“Katalah apa pun, saya tetap akan terus menjalankan tugas saya seperti yang diamanahkan.”
Itu reaksi Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengenai dakwaan kononnya beliau tidak menjalankan tugasnya dengan baik sebagai pemimpin negeri.
Katanya, fakta dan rekod selama membuktikan segala dakwaan yang dilemparkan terhadap beliau itu adalah tidak adil.
“Ini merupakan perkara yang subjektif, kata (dakwaan) saya tak buat mesyuarat Exco, setiap minggu saya perlu mengadap Pengerusi Jemaah Pemangku Raja Perak untuk membentangkan segala perkara-perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco dan keputusan dibuat. Bagaimana saya nak mengadap (Jemaah Pemangku) kalau tak buat mesyuarat Exco?
“Kemudian, ada yang mengatakan saya lebih banyak di Kuala Lumpur berbanding di Perak, saya ingat mungkin saya kurang melepak di kedai-kedai, orang tak nampak tapi sebenarnya saya lebih banyak berada di Ipoh,” katanya pada satu sidang media di sini.
BACA: Tiada usaha jatuhkan saya, 'kami keluarga bahagia' - Ahmad Faizal
Faizal berkata demikian ketika mengulas mengenai dakwaan pihak-pihak tertentu kononnya beliau tidak menjalankan tugas dengan baik sejak dilantik sebagai Menteri Besar.
Tambah Ahmad Faizal, dakwaan yang mengatakan beliau sering 'ponteng' dari menghadiri program-program yang dianjurkan juga adalah tidak tepat.
“Sebenarnya saya telah mendapat terlalu banyak jemputan (majlis-majlis) dan jadual harian saya terlalu padat dengan tugasan rasmi, sehingga saya terpaksa menghantar exco-exco sebagai wakil saya.
“Sedangkan lazimnya penganjur telah pun diberitahu lebih awal bahawa saya tidak dapat menyertai program berkenaan kerana ada urusan atau program lebih penting.
“Tetapi untuk majlis-majlis yang saya tidak dapat hadir, kebanyakan penganjur meminta untuk saya menghantar wakil dan gambar saya tertera di kain rentang, jadi mungkin itu menyebabkan timbul cakap-cakap yang saya tak selalu berada di sini," katanya.
Bagaimanapun, Ahmad Faizal berkata beliau terima kritikan tersebut ia merupakan asam garam dalam berpolitik.
Tambah beliau, ia tidak akan mematahkan semangat beliau untuk terus menjalankan tugasnya selaku Menteri Besar dan memberi fokus untuk membangunkan negeri.
“Kata lah apa-apa pun janji kerja kita (kerajaan negeri) berjalan, kami semua termasuk barisan Exco kekal fokus dengan tugas yang diamanahkan,” katanya lagi.
Shafiq Noordin
Thu Dec 06 2018
AHMAD FAIZAL: Saya terima kritikan tersebut kerana ini adalah asam garam politik. - Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Saya terima apa juga keputusan - Faizal Azumu
Faizal Azumu bersedia menerima apa sahaja keputusan terhadap pertandingan merebut jawatan Naib Presiden parti itu yang ditandinginya.
Jangan bersikap 'double standard' bila disiasat - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mahu semua pihak tidak mengambil sikap 'berat sebelah' dengan mengatakan kerajaan bertindak tidak adil apabila mereka disiasat.
Isu 3R: Siasatan terhadap Muhyiddin timbulkan persoalan - Bersatu
Ahmad Faizal berkata pendakwaan segera ke atas Muhyiddin oleh Peguam Negara berhubung kes itu juga menimbulkan banyak lagi persoalan.
Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
PRK Kuala Kubu Baharu: PN telah kenal pasti calon
Tidak timbul soal calon itu dari parti mana kerana apa yang paling utama individu berkenaan mewakili Perikatan Nasional, tegas Ahmad Faizal.
Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu
Katanya, kajian menyeluruh wajar dilakukan khususnya melibatkan implikasi kewangan sebelum kerajaan membuat keputusan.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
Slogan gelombang hijau, Taliban hanya taktik musuh PN - Faizal Azumu
Dakwaan yang mengaitkan PN dengan elemen gelombang hijau dan Taliban merupakan strategi musuh gabungan politik itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu.