Mesyuarat Khas Parlimen: Pagoh mungkin tiada majoriti, tetapi tolak tepi dahulu perbezaan politik - Kian Ming

Astro Awani
Julai 28, 2021 08:00 MYT
Menurut Kian Ming, usaha untuk menyatukan kedua-dua pihak mungkin sukar kerana ada yang rasa dikhianati namun dalam keadaan krisis yang teruk sekarang, itu adalah pilihan terbaik. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ong Kian Ming (PH - Bangi) merayu semua ahli Parlimen menolak semangat kepartian dan bekerjasama membantu menyelesaikan masalah COVID-19 yang melanda negara sejak tahun lepas.
Dakwanya, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin tidak mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen tapi dalam keadaan genting sekarang, sebaiknya semua pihak bersatu.
Tambahnya, usaha untuk menyatukan kedua-dua pihak mungkin sukar kerana ada yang rasa dikhianati namun dalam keadaan krisis yang teruk sekarang, itu adalah pilihan terbaik.
"Pagoh tak ada lagi majoriti di dewan ini. Ia mungkin tidak dibuktikan lagi tapi saya rasa semua orang tahu termasuk di sebelah sana (kerajaan). Saya juga tahu sekarang ada ramai orang kecewa dengan Pagoh akibat daripada kepemimpinan krisis yang tidak baik.
"Saya juga yakin kalau Port Dickson (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ada peluang jadi Perdana Menteri, beliau boleh jalankan tugas dengan lebih tegas, lebih baik berbanding Pagoh buat. Saya rasa ada di sebelah sana pun mungkin boleh jalankan tugas lebih baik daripada Pagoh.
LAPOR LANGSUNG SIDANG KHAS PARLIMEN DI SINI
"Tetapi saya rasa kita semua tidak ada sebarang seorang pun ahli berhormat di sini, yang ada majoriti sokongan di dalam dewan mulia ini," katanya.
Tegasnya, semua Ahli Parlimen perlu menunjukkan bahawa mereka mempunyai jalan keluar untuk COVID-19 dan selepas semuanya selesai, mereka kemudian boleh berentap dalam pilihan raya.
IKUTI SISI TV PARLIMEN ASTRO AWANI DI SINI

"Tiba masa semua Ahli Dewan Rakyat tunjuk kepada rakyat bahawa kita boleh bekerjasama dan Malaysia mempunyai hala tuju untuk tangani COVID-19" - YB Bangi @imokman #SisiTVParlimen #DewanRakyat #AWANInews pic.twitter.com/GyqefgmW6C

— Astro AWANI (@501Awani) July 28, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Begitupun, kenyataan beliau berkaitan sokongan kepada Perdana Menteri dibidas Ahmad Tarmizi Sulaiman (Pas - Sik).
“Saya nak betulkan sedikit apa yang disebut YB Bangi tadi. YB pagoh masih mempunyai majoriti cukup untuk kita teruskan kerajaan PN. kita buktikan, kita telah buktikan,” katanya.
Teh Kok Lim (PH - Taiping), Chang Lih Kang (PH - Tanjung Malim) dan Cha Kee Chin (Rasah - PH) kemudian meminta izin untuk mencelah namun Ahmad Tarmizi tidak mengizinkan.

Pada saat genting ini, YB Bangi @imokman menyeru semua Ahli Parlimen wujudkan semangat dwipartisan dalam usaha menentang wabak #COVID19 . #SisiTVParlimen #DewanRakyat #AWANInews pic.twitter.com/VDKrLaODsK

— Astro AWANI (@501Awani) July 28, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
RSN Rayer (PH - Jelutong) kemudian bangun dan mencabar Ahmad Tarmizi untuk melakukan undian berhubung perkara tersebut.
“Mana-mana ahli yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina majlis. Memang Yang Berhormat Pagoh tiada majoriti. Kalau betul kita undi. Saya cabar kita undi atas perkara ini. Kenyataan Sik adalah kenyataan mengelirukan dewan.
“Berani atau tidak Sik kita buat undi perkara ini. Saya cabar,” tegasnya.
#Ong Kian Ming #Parlimen #Mesyuarat Khas #COVID-19 #pandemik #kerajaan #pembangkang #kerjasama #ahli Parlimen #Bersatu #Muhyiddin Yassin #Anwar Ibrahim #pilihan raya #Perdana Menteri #PAS