JOHOR BAHRU:Buat julung kalinya, mesyuarat Perikatan Nasional (PN) peringkat negeri Johor yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini diadakan secara maya.

Antara lain yang turut serta adalah Pesuruhjaya Pas Johor, Ustaz Abdullah Husin yang juga Naib Pengerusi PN Johor.

Setiausaha Badan Perhubungan PN Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, selain membincangkan soal pembentukan jawatankuasa utama PN, fokus utama perbincangan lebih tertumpu kepada hal berkaitan kebajikan rakyat negeri itu.

"Apatah lagi, dalam keadaan negara sedang dilanda COVID-19 dan Johor antara yang terkesan dengan bencana banjir," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.

Sahruddin turut memaklumkan yang Perdana Menteri menegaskan semua pimpinan PN Johor agar terus fokus dalam membantu rakyat.