Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pada Selasa meluahkan perasaan geram atas kejadian kemalangan maut yang disebabkan pemandu mabuk.
Sambil merujuk pada kes kemalangan yang mengorbankan seorang pelajar tingkatan lima selepas dirempuh pemandu mabuk di Jalan Raja Laut, kira-kira pukul 3 pagi tadi, beliau berkata, itu adalah antara alasan kementeriannya bertekad untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Hari ini, Dewan Negara telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (pindaan) 2020 selepas bacaan kali ketiga.
"Ini sesuatu yang amat menggembirakan hati saya dan juga warga Kementerian Pengangkutan," katanya dalam hantaran di Facebooknya di sini, pada Selasa.
Dalam hantaran itu, beliau turut berkongsi laporan sebuah akhbar mengenai kes Hakimi Romli, 17, yang maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Kejadian itu dikatakan berlaku ketika sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 36 tahun mengubah haluan secara tiba-tiba untuk masuk ke lorong lain.
Mangsa yang pada ketika itu sedang menunggang motosikal di Jalan Raja Laut itu tidak sempat mengelak kereta berkenaan sebelum melanggar pintu sisi depan kenderaan terbabit.
Ujian Evidential Breath Analyzer (EBA) yang dijalankan ke atas pemandu itu juga mendapati mengandungi alkohol dalam badan itu.
Ka Siong menambah, kementeriannya semakin hampir merealisasikan hasrat bersama untuk memperkasakan lagi akta berkenaan, khususnya berkaitan pemanduan mabuk, dipengaruhi alkohol serta memandu secara melulu atau berbahaya.
Pada 26 Ogos lalu, Dewan Rakyat meluluskan RUU berkenaan untuk menguatkuasakan hukuman yang lebih berat atas kesalahan memandu secara berbahaya dan mabuk yang menyebabkan kecederaan atau kematian.
Rang undang-undang itu diluluskan dengan undian suara dan turut mendapat sokongan daripada kerajaan dan pembangkang termasuk bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Bagi kejadian yang menyebabkan kematian dengan memandu secara berbahaya, Seksyen 41 (1) akta itu akan dipinda untuk menaikkan hukuman penjara minimum menjadi lima tahun, iaitu penambahan dua tahun berbanding peruntukan sebelumnya.
Bagi pesalah berulang, mereka boleh dipenjara antara 10 hingga 15 tahun.
Sementara itu, denda di bawah Seksyen 41 juga dinaikkan dari RM20,000 kepada RM50,000 untuk pesalah pertama, dengan sabitan berikutnya boleh dikenakan denda antara RM50,000 hingga RM100,000.
Seksyen 44 (1A) yang baharu menyatakan bahawa mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol yang menyebabkan kecederaan boleh dipenjara antara tujuh hingga 10 tahun, dan didenda dari RM30,000 hingga RM50,000 untuk pesalah pertama.
Bagi mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan menyebabkan kematian, Seksyen 44 (1) akan diubah untuk meningkatkan hukuman antara 10 hingga 15 tahun dan denda dari RM50,000 menjadi RM100,000.
Umavathi Ramayah
Tue Sep 22 2020
Wee Ka Siong berkata, Kementerian Pengangkutan semakin hampir merealisasikan hasrat bersama untuk memperkasakan lagi Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Gambar fail/BERNAMA
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Thailand, New Zealand tingkat hubungan dua hala
Thailand dan New Zealand bersetuju meningkatkan hubungan dua hala mereka kepada perkongsian strategik menjelang 2026.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Penumpang HSR Jakarta-Bandung cecah 2.56 juta orang
Pada masa ini, perjalanan kereta api harian kereta api itu telah meningkat daripada 14 kepada 52 dan bilangan tempat duduk penumpang melonjak daripada 8,400 kepada lebih 31,000.
Antara pembangunan, pilihan manusia & kesihatan planet
Antara pembangunan, pilihan manusia, dan kesihatan planet.
dilema yang menjadi cabaran utama buat mana-mana negara untuk keluar dari kepompong kemunduran.
Hari kedua Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) dan mesyuarat tahunan ke-6 antaranya mengangkat topik berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang masih menjadi perdebatan kalangan pakar.
dilema yang menjadi cabaran utama buat mana-mana negara untuk keluar dari kepompong kemunduran.
Hari kedua Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) dan mesyuarat tahunan ke-6 antaranya mengangkat topik berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang masih menjadi perdebatan kalangan pakar.
KKR beri jaminan projek Kolam Selam Tempur siap Jun ini - Nanta
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek pembinaan Kolam Selam Tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor yang mengalami kelewatan, siap sepenuhnya pada Jun ini.
Pemilihan MIC bermula 27 April ini
MIC akan mengadakan pemilihan parti bagi penggal 2024-2027 dari 4 Mei hingga 6 Julai dengan hari pencalonan ditetapkan mulai 27 April ini.
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
Tumpuan Khamis - 18 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MCMC rakam percakapan Che'gubard, Salim lebih tiga jam
Salim dan Che’gubard yang ditemui di bangunan tersebut memberitahu mereka disiasat atas pertanyaan berkaitan kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam media sosial baru-baru ini.
Aksi tunggang motosikal secara berbahaya tular, lelaki diberkas
Semakan mendapati suspek melakukan aksi mengangkat tayar hadapan selain melakukan aksi zig-zag.
Pemandu maut nahas bas ekspres rempuh treler
Pemandu bas ekspres yang tersepit di tempat duduk meninggal dunia akibat parah di kepala dan badan, bagaimanapun pemandu treler tidak mengalami kecederaan.
Lelaki maut selepas dilanggar bas ekspres di KM115 Lebuh Raya Utara Selatan
Seorang lelaki maut dilanggar bas ekspres selepas tercampak keluar daripada kereta dipandunya di Kilometer 115, Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan, awal pagi tadi.
Ops Patuh: JPJ keluar 122,208 notis pelbagai kesalahan
Operasi tersebut dilaksanakan selama 29 hari bermula 1 Nov dengan memeriksa 719,766 kenderaan.
132 kenderaan diambil tindakan dalam Operasi Khas Kenderaan Komersial
Sebanyak 346 notis kesalahan turut dikeluarkan ke atas pemandu dan pemilik kenderaan sepanjang operasi berkenaan.
Pemandu lori maut nahas, ditimbus pasir
Apabila sampai di lokasi kejadian, pemandu lori berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas melanggar pokok kelapa sawit di situ.
Dua sahabat maut, trak pikap terjunam dalam sungai
Mayat kedua-dua mangsa iaitu, Eh Bau Eh Di, 43, dan Eh Heak Eh Yek, 54, ditemukan jam 10.54 pagi pada jarak 27 meter dari tebing tempat trak pikap mereka dilaporkan terjatuh.
Bas panjang lebih efisien, kadar pelepasan karbon lebih rendah - Anthony
Model bas berkapasiti tinggi jenis dua tingkat, -Long Bus Double Deck- (LBDD), Ekspres Mutiara yang dibina dari casis Scania dengan panjang 13.5 meter yang dilancarkan hari ini memenuhi kriteria itu.
Kanak-kanak perempuan maut digilis lori
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut selepas digilis lori dalam kemalangan di Kampung Paya Mengkuang, Batang Tiga di sini pada Khamis.
Pemandu bas ekspres maut nahas tiga kenderaan
Mangsa yang maut mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kepala telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.