KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berlaku dan berlarutan hingga 9 malam ini di 12 negeri.

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 5.20 petang tadi memaklumkan kawasan yang terlibat ialah Perlis, Kedah serta Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan di Pulau Pinang.

Turut terlibat Pahang dan Hulu Selangor; Perak di Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Mualliam, Kampar, Hulu Perak dan Batang Padang, manakala di Kelantan meliputi Jeli dan Gua Musang.


Di Negeri Sembilan pula membabitkan Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin; Johor di Segamat, Muar, Batu Pahat Mersing, Kota Tinggi dan Kluang); Sarawak di Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song, Kapit, Belaga), Bintulu (Sebauh), Miri (Beluru, Telang Usang, Marudi) dan Limbang.

Manakala Sabah pula di pedalaman iaitu Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan.