KUALA LUMPUR: "Konsep kami ini lebih kepada amal jariah dan menyumbang. Pada kami yang selebihnya kami tampung dan kami tak kisah sama ada mereka warga asing ataupun rakyat Malaysia."
Demikian kata pemilik Rangkaian Restoran Ali Maju, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berhubung pelaksanaan Program Menu Rahmah pada harga RM5 yang mula dilaksanakan pada Selasa.
Menurut beliau, setakat ini semua 15 rangkaian restorannya akan menawarkan dua menu kepada mana-mana pelanggan tanpa mengira latar belakang dan warganegara.
"Soalan lazim yang ditanya, macam mana kita menyaring dan siapa yang layak dapat harga Menu Rahmah? Itu bukan kerja kita lah (untuk saring pelanggan).
"Selagi pelanggan datang, kita dah paparkan satu tanda yang menunjukkan Menu Rahmah dan ada contoh Menu Rahmah, automatik kalau pelanggan minta, siapa pun dia, kita akan berikan Menu Rahmah tersebut.
"Setakat ini kita ada dua menu iaitu nasi putih bersama ayam dan sayur; nasi putih bersama ikan dan sayur serta percuma air. Bagi kedua-dua pek yang saya sebut tadi, harga asalnya lebih kurang RM9 hingga RM9.50. Maknanya, kita berikan potongan hampir 50 peratus," katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini pada Rabu.
Mengulas lanjut, Jawahar berkata, beliau terpanggil untuk mewujudkan Menu Rahmah kerana memikirkan beban kos sara hidup dan kewangan yang perlu ditanggung oleh orang awam di negara ini.
Untuk peringkat awal, beliau menjelaskan, Menu Rahmah akan disediakan dalam tempoh tiga bulan dan jika mendapat sambutan, perkara itu akan dipertimbangkan untuk dilanjutkan.
"Setakat ini masa untuk Menu Rahmah kami bercadang bermula pukul 12 tengah hari hingga 3 petang. Tetapi kalau mana-mana pelanggan yang datang selepas itu waktu itu dan minta adakan Menu Rahmah, Insya-Allah kita akan bagi juga. Maknanya, tiada rangka masa.
"Pada saya, hasrat kami adalah untuk membantu kerajaan dan terpanggil dengan idea yang dilontarkan oleh Datuk Seri Salahuddin Ayub. Lagi satu yang kita perlu faham konteks ialah bukan semua wajib (laksanakan Menu Rahmah)," ujarnya.
Ditanya adakah Menu Rahmah boleh dilaksanakan ketika harga bahan mentah masih mahal, Jawahar berkata, ia terpulang kepada pengusaha kedai makan masing-masing.
"Jangan kata untung ke tidak, atau harga barang sedang naik... memang sedang naik. Selalu saya sebut hujan sahaja yang turun buat masa ini, yang lain tiada lagi turun (harga barangan).
"Tetapi dalam konteks kalau kita nak menyumbang sesuatu, ia mungkin boleh dilaksanakan," katanya yang juga Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma).
Bermula Selasa (semalam), rakyat Malaysia khususnya B40 boleh menikmati makanan tengah hari dan malam masing-masing pada harga RM5 di hampir 15,000 premis makanan di seluruh negara melalui Program Menu Rahmah.
Menu Rahmah merupakan hidangan seimbang merangkumi nasi, satu pilihan protein iaitu ayam atau ikan dan sayuran yang ditawarkan untuk membantu golongan yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup ketika ini.
Restoran yang terlibat dalam program itu ialah ahli daripada tujuh persatuan antaranya Presma, Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) serta Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia.
Pelaksanaan program itu juga membabitkan ahli Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura (MSCSPGA), Persatuan Peruncit Bumiputra Malaysia (BRO), Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia (MRCA) dan Persatuan Peruncit Malaysia (MRA).
Hasimi Muhamad
Wed Feb 01 2023
Menurut Datuk Jawahar- Ali Taib Khan, setakat ini semua 15 rangkaian restorannya akan menawarkan dua menu kepada mana-mana pelanggan tanpa mengira latar belakang dan warganegara. - Gambar Astro AWANI
Nahas helikopter Lumut: Jenazah dibawa ke lokasi pengebumian
Lapan jenazah anggota TLDM selesai disolatkan di Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja kira-kira jam 5.40 petang pada Rabu.
Kes tembak KLIA: Suspek didakwa lagi esok
Hafizul Hawari, 38, didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel - Huwaida Arraf
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadual memulakan pelayaran pada Jumaat ini tidak akan menggunakan laluan di perairan Israel.
Upacara penghormatan terakhir
Bersama kita wartawan Umavathi Ramayah yang kini berada di Masjid Salahuddin Al Ayubi Taman Melati.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Upacara penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Buka tirai edisi ke-13, komited jadi pemacu WST2040
Ekspo dan Forum ASIAWATER secara rasmi membuka tirai penganjuran kali ke-13 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk tiga hari dari 23 hingga 25 April 2024.
Dua stesen minyak tanpa subsidi khusus untuk warga asing di Kelantan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan telah meluluskan cadangan pembinaan dua stesen minyak tanpa subsidi khusus untuk jualan kepada warga asing.
Peniaga bukan Islam di Perak digalak daftar Program Menu Rahmah
Program Menu Rahmah tidak terhad kepada sesuatu kaum kerana semua pihak yang menjual makanan pada harga bawah RM5 boleh menyertainya.
43 permohonan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah setakat ini - Fuziah
Dari segi jumlah pengusaha pula, lebih 2,800 pengusaha menawarkan Menu Rahmah sehingga kini.
Kerajaan perkenal kad diskaun khas peniaga Menu Rahmah esok
Pelaksanaan itu dibuat bagi membolehkan peniaga membeli bahan mentah dengan harga lebih murah.
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen syor tingkat peruntukan Jualan Rahmah
Syor yang dibuat selepas mesyuarat pada Selasa adalah bagi membantu lebih ramai rakyat dalam meringankan beban kos sara hidup.
Pengganti Salahuddin diumum selepas PRN, Armizan pangku tugas Menteri KPDN - PM Anwar
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali diarahkan untuk memangku tugas Menteri KPDN buat sementara waktu.
PM Anwar umum peruntukan tambahan RM50 juta untuk perluas inisiatif Rahmah
Perdana Menteri menjelaskan, beliau mahu inisiatif itu diperluaskan berdasarkan kejayaan awal program itu yang menunjukkan hasil memberangsangkan.
Falsafah Payung Rahmah: 'Kerajaan berbelanja supaya rakyat boleh berbelanja' - Ahmad Maslan
Ahmad berkata ia dicapai menerusi pemberian tunai serta beberapa bantuan langsung lain kepada rakyat supaya boleh dibelanjakan dalam ekonomi domestik.
Tiada cadangan wajib syarikat besar sertai Payung Rahmah
Kerajaan tidak bercadang untuk mewajibkan syarikat besar di negara ini menyertai inisiatif Payung Rahmah kerana pelaksanaannya pada peringkat awal bersifat sukarela.
Menu Rahmah jadi 'buruan', bantu rancakkan perniagaan kedai makan
Inisiatif Menu Rahmah yang diperkenalkan oleh kerajaan, menjadi 'buruan' terutamanya dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi.