Laporan awal oleh kumpulan penyiasat Belanda mencadangkan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 ditembusi oleh objek berkelajuan tinggi sebelum ia berkecai di udara ketika nahas berlaku pada 17 Julai 2014 yang lalu..
Laporan yang disiarkan di laman web Badan Keselamatan Belanda petang Selasa turut menyatakan bahawa tiada petunjuk yang mengatakan nahas pesawat MH17 itu berpunca dari kesalahan teknikal, kecemasan atau berpunca dari anak kapal pesawat terbabit.
Laporan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Badan Keselamatan Belanda, Tjibbe Joustra itu berkata lebih banyak siasatan diperlukan sebelum mengenal pasti secara tepat punca sebenar nahas.
“Badan Keselamatan percaya lebih banyak bukti akan diperolehi oleh pasukan penyiasat dalam masa terdekat.”
BACA LAPORAN PENUH
“Laporan awal menyiarkan hasil penemuan pertama terhadap siasatan yang sedang dijalankan. Dari ketika ini, pasukan penyiasat akan bekerja ke arah menghasilkan laporan yang terakhir. Badan ini mensasarkan untuk mengeluarkan laporan penuh dalam tempoh setahun dari tarikh nahas.
Menurut laporan itu, perakam suara kokpit pesawat itu mendedahkan tiada tanda-tanda sebarang kesilapan teknikal atau keadaan kecemasan.
Perakam data penerbangan tidak memaparkan amaran sistem pesawat, dan parameter enjin pesawat adalah selaras dengan operasi normal semasa penerbangan.
Komunikasi radio dengan kawalan trafik udara Ukraine mengesahkan bahawa tiada panggilan kecemasan dibuat oleh krew di kokpit.
Panggilan terakhir oleh kawalan trafik udara Ukraine adalah di antara 13.20: 00 dan 13.22: 02 (UTC) kekal tidak terjawab.
Laporan itu turut berkata corak kerosakan kepada fiuslaj pesawat dan kokpit itu selaras dengan apa yang boleh dijangkakan daripada sebilangan besar objek bertenaga tinggi yang menembusi pesawat dari luar.
"Kerosakan ini mungkin menyebabkan kehilangan integriti struktur pesawat, yang membawa kepada berkecainya pesawat itu.
"Ini juga menjelaskan pengakhirnya yang mendadak kepada pendaftaran data pada perakam, dan kehilangan hubungan dengan kawalan trafik udara dan kehilangan pesawat dari radar."
Ia juga dilaporkan bahawa pesawat itu ‘layak terbang’ apabila ia berlepas dari Amsterdam dan tidak ada masalah teknikal yang diketahui.
Draf laporan awal itu telah dihantar kepada wakil daripada negara-negara yang mengambil bahagian dalam penyiasatan (Malaysia, Ukraine, Rusia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia) untuk semakan.
Penerbangan MH17 yang dikendalikan oleh pesawat Boeing 777-200 bersama 298 penumpang dan anak kapal terhempas, dipercayai akibat ditembak, di Donetsk, timur Ukraine, pada Julai 17.
Pesawat itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
T K Letchumy Tamboo
Tue Sep 09 2014
Laporan yang disiarkan di laman web Badan Keselamatan Belanda petang ini turut menyatakan bahawa tiada petunjuk yang mengatakan nahas pesawat MH17 itu berpunca dari kesalahan teknikal.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Belanda hadkan penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol untuk kurangkan pencemaran bunyi
Kerajaan Belanda pada Jumaat mengumumkan rancangan untuk mengurangkan jumlah penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam bagi menangani pencemaran bunyi yang menjejaskan komuniti sekitar.
Amsterdam gesa penjawat awam henti gunakan Telegram
MAJLIS Perbandaran Amsterdam menggesa anggota Kabinet serta kakitangan peringkat tertinggi untuk berhenti menggunakan aplikasi Telegram.
Pesawat KLM berpatah balik selepas alami masalah teknikal
Sebuah pesawat Boeing 777 yang dikendalikan syarikat penerbangan Belanda, KLM berpatah balik ke Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam sejurus berlepas selepas dipercayai mengalami masalah teknikal.
Pesawat MH17 ditembak jatuh peluru berpandu buatan Rusia - Mahkamah Belanda
Mahkamah Belanda memutuskan pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada 2014 oleh peluru berpandu buatan Rusia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
COVID-19: Penunjuk perasaan bantah langkah sekatan kerajaan Belanda
Pihak berkuasa tempatan melarang perhimpunan berkenaan dan mempunyai petunjuk bahawa penunjuk perasaan merancang keganasan.
Banjir di Belanda, rakyat Malaysia selamat - Kedutaan
Semua rakyat Malaysia yang berada di bandar Maastricht dan Valkenburg, Belanda yang dilanda banjir, dilaporkan selamat, kata Kedutaan Malaysia di The Hague.
Negara anggota JIT memperingati ulang tahun ke-7 nahas MH17
Pasukan penyiasat bersama (JIT) MH17 merangkumi lima negara umum kekal komited mencari keadilan dan membawa ke muka pengadilan.
Wartawan jenayah Belanda cedera parah ditembak
Peter R De Vries ditembak selepas membuat kemunculan dalam sebuah rancangan bual bicara di televisyen.
Euro 2020: Lapan negara sah benarkan penonton
Venue di Amsterdam, Baku, Bucharest, Budapest, Copenhagen, Glasgow, London dan St Petersburg akan membenarkan kemasukan penonton dengan tahap kapasiti yang berbeza.