TEMERLOH: Sebuah kereta jenis Mercedes Benz yang dipandu seorang lelaki musnah terbakar di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh, menghala ke timur di sini pada Khamis.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh, Penolong Penguasa Bomba Syed Mohsen T Ismail berkata, pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 9.08 pagi.
Beliau berkata, tujuh anggota BBP Temerloh bersama sebuah jentera pemadam api dan ambulans Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi kejadian untuk kerja menyelamat.
"Terdapat sebuah kereta dengan peratusan terbakar kira-kira 80 peratus.
"Pasukan bomba memadamkan api dengan menggunakan dua aliran gelung hos tangki pam jentera bomba," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, kejadian bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kecederaan dan api berjaya dikawal pada jam 9.44 pagi sebelum operasi ditamatkan pada jam 10.06 pagi.
"Pemeriksaan dijalankan bagi memastikan api telah dipadamkan sepenuhnya.
"Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 14 2021
Gambar kiri, anggota bomba memadamkan api kebakaran kereta Mercedes Benz. Gambar kanan, keadaan Mercedes Benz yang musnah kira-kira 80 peratus dalam kejadian di R&R Temerloh pada Khamis. -Foto ihsan Bomba
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
MITRA rangka pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sedang merangka pelbagai program bantuan yang bersesuaian bagi pembangunan kaum itu.
ESSCOM laksana tugas cemerlang bendung ancaman - Kaunselor EU
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam membendung pelbagai ancaman di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESS ZONE).
APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000
APMM Labuan merampas minuman beralkohol pelbagai jenama, sebuah bot fiber, dan tiga enjin dianggarkan bernilai lebih RM472,000 yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan.
Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya bungkusan berisi komputer riba
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.
Ziana Zain giat bersenam di gimnasium, persiap diri untuk konsert solo bulan depan
Ziana Zain mahu memastikan beliau mampu memberikan yang terbaik apabila impiannya itu bakal menjadi kenyataan bulan depan.
AWANI 7:45 [25/04/2024] - Akaun KWSP distruktur semula | Pensyarah pro-Israel | Suspek tembak di KLIA didakwa | Astro Radio kekal nombor 1!
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Cynthia Ng;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
Lelaki lemas ketika bercuti di Air Terjun Sekayu
Mangsa dipercayai lemas selepas menyelamatkan rakannya yang terjatuh ke dalam air sewaktu mendaki laluan berbukit di tepi kawasan air terjun itu.
Asrama maahad tahfiz di Jitra terbakar, 21 pelajar nyaris maut
Dianggarkan hampir 70 peratus daripada keseluruhan bangunan pusat maahad tahfiz itu musnah.
Lemas ketika cuba selamatkan bapa jatuh sungai
Mangsa, 21, disahkan maut selepas mayatnya ditemui pasukan penyelamat jam 12.59 tengah hari.
Tujuh premis, kereta terbakar
Kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa dan empat kediaman itu juga tidak berpenghuni.
Dua maut nahas dua lori bertembung
Lori dipandu mangsa hilang kawalan ketika melalui jalan selekoh lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori dipandu Nik Mohamad di laluan bertentangan.
Kanak-kanak perempuan antara tiga maut dalam kemalangan di Kuala Krai - Bomba Kelantan
Seorang kanak-kanak perempuan antara tiga disahkan maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan dua kereta di Kuala Krai.
'Jinjing' akhirnya selamat turun dari bumbung rumah pangsa
Jinjing diselamatkan sepasukan bomba dan penyelamat kira-kira 2 petang tadi.
Enam rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Baru pagi ini
Kebakaran tidak melibatkan mangsa dan api dapat dipadamkan sepenuhnya pada 11.09 pagi.
Wanita warga emas ditemukan rentung dengan 80 peratus kesan lecur
Seorang wanita warga emas ditemukan rentung dalam satu kejadian di sebuah rumah di Jalan SS 22/10, Kelana Jaya awal pagi Jumaat.
17 kes terjun jambatan di Kelantan sejak 2021 hingga semalam
Dalam kes terbaharu semalam melibatkan seorang lelaki berusia 43 tahun yang dilaporkan terjun ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong.