LIONEL MESSI sudah mencapai segala-galanya sepanjang kariernya bersama Barcelona tetapi sehingga awal pagi tadi, dia tidak pernah dilayangkan kad merah selama bersama pasukan gergasi Catalan itu.
Tetapi perkara itu berubah sebaik Messi diarahkan keluar padang buat kali pertama sepanjang karier kelabnya selepas dia kelihatan hilang pertimbangan pada penghujung permainan di mana Barca tewas 2-3 kepada Athletic Bilbao dalam final Supercopa de Espana awal pagi tadi.
Messi, yang baru pulih daripada kecederaan ringan dan kembali disenaraikan dalam kesebelasan utama Barca, menerima kad merah pertamanya sepanjang 753 penampilan bersama kelab itu.
Selepas perlawanan berlangsung seapa 119 minit, Messi dilihat mengasari Asier Villalibre dalam satu insiden tanpa bola untuk pengadil, Jesus Gil Manzani, melayangkan kad merah selepas merujuk kepada video bantuan pengadil (VAR).
Pemain berusia 33 tahun itu kini berdepan kemungkinan untuk digantung perlawanan untuk tempoh yang lebih panjang, yang akan dibawa ke saingan LaLiga, berdasarkan pertimbangan Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bolasepak Sepanyol (RFEF).
Ia merupakan kad merah ketiga sepanjang karier 17 tahun Messi, di mana dia pernah diarahkan keluar padang sebanyak dua kali sewaktu mewakili Argentina.
Astro Arena
Mon Jan 18 2021
Messi diarahkan keluar padang buat kali pertama sepanjang karier kelabnya selepas dia kelihatan hilang pertimbangan pada penghujung permainan. - Via Astro Arena
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Mengulas penangguhan sekali lagi misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza , Profesor Hubungan Antarabangsa Di Fakulti Undang-Undang Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Dr Mohd Afandi Salleh berpandangan, proses pendaftaran baharu bagi sesebuah kapal di negara lain mungkin akan memakan lebih banyak masa.
[TERKINI] Penangguhan pelayaran, taktik Israel gagalakan misi - FCC
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalitin (FFC), Dr Fauziah Hasan sifatkan penangguhan misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk terjejas di Gaza merupakan satu taktik biasa yang dilakukan rejim Israel.
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
MLS: Lionel Messi tidak ambil masa lama untuk kembali meledak
Lionel Messi kembali menjaringkan gol dalam kepulangannya selepas mengalami kecederaan buat pasukannya Inter Miami.
Saya telah menang semuanya - Messi
Messi sudah berjaya menjulang pelbagai trofi sepanjang kariernya dan mengakui sudah rasa cukup dengan pencapaian yang diraihnya itu.
“Umur tidak akan menentukan bila saya bersara"- Messi
Messi juga belum tahu apa yang akan dilakukannya apabila besara kelak.
Argentina terpaksa lupakan Messi
Messi telah diketepikan daripada skuad Argentina untuk perlawanan persahabatan yang akan datang di Amerika Syarikat kerana kecederaan hamstring, kata Persatuan Bola Sepak Argentina.
Imej Messi berpakaian tradisional Arab dapat perhatian
Superstar bola sepak dunia itu kini pikul tugas baharu sebagai duta jenama pakaian mewah Arab Saudi.
Lionel Messi direhatkan ketika Inter Miami tewas kepada Montreal
Messi bermain dalam setiap minit tiga perlawanan pertama MLS musim ini sejak menyertai kelab diasaskan David Beckham itu pada Julai.
Aksi Argentina di China batal angkara Messi
Messi berdepan dengan kritikan selepas dia hanya berada di bangku simpanan semasa perlawanan persahabatan yang menampilkan Inter Miami di Hong Kong.
Lionel Messi diumum Pemain Terbaik FIFA 2023
Pemain tengah dari pasukan Sepanyol, yang memenangi Piala Dunia 2023, iaitu Aitana Bonmati pula dipilih sebagai pemain wanita terbaik tahun ini.
Messi belum raih satu anugerah lagi
Pemenang Piala Dunia dan Liga Juara-Juara sebanyak empat kali itu masih belum meraih anugerah Kaki Emas.
Ronaldo tersisih, Haaland terbaik dunia
Nama bintang sensasi, Cristiano Ronaldo tiada dalam senarai 100 pemain bola sepak terbaik dunia 2023.