Banjir: Hilir Perak catat jumlah mangsa tertinggi, pusat pemindahan di Selangor berkurangan
MALAYSIA

MESTECC rangka pelan bangunkan industri bioplastik

Harits Asyraf Hasnan 31/07/2018 | 04:29 MYT
Kerajaan bukan sahaja mahu mengurangkan penggunaan plastik di kalangan rakyat, tetapi juga membangunkan industri ke arah bioplastik. - Gambar hiasan
Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar (MESTECC) sedang merangka pelan bagi mewujudkan dasar mengurangkan penggunaan plastik di negara ini.

Menterinya Yeo Bee Yin berkata inisiatif itu termasuk membangunkan industri bioplastik di negara ini.

Malah, selain pihak berkepentingan, ahli-ahli Parlimen juga akan dilibatkan dalam pembentukan pelan tersebut.

"Sebenarnya, kerajaan sedang menyediakan satu rancangan atau pelan, di mana kita hendak mengurangkan penggunaan plastik.

"Kita sedang dalam fasa awal, di mana saya juga akan libatkan Ahli-ahli Parlimen yang berminat, untuk melibatkan diri dalam penggubalan dasar ini.

"Ia bukan sahaja untuk mengurangkan penggunaan plastik di Malaysia, tetapi juga membangunkan industri ke arah bioplastik," ujarnya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Wong Shu Qi (PH - Kluang) yang bertanyakan usaha kerajaan untuk mengurangkan penggunaan plastik di negara ini.


#bioplastik #dasar #Dewan Rakyat #industri #kurangkan penggunaan #MESTECC #pelan #plastik #Yeo Bee Yin