KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan mengarahkan semua syarikat penerbangan menurunkan harga tiket penerbangan domestik dengan segera, tanpa perlu campur tangan kerajaan Persekutuan.
Ia susulan kekecewaan orang ramai terhadap harga tambang penerbangan yang luar biasa ke Sarawak yang tinggi sehingga mencetuskan keresahan menjelang musim cuti.
Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong memaklumkan, ia adalah berdasarkan keputusan Kabinet semalam, di mana Kementerian Pengangkutan telah memanggil syarikat penerbangan iaitu Malaysia Airlines, AirAsia dan Malindo untuk bermesyuarat dengan menekankan keperluan untuk mengurangkan tambang penerbangan bagi membolehkan lebih ramai penumpang dapat menikmati tambang penerbangan yang lebih rendah bagi tempoh akhir tahun ini.
"Sejurus pertemuan itu Malaysia Airlines telah berjanji untuk menambah penerbangan tambahan ke Sarawak pada bulan Disember, sekali gus berupaya mengurangkan kadar tambang ke negeri tersebut.
"Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) juga bersedia untuk meluluskan lebih banyak lagi kekerapan penerbangan," katanya dalam perkongsian di Facebooknya, di sini, pada Sabtu.
Dalam pada itu, Ka Siong turut menggesa semua pemain industri supaya tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga tambang bagi menampung kerugian yang dialami sebelum ini
"Ini persepsi orang ramai yang perlu ditangani oleh syarikat penerbangan. Saya juga menggesa semua pihak supaya mengambil tindakan segera menurunkan harga tambang penerbangan bagi pengembara tanpa perlu Kerajaan Persekutuan dan agensinya campur tangan secara berlebihan dalam pengoperasian tersebut," katanya lagi.
Mengulas mengenai pertambahan kekerapan penerbangan ke Sarawak, Ka Siong berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak dan Kementerian Pengangkutan Sarawak memutuskan untuk meningkatkan kekerapan daripada 223 kepada 307 penerbangan seminggu ke negeri itu.
Katanya, pengoperasian itu membabitkan syarikat penerbangan Malaysia Airlines, Firefly, AirAsia, Malindo dan Scoot (Singapura) bermula 4 Disember hingga 5 Januari tahun depan.
Bagaimanapun, beliau berharap kerajaan negeri akan segera mengembalikan jumlah kekerapan berkenaan kepada 502, sama seperti sebelum pandemik COVID-19 melanda negara.
"Kerajaan memandang serius perkara ini dan telah mengadakan perbincangan dengan semua pemegang taruh bagi menyelesaikan isu yang memberi kesan kepada orang ramai daripada pengembara hinggalah kepada ahli keluarga yang mereka rindui untuk bertemu semula setelah sekian lama berpisah akibat pandemik COVID-19.
"MOT terbabit secara aktif dengan pemain industri dan kerajaan negeri termasuk Sarawak untuk meningkatkan kekerapan penerbangan ke semua destinasi termasuk mengambil kira usaha berterusan dalam membendung penularan COVID-19 di seluruh negara," katanya.
Selain itu, Ka Siong berkata kementeriannya mengutuskan surat kepada Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin pada 18 November lalu untuk meminta kerajaan negeri mengembalikan keputusan mengawal selia frekuensi perkhidmatan.
Astro Awani
Sat Nov 27 2021
Wee Ka Siong mengarahkan semua syarikat penerbangan menurunkan harga tiket penerbangan domestik dengan segera. - Gambar fail/BERNAMA
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Tetapkan harga tiket penerbangan musim perayaan Sabah, Sarawak berasaskan CSR - Ahmad Zahid
Syarikat penerbangan wajar menetapkan harga tiket penerbangan musim perayaan Sabah dan Sarawak berdasarkan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan bukan permintaan dan penawaran semata-mata.
Tambang penerbangan 'menyeksakan' menjelang Aidilfitri
Senario sama berulang lagi apabila tambang tiket penerbangan melambung berlipat kali ganda setiap kali menjelangnya sambutan Aidilfitri.
Sektor penerbangan bersedia raih keuntungan pada 2023 - Maybank IB
Sektor penerbangan Malaysia bersedia untuk meraih keuntungan pada 2023 berikutan trafik penumpang terus meningkat dalam keadaan harga bahan api jet menyusut manakala tambang penerbangan kekal tinggi.
PRU15: Mahasiswa mahu balik mengundi walau ada kekangan tambang penerbangan
Kerajaan disaran memikirkan cara supaya tambang dapat dikurangkan pada musim pilihan raya bagi memudahkan mahasiswa pulang mengundi.
Kata putus harga tiket penerbangan musim perayaan dicapai - Wee Ka Siong
Menteri Pengangkutanberkata kata putus itu dicapai dalam mesyuarat kira-kira 72 jam sejak Khamis dan akan diumumkan dalam masa terdekat.
Menteri arah harga tiket penerbangan domestik diturunkan segera
Kementerian Pengangkutan mengarahkan semua syarikat penerbangan menurunkan harga tambang penerbangan domestik dengan segera, tanpa perlu campur tangan kerajaan Persekutuan.