KOTA BHARU: Lebih banyak pusat penjagaan warga emas diperlukan di negara ini bagi menghadapi status negara tua pada 2030, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Sehubungan itu beliau menggalakkan badan korporat dan swasta untuk turut sama mewujudkan pusat berkenaan yang boleh menyediakan perkhidmatan jagaan harian atau transit kepada mereka yang memerlukan.
Menurutnya pusat itu bukan sahaja menyediakan perkhidmatan jagaan, malah boleh berperanan melahirkan warga emas yang sihat, aktif dan cergas.
"Malaysia akan menjadi negara tua pada 2030, yang menyaksikan 15 peratus rakyat berusia 60 tahun ke atas... tidak sampai 10 tahun lagi, oleh itu kerajaan mahu menggembleng tenaga bersama swasta mewujudkan lebih banyak pusat jagaan warga emas yang turut menyediakan kemudahan bukan sahaja penjagaan, malah fisioterapi dan kaunseling," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas meninjau pusat jagaan warga emas Shalis Centre semalam, beliau berkata ketika ini kerajaan ada menyediakan perkhidmatan yang sama iaitu Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), dan penyertaan pihak swasta dalam mewujudkan pusat yang seumpama itu amat digalakkan.
"Kita dah ada PAWE namun dalam menghadapi negara tua, ada juga anak-anak yang mampu menghantar ibu bapa ke pusat penjagaan berbayar. Setiap pusat jagaan memiliki sasaran tertentu seperti keluarga miskin, daif atau mereka yang berkemampuan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 24 2021
Rina (dua, kiri) beramah mesra dengan salah seorang penghuni pusat penjagaan dan pemulihan Shalis Centre, Ong Siok Hua, pada Program Turun Padang beliau ke negeri Kelantan, 24 Sept, 2021. -- fotoBERNAMA
Nestlé Malaysia Bhd kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup
Nestlé Malaysia Bhd memperkenalkan semula peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran lebih kondusif dan mengelak ketirisan dan penyeludupan berterusan.
Lawatan Rasmi: Mohamad ke China bermula hari ini
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan rasminya yang pertama ke China selama tiga hari bermula hari ini.
Kupang Port Dickson masih belum selamat dimakan
Larangan terhadap pengambilan kerang-kerangan (dwicengkerang) dari perairan Port Dickson masih lagi dikuatkuasakan demi keselamatan pengguna.
Sivasangari kini ranking ke-11 dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari semakin menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas melonjak dua anak tangga menduduki ranking ke-11 dunia.
Sultan Selangor zahir dukacita, insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Mayat mangsa dibawa ke HRPB untuk proses bedah siasat
Kesemua 10 mayat mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk proses bedah siasat.
10 maut Helikopter bertembung di Lumut
Dua buah helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan terhempas ketika menjalani raptai di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Manjung, Perak.
AWANI Ringkas: 10 anggota TLDM maut | Subsidi bersasar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guru di kawasan pedalaman Sabah tinggal dalam rumah usang
Aliakbar berkata, beliau banyak menerima aduan daripada pendidik di luar bandar termasuk dari kawasan Sipitang.
PRN Selangor: Isu pembangunan Batu Tiga jadi fokus Rina, Danial dan Cheda
Pelbagai perubahan dari sudut infrastruktur dan ekonomi sosial boleh dibuat di DUN Batu Tiga sekiranya diberi mandat pada 12 Ogos ini.
PRN Selangor: Rina Harun kembali, Ayahanda Cik Ton, anak Noh Omar muka baharu PN
Datuk Seri Rina Harun membuat kemunculan semula selepas dicalon di DUN Batu Tiga bagi mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.
'Srikandi Bersatu tak macam Wanita UMNO, ketepikan yang muda dan baharu' - Rina
Datuk Seri Rina Harun menyifatkan Srikandi Bersatu tidak sama dengan Wanita UMNO yang dilihat bersikap mengetepikan muka baharu dan muda dalam parti.
Srikandi Bersatu gesa segerakan Akta Pendanaan Politik, senaraikan yayasan dikecuali cukai
Srikandi Bersatu mendesak agar pelaksanaan Akta Pendanaan Politik disegerakan bagi memastikan tiada lagi individu menjadi mangsa kezaliman politik.
PRU15: Tersungkur di Sepang, Rina Harun anggap bukan rezeki
Rina tetap berbangga kerana telah berusaha untuk kampung halamannya.
PRU15: Rina Harun mahu jadikan Sepang hab ekonomi dan pelancongan
Datuk Seri Rina Harun berhasrat menjadikan Sepang sebagai hab ekonomi dan pelancongan negara.
PRU15: Bersatu keluar PH bukan tindakan pengkhianat - Rina Harun
Sebaliknya, Rina berkata, tindakan itu diambil kerana mahu menyelamatkan agama, bangsa dan negara.
PRU15: Rina Harun sah bertanding di Sepang
Datuk Seri Rina Mohd Harun diumum sebagai calon PN bagi kerusi Parlimen Sepang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Takiyuddin nafi berkahwin lagi dalam tempoh 15 tahun
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan hari ini menafikan beliau mendirikan rumah tangga dengan mana-mana wanita dalam tempoh 15 tahun kebelakangan.
Bajet 2023: Peruntukan diterima KPWKM tertinggi dalam sejarah - Rina
Peruntukan RM3.4 bilion yang diterima Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Bajet 2023 merupakan tertinggi dalam sejarah.