Mercedes-Benz dan lukisan graffiti yang artsy-fartsy?
XZ7A0109.jpg
Dapatkah anda membayangkan apa terjadi apabila kedua-duanya ditemukan dalam satu
medium yang sama?

Ayuh, segarkan vista dan retina anda dengan karya seni paling cool tahun ini dalam kempen terbaru oleh Mercedes-Benz Malaysia, “Urban Hunting Mercedes” dengan tagline “Discover The Joys of Urban Hunting”. Jika kalian peminat tegar jenama Mercedes- Benz, atau barangkali juga pengikut dan pemuja baru jenama ini, anda dipelawa untuk meraikan kempen unik ini bersama-sama tiga urban street artists terkenal Malaysia jemputan Mercedes. Ya, mulai 29 Mei hingga 23 Julai 2015, Mercedes Art Cars yang telah ‘disolek’ dengan sentuhan seni tiga urban street artists; @fritilldea, @donald_abraham and @orkibal; akan menemui anda di lokasi-lokasi terpilih di Kuala Lumpur, Lembah Klang, Pulau Pinang, Melaka lalu kembali ke kota metropolitan Kuala Lumpur!

Istimewa, urban street artist ini akan melakukan live touch-ups pada Mercedes eksklusif ini. Anda dapat saksikan sendiri dengan lebih dekat, bagaimana variasi teknik graffiti yang artsy-fartsy ini direalisasi sambil ditambahbaik pada unit istimewa “Urban Hunting Mercedes”. Memang cool! Tahukah anda, dalam program jelajah “Urban Hunting Mercedes” ini, Art Cars akan bergerak lantas ‘berehat’ di satu-satu lokasi? Pada kesempatan ini, para urbanista dialu-alukan untuk segera mengambil peluang merakam foto kereta ini lalu memuat naik foto tersebut ke laman media sosial masing-masing (Instagram, Facebook atau Twitter).
Muat naik perlu disertakan hashtag #MYUrbanHunting, #UrbanHuntingArt, #MercedesMY dan #MBMYPhoto. Ganjaran menarik menanti di mana anda berpeluang memenangi hadiah menarik daripada @mercedesbenzmalaysia,
1.jpg
jadi ayuh InTrenders, kita beramai-ramai buru karya unik “Urban Hunting Mercedes” ini! Beberapa lokasi telah dikenal pasti sebagai tempat persinggahan kereta “Urban Hunting Mercedes” pada tarikh-tarikh yang dinyatakan di bawah. Kesemua aktiviti ini bakal berlangsung di Kuala Lumpur, Lembah Klang, Pulau Pinang, Melaka lalu berakhir di Kuala Lumpur, jadi ayuh, masanya untuk ‘memburu’! Tarikh Kemunculan “Urban Hunting Mercedes”:

12 Jun Kuala Lumpur
18 - 19 Jun Pulau Pinang
22 - 23 Jun Pulau Pinang
24 - 26 Jun Melaka
28 Jun Kuala Lumpur
3 Julai Lembah Klang
10 Julai Lembah Klang
23 Julai Kuala Lumpur


Anda disarankan untuk mengikuti jadual dan ‘pergerakan’ kereta “Urban Hunting Mercedes” ini di semua laman media sosial InTrend Malaysia yang dikemas kini dari masa ke masa. Ikuti laporan bergerak kami di Instagram @intrendmalaysia; Facebook @MajalahInTrend dan Twitter @InTrendMalaysia.
XZ7A0069.jpg
Jom, masanya untuk #MYUrbanHunting untuk #UrbanHuntingArt, kerana #MercedesMY mahu anda menjadi sebahagian daripada gelombang terhebat #MBMYPhoto tahun ini!