Mesej tular 'tambahan 500,000 vaksin Sinovac kepada rakyat Selangor' adalah palsu

Asyraf Roslan
Mei 17, 2021 03:28 MYT
Pejabat Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan & Pembangunan Wanita tampil menafikan mesej mengenai pemberian vaksin Sinovac yang tular di aplikasi WhatsApp baru-baru ini. -Gambar fail
SHAH ALAM: Pejabat Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan & Pembangunan Wanita tampil menafikan mesej mengenai pemberian vaksin Sinovac yang tular di aplikasi WhatsApp baru-baru ini.
Mesej yang tular itu mendakwa kerajaan negeri akan mengeluarkan tambahan 500,000 vaksin Sinovac kepada rakyat Selangor di mana pendaftarannya adalah melalui aplikasi Selangkah.
Kenyataan oleh pejabat itu berkata kenyataan rasmi hanya akan dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Amirudin Shari atau Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Dr Siti Mariah sahaja.
Rakyat juga diseru untuk mendapatkan maklumat sahih menerusi laman media sosial Media Selangor, Selangor Task Force COVID-19, Dr Siti Mariah, dan Menteri Besar Selangor Datuk Amirudin Shari.
#berita palsu #Semak Fakta #program vaksinasi #Amirudin Shari #COVID-19 #media sosial #kesihatan #WhatsApp #vaksin #Siti Mariah