KUALA LUMPUR: Kejadian bencana banjir yang berlaku pada Disember tahun lalu adalah disebabkan fenomena alam luar jangka.
Perkara tersebut diakui Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang berpandangan terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi bencana tersebut.
"Pembangunan dalam kawasan dataran banjir dan rizab sungai yang menyebabkan pengurangan kapasiti takungan air.
"Aliran air sungai yang terhalang disebabkan oleh tiang jambatan dan kemudahan utiliti dengan adanya puing yang mengandungi sampah, sisa, sedimen dan bahan buangan," katanya semasa menyampaikan penerangan pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat berkenaan bencana banjir hari ini.
Selain itu, beliau akui, jajaran asal sungai telah diluruskan dan dikonkritkan hingga menyebabkan aliran sungai lebih laju di kawasan hilir.
"Antara lain termasuk pembukaan tanah di kawasan tadahan menyebabkan aliran air, permukaan lebih laju ke dalam sungai, berlaku runtuhan di tebing dan membawa kelodak dan puing-puing, seterusnya
menyebabkan banjir di kawasan hilir.
"Pam dan pintu air yang tidak dapat beroperasi dengan sempurna akibat timbunan sampah sarap dan terputus bekalan elektrik yang terpaksa dipotong oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerana keselamatan awam.
"Namun akibatnya menjejaskan fungsi pam yang sedia ada," jelasnya.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Jan 20 2022
Perkara tersebut diakui Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang berpandangan terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi bencana tersebut. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia
PM Mustafa bentuk kabinet baharu Palestin
Kabinet baharu itu menjadikan gencatan senjata serta-merta dan pengunduran Israel dari Gaza sebagai keutamaan.
Tokoh Wartawan Negara, Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia
Ahmad Rejal, 84, merupakan bekas Ketua Pengarang Bernama dan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian.
97 peratus api berjaya dipadam di tapak pelupusan sampah Kayu Madang
Secara keseluruhan 97.25 peratus daripada 45.7 hektar kawasan yang terbakar meliputi tempat pembuangan tayar terpakai sudah dipadamkan.
16 kereta, tiga rumah rosak ditimpa pokok akibat hujan lebat di KL
Dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera.
Tragedi Easter: 45 maut, bas terbabas, terbakar
Kesemua yang meninggal dunia itu dilaporkan dalam perjalanan menuju perhimpunan Easter.
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Sabah akan pelbagaikan sumber ekonomi - Ketua Menteri
Sabah tidak boleh hanya bergantung kepada dagangan sumber sedia ada terutama kelapa sawit, minyak dan gas dalam membangunkan ekonomi negeri.
Sarawak perkasa industri hiliran untuk hasilkan produk kayu bernilai tinggi
Kerajaan Sarawak akan terus memperkasakan industri hiliran seperti penghasilan biojisim bagi meningkatkan lagi pengeluaran produk kayu nilai tambah tinggi.
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
Mesyuarat Khas Parlimen: Fenomena luar jangka, ini antara punca banjir Disember 2021
Perkara tersebut diakui Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang berpandangan terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi bencana tersebut.
Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi bukan penyebab banjir - SESB
Stesen itu direka berkonsepkan penggunaan aliran sungai untuk menjana tenaga elektrik dan bukan melalui sistem empangan.