Sebanyak 13 keluarga daripada 24 mangsa tragedi MH17 yang jenazah mereka telah dibawa pulang ke tanah air sedang menerima kaunseling bagi menghadapi kenyataan kehilangan insan tersayang.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata mereka menerima khidmat itu sejak hari pertama nahas dan berterusan sehingga jenazah dibawa pulang.
"Ada anggota keluarga yang mula 'breakdown' (terganggu jiwa dan perasaan) selepas upacara pengebumian kerana sebelum itu waris dikelilingi saudara, dan pada waktu itu (breakdown) kaunselor kami memulakan tugas," katanya kepada pemberita selepas melawat Persatuan Kriket Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata pada fasa sekarang anggota keluarga telah dapat menerima hakikat kejadian itu namun masih tidak dapat menerima hakikat bahawa insan tersayang mereka telah tiada.
Sementara itu, Rohani berkata kerajaan tidak mahu tergesa-gesa dalam mengeluarkan kenyataan tentang kepulangan jenazah kerana semuanya ditetapkan oleh kerajaan Belanda.
"Kita tidak akan tahu sehingga mereka (pihak Belanda) betul-betul sahkan, untuk pengurusan jenazah selepas dikenal pasti akan mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu untuk proses dokumentasi," katanya.
Rohani berkata setelah kerajaan Belanda memberi pengesahan tentang jenazah yang boleh dibawa pulang, baru keluarga boleh dimaklumkan serta persiapan yang sepatutnya dilakukan.
Setakat ini, 24 jenazah mangsa MH17 telah dibawa pulang ke Malaysia dengan dua daripadanya tidak didedahkan identiti atas permintaan keluarga.
Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal, ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Sebanyak 43 individu termasuk 15 anak kapal merupakan rakyat Malaysia.
Bernama
Tue Aug 26 2014
ROHANI: Ada anggota keluarga yang mula 'breakdown' (terganggu jiwa dan perasaan)selepas upacara pengebumian.
Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
AWANI Borneo [11/12/2024] - Sindiket kereta klon | Pengagihan gas | Kecekalan ibu
AWANI Borneo Rabu, 11 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Peningkatan ancaman dalam kalangan wanita muda dan implikasi kanser payudara awal usia
Kanser payudara merupakan kanser kedua paling kerap didiagnosis dalam kalangan wanita melibatkan lebih 2.2 juta pada 2022 dan kanser utama dalam kalangan wanita di Malaysia.
Keluarga Cikgu Istiqomah diberi khidmat psikososial berterusan - Fadhlina
Keluarga terutama anak-anak Allahyarham Istiqomah Ahmad Rozi yang masih bersekolah akan diberi khidmat psikososial termasuk kaunseling secara berterusan.
Kaunseling bantu ibu miliki tiga anak autistik kawal emosi
Kehidupan itu dijalani oleh guru tadika Dalilah Diyana Sazali yang mempunyai tiga anak autistik berusia lima hingga 11 tahun.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Noktahkan generasi pembuli dengan undang-undang, kata pakar
Sepanjang tahun ini setakat Oktober lalu sebanyak 4,994 kes buli dilaporkan, berbanding 3,887 kes pada 2022 dan 326 kes pada tahun sebelumnya.
Jabatan Penjara pelawa NGO beri khidmat kaunseling kepada penghuni
Jabatan Penjara menggalakkan badan-badan bukan kerajaan untuk bekerjasama dalam memberikan khidmat kaunseling kepada penghuni yang menjalani hukuman penyalahgunaan dadah.
KPWKM sedia beri khidmat kaunseling kepada keluarga jururawat ditikam suami
KPWKM melalui JKM dijadual melawat keluarga mangsa serta menemui dua adik-beradik itu petang semalam.
Program Antigangguan Seksual tingkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat
Program Jerayawara Kasih KPWKM @Advokasi Antigangguan Seksual sebagai salah satu usaha dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu gangguan seksual yang perlu ditangani dengan serius.
23 guru tertekan akan dipanggil untuk kaunseling
Seramai 23 guru yang dikenal pasti mengalami tekanan akan dipanggil untuk melalui proses tertentu termasuk kaunseling, bagi meningkatkan motivasi mereka dan pulih daripada gangguan emosi yang dialami.
Kaunseling pulihkan semangat jemaah, tidak serasi rakan sebilik antara aduan diterima
Apabila mendapat aduan, pihaknya akan memanggil pengadu untuk berbicara secara tertutup dan memberi nasihat sebaiknya.