Pemuda PAS Malaysia mendesak supaya mesyuarat PAS Pusat diadakan segera bagi memastikan kemelut politik yang melanda parti itu dan Pakatan Rakyat.
Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat berkata tarikh 10 Ogos terlalu lewat untuk menguruskan krisis yang sedang berlaku antara parti itu dan rakan dalam Pakatan Rakyat.
"Rakyat Malaysia sedang memerhatikan PAS menguruskan masalah dalamannya. Saya yakin dengan kebijaksanaan kepimpinan PAS mampu mendepani masalah yang sedang berlaku," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Suhaizan berkata , PAS perlu mempertingkatkan kecekapan perlu mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam menguruskan konflik atau krisis khususnya yang terhasil daripada kepelbagaian yang wujud.
Suhaizan berkata walaupun perbezaan pendapat adalah biasa demi melihat PAS lebih berjaya tetapi perbezaan itu akan bertukar kepada krisis jika tidak diurus dengan betul.
"Walaubagaimanapun perbezaan akan bertukar kepada krisis jika tidak diurus dengan betul.
"PAS tidak boleh berselindung dan berada dalam sindrom penafian.
"Hakikatnya PAS sedang berada dalam keadaan krisis yang meruncing sekarang," katanya.
Beliau menegaskan, kegagalan menguruskan krisis dengan berkesan sehingga ke akar umbi parti, akan menyebabkan isu ini terus berulang-ulang.
"Lebih malang lagi imej serta kepercayaan rakyat terhadap PAS akan terhakis sebelum PAs dan Pakatan Rakyat dapat menguasai Putrajaya lagi.
"Pemuda juga amat bimbang jika krisis atau konflik ini tidak diurus dengan baik, ia akan memberi ruang kepada musuh-musuh PAS khususnya UMNO menggagalkan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya dalam PRU14 bagi meneruskan agenda perubahan dalam urus tadbir dan tata kelola Malaysia," katanya lagi.
Isu pertukaran Menteri Besar Selangor, tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyebabkan hubungan PAS dengan rakan dalam Pakatan Rakyat, PKR dan DAP renggang.
Ketegasan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu Abdul Khalid kekal sebagai Menteri Besar Selangor mengecewakan PKR dan DAP.
PKR telah menamakan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Abdul Khalid untuk menerajui Selangor.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa PAS dan DAP telah bersetuju bahawa kerusi Menteri Besar Selangor adalah milik PKR.
Kenyataan yang dikeluarkan Abdul Hadi sebelum mesyuarat PAS Pusat pada 10 Ogos ini dilihat sebagai petanda awal perepcahan yang akan berlaku dalam Pakatan Rakyat.
Lebih merumitkan keadaan bila tersebar mesej kumpulan Whatsapp AJK PAS Pusat yang memuatkan analisis Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang membayangkan PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan bekerjasama dengan UMNO di Selangor.
Astro Awani
Wed Jul 30 2014
Rakyat Malaysia sedang memerhatikan PAS menguruskan masalah dalamannya. - File Pic
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) bagi tempoh 2024-2027.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
SPRM nafi keluar kenyataan penemuan RM94 juta di kediaman bekas menteri
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan membuat kenyataan yang mendakwa bahawa RM94 juta ditemui di kediaman bekas menteri.
'Serangan politik kotor, mahu lagakan kami dalam DAP' - Young Syefura
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menafikan rakaman suara yang tersebar dalam menerusi satu video di laman sosial Facebook seorang pemimpin parti pembangkang adalah diri beliau.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu.
Dr Akmal tampil beri keterangan kepada polis, tidak gentar diheret ke mahkamah
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin berkaitan laporan polis yang dibuat DAP Sarawak pada 12 Sept.
Steven Sim Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu
Bekas Naib Pengerusi DAP, Steven Sim Chee Keong menepati ramalan apabila dipilih menjadi Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu pada pemilihan parti itu hari ini.
Kon Yeow seru kepimpinan baharu DAP P.Pinang kekal bersatu, utama kepentingan parti dan rakyat
Beliau mengucapkan terima kasih kepada parti dan perwakilan atas sokongan selama 25 tahun, serta menekankan kejayaan DAP dalam meningkatkan jumlah cawangan dan sokongan rakyat.