Menteri-menteri bertanggungjawab bagi perdagangan di bawah Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) mengesahkan komitmen mereka mengenai kepentingan kerjasama di semua peringkat merentas rantau ini untuk mempercepatkan perang melawan COVID-19.
Mereka juga komited untuk bekerjasama rapat dalam menangani segera pandemik itu.
Justeru, mereka telah berikrar untuk memudahkan aliran barang dan perkhidmatan penting yang diperlukan termasuk ubat-ubatan, bekalan dan peralatan perubatan, produk pertanian dan makanan serta bekalan lain untuk merentas sempadan, di samping meminimumkan gangguan rantaian bekalan global.
"Kami akan memastikan rangkaian perdagangan terus dibuka dan meneroka kaedah memudahkan pergerakan rakyat untuk merentas sempadan tanpa mengganggu-gugat usaha mengekang penyebaran virus itu.
"Kami akan bekerjasama erat untuk mengenal pasti dan menyelesaikan sebarang halangan perdagangan tidak perlu," kata mereka dalam kenyataan bersama pada Selasa.
Mereka juga mengakui bahawa ekonomi APEC mungkin perlu mewujudkan langkah kecemasan untuk menangani cabaran COVID-19 yang harus disasarkan, berkadar, telus dan sementara di samping tidak mencetuskan halangan perdagangan tidak perlu dan kekal konsisten dengan peraturan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).
"Kami sedar komuniti kita terjejas akibat kelembapan ekonomi ketika ini. Justeru kami mengakui keperluan memberitahu sebarang langkah yang sejajar dengan peraturan sedia ada WTO dan menggalakkan ekonomi untuk bertindak segera dalam memberikan akses kepada perkhidmatan kesihatan utama tepat pada masanya dan melaksanakan langkah meningkatkan sistem penjagaan kesihatan yang berdaya tahan, berskala dan mampan," kata mereka.
Menteri-menteri perdagangan APEC berkata mereka telah mengarahkan para pegawai kanan untuk membangunkan pendekatan selaras bagi mengumpul dan berkongsi maklumat mengenai dasar dan kaedah, antaranya pakej rangsangan sebagai maklum balas pantas terhadap krisis ekonomi dan pakej pemulihan jangka panjang untuk membantu menangani cabaran ekonomi akibat pandemik itu.
Jelas mereka, usaha-usaha ini perlu mempertimbangkan saranan daripada Majlis Penasihat Perniagaan APEC berikutan perkongsian maklumat ini akan memastikan pengukuhan dan pembelajaran daripada satu ekonomi dapat diterjemahkan menjadi amalan terbaik di wilayah ini secara keseluruhannya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 05 2020
Menteri-menteri bertanggungjawab bagi perdagangan di bawah APEC akan meneroka kaedah memudahkan pergerakan rakyat untuk merentas sempadan tanpa mengganggu usaha mengekang penyebaran COVID-19.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
APEC 2024: Mesyuarat pertama ABAC tumpu keresahan akibat pemecahan ekonomi global
Mesyuarat pertama ABAC 2024 beri tumpuan kepada keresahan yang mendalam berkenaan tekanan daripada pemecahan ekonomi global.
APEC tidak boleh goyah dalam menyokong kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Katanya, platform tersebut mesti meningkatkan manfaat perjanjian perdagangan pelbagai hala.
Dunia perlu agenda perubahan, capai kejayaan bersama - MITI
Dunia memerlukan agenda perdagangan baharu yang tidak terikat dengan klise lama.
APEC 2024: Mesyuarat pertama ABAC tumpu reda tekanan ekonomi serantau
Mesyuarat tiga hari bermula semalam menjadi platform dialog kepada usaha untuk meredakan tekanan ekonomi yang melanda rantau ini.
Anwar kutuk Israel depan Joe Biden
Anwar menggunakan setiap ruang yang ada pada pertemuan tersebut untuk membangkitkan isu penindasan berterusan terhadap rakyat Gaza.
PM Anwar laung seruan selamatkan penduduk Gaza, wakili ekonomi pesat membangun di APEC 2023
Mesej PM di setiap platform mudah dan jelas - pembunuhan dan kekejaman di Gaza perlu dihentikan dan tidak ada pilihan lain lagi.
Malaysia raih pelaburan bernilai RM63.02 bilion di Amerika Syarikat - Anwar
Malaysia telah meraih pelaburan sebanyak RM63.02 bilion bagi cadangan pelaburan di Amerika Syarikat (AS) terutamanya daripada syarikat gergasi teknologi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Amerika Syarikat harus bersikap adil mengenai konflik di Gaza - Anwar
Prinsip keadilan dan hak asasi manusia adalah penting untuk ditegakkan termasuk dalam isu perdagangan global dan pertumbuhan ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar suarakan krisis Gaza pada dialog APEC, kejutkan pemimpin ekonomi anggota
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyuarakan mengenai pertumpahan darah yang berlaku di Semenanjung Gaza di tengah-tengah serangan udara dan darat Israel yang tidak henti-henti.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.