak sedar bahawa 31 Ogos 1957 adalah Hari Kemerdekaan Malaya, bukanlah tarikh pembentukan negara Malaysia. Sarawak mendeklarasikan kemerdekaan pada 22 Julai 1963 manakala Sabah pada 31 Ogos 1963.
Adalah penting untuk kita memahami bahawa kedua buah negeri ini hanya dikira merdeka selepas tarikh tersebut.
Pada 16 September 1963, Persekutuan Malaysia telah dibentuk dengan penyatuan bersama Sabah dan Sarawak (termasuk Singapura yang meninggalkan Persekutuan pada tahun 1965). Apa yang disambut pada
Hari Merdeka di Semenanjung adalah berbeza dengan orang-orang Sarawak dan Sabah.
Ramai rakyat Semenanjung Malaysia juga tidak tahu perbezaan cabaran Sabah dan Sarawak serta keadaan yang mempengaruhi mereka menyertai Persekutuan Malaysia.
Selain jarak geografi, ini merupakan isu utama yang terus membuka jurang antara Malaysia Timur dan Barat.
Secara jujur, rakyat Malaysia di Semenanjung terlalu memandang enteng masyarakat Malaysia Timur. Kita telah gagal untuk memastikan kesaksamaan dalam kehidupan, hak, keperluan, ekonomi, kebajikan dan politik. Kita mungkin datang dari kawasan sama serta berkongsi kebudayaan, tetapi kita mempunyai perbezaan latar belakang yang membentuk perbezaan identiti kita.
Pada ketika pandemik COVID-19 ini, kita mesti mengenepikan sikap prejudis untuk bekerjasama. Negara dan rakyat kita telah terkesan teruk terutamanya dari sudut ekonomi dengan kehilangan mata pencarian, penutupan perniagaan serta ramai yang sukar untuk menanggung diri dan keluarga sendiri. Adalah penting
bagi kita untuk melihat ke seberang Laut Cina Selatan juga bertanyakan perkhabaran rakyat Malaysia di
Sabah dan Sarawak.
Apakah lagi cara untuk kita menyokong serta berdiri teguh bersama mereka?
Seperti yang kita sedia maklum, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) adalah tulang belakang ekonomi
negara dan perniagaan ini telah melalui waktu sukar akibat COVID-19. Ramai yang sukar untuk meneruskan
perniagaan manakala ada juga yang gulung tikar kerana telah menanggung terlalu banyak kerugian.
Saya sering mengibaratkan situasi ini seperti sebuah kereta tanpa minyak. Sehingga mendapat minyak kembali, anda perlu terus memastikan kereta tersebut masih berjalan supaya enjinnya tidak rosak sepenuhnya.
Maka, kita perlulah membantu PKS mengharungi masa sukar ini sehingga ekonomi kembali pulih. Kerajaan telah menyediakan pakej stimulus untuk membantu mereka tetapi saya merasakan yang kita mesti melakukan lebih daripada itu. Saya bersama rakan seperjuangan lain di PETRA Group tahu kepentingan PKS kepada negara dan kami sedang dalam perancangan untuk melancarkan inisiatif untuk 12 bulan ke
hadapan bagi membantu perniagaan-perniagaan ini.
Maklumat lanjut akan dikongsi dalam masa terdekat.
Sebalik apa yang berlaku ini, saya masih merasakan sambutan Hari Malaysia pada tahun ini adalah lebih bermakna. Saya juga berpendapat bahawa Hari Malaysia perlu menjadi Hari Kebangsaan rasmi kita. Hari
Kemerdekaan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak perlulah disambut berdasarkan tarikh
kebebasan kita dari penjajahan, tetapi Hari Malaysia adalah hari yang disambut semua sebagai sebuah
negara.
Tahun ini, Hari Malaysia juga merupakan peluang Malaysia untuk membuktikan kepada dunia yang pandemik ini tidak akan membantutkan usaha kita untuk mencipta keharmonian dan kestabilan ekonomi untuk semua serta sentiasa bersatu sebagai sebuah negara.
Saya menyeru anda semua untuk mengambil sedikit masa merenung makna Hari Malaysia yang menjadikan kita rakyat Malaysia serta apakah sumbangan kita kepada negara dan rakyat.
Satu Bangsa, Satu Negara. Selamat Hari Malaysia!
* Datuk Dr Vinod Sekhar adalah Pengerusi dan Ketua Eksekutif Kumpulan PETRA Group.
** Artikel ini adalah daripada pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidanga pengarang Astro AWANI.
Datuk Dr Vinod Sekhar
Sat Sep 12 2020
Ambillah sedikit masa merenung makna Hari Malaysia yang menjadikan kita rakyat Malaysia serta apakah sumbangan kita kepada negara dan rakyat. - Gambar hiasan
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Fikir dahulu sebelum kongsi di media sosial - Pakar
Dengan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, pengguna media sosial disarankan lebih bertanggungjawab dalam menggunakan platform tersebut bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara pusat pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Anggaran pendapatan naik 12 peratus kepada RM1.67 bilion
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Naím Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Naím Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
[TERKINI] Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, permohonan berkenaan disampaikan beliau pada pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah pada Khamis.
MOTAC siasat isu tular 'kekecewaan' pelancong China
Datuk Seri Tiong King Sing sedang menyiasat isu tular berhubung dakwaan pelancong China meluahkan rasa kecewa mengenai pengalaman semasa melancong ke Malaysia.
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing Berkata, Isu-isu Tersebut Tidak Sepatutnya Dikaitkan Dengan Sektor Pelancongan Khususnya Dengan Kehadiran Pelancong Dari China Memandangkan Mereka Antara Penyumbang Terbesar Kepada Hasil Ekonomi Malaysia.
Songket Malaysia jadi tumpuan di Amerika Syarikat
Songket, tekstil tradisional Malaysia, dipamerkan buat pertama kali di Amerika Syarikat dalam satu acara di Muzium The George Washington University dan Muzium Tekstil, Washington, D.C.
Hari Malaysia adalah masa untuk bersatu padu, muhasabah diri - Lee Lam Thye
Sambutan Hari Malaysia hendaklah dijadikan kuasa yang menyatukan rakyat pelbagai latar belakang menuju ke arah matlamat dan kejayaan negara.
Sepasang suami isteri tempuh perjalanan 331km demi sambut Hari Malaysia
Anita menyifatkan keputusan mereka menyambut Hari Malaysia 2024 di lokasi acara amat berbaloi meskipun terpaksa menempuh perjalanan jauh.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 September 2024.
Bebaskan Malaysia daripada fahaman kolot, kebencian sempit - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia bebas daripada fahaman kolot atau jumud, sikap perkauman sempit serta kebencian antara satu sama lain.
Chow seru rakyat Pulau Pinang teguhkan ikatan perpaduan
Ketua Menteri Chow Kon Yeow menyeru seluruh rakyat Pulau Pinang supaya terus memperteguhkan ikatan perpaduan, semarakkan rasa cinta pada negara dan berganding bahu.
Kerajaan tekad martabatkan semua negeri, bina Malaysia bersama - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan tekad untuk memartabatkan semua negeri termasuk wilayah Sabah dan Sarawak, selain berharap hasrat itu dilakukan secara bersama.
Biar jauh beribu batu, rakyat Malaysia di Paris sambut Hari Malaysia
Biarpun jauh beribu batu dari dari tanah air tercinta, rakyat Malaysia di Paris membawa cita rasa Malaysia ke Kota Cahaya dengan sambutan meriah Hari Malaysia.
"Saya pernah bertanding di 13 negeri, semua saya sayang" - Lee Chong Wei
Sempena Hari Malaysia hari ini, legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, memberikan kata dua buat semua rakyat Malaysia.
Perhimpunan di Sri Aman acara kemuncak sambutan Hari Malaysia Sarawak
Pertunjukan kebudayaan masyarakat tempatan, deklamasi puisi dan persembahan hiburan menjadi antara pengisian aktiviti pada majlis perhimpunan yang dihadiri kira-kira 3,000 hadirin.