Malaysia sedang memperhebat rundingan dengan kerajaan Ukraine dan puak pemisah di timur negara itu bagi membenarkan pasukan penyiasat nahas Malaysia Airlines MH17 memasuki kawasan tragedi dalam masa terdekat sebelum musim sejuk hujung tahun ini.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa Malaysia berharap rundingan itu dapat membuahkan hasil walaupun peluang untuk memasuki kawasan berkenaan kini semakin tipis.
"Kita akan teruskan perbincangan dan harap dapat masuk kawasan nahas dalam tempoh secepat mungkin sebelum tiba musim sejuk, jika tidak kita terpaksa tunggu selepas musim sejuk.
"Mungkin April tahun depan," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang ingin tahu tindakan kerajaan bagi membolehkan pasukan penyiasat memasuki semula kawasan nahas MH17.
Liow berkata, bahawa semalam beberapa pakar penyiasat Belanda dan pasukan penyiasat tempatan telah dapat memasuki lokasi nahas MH17 dan berjaya mengumpul barangan peribadi milik mangsa pesawat malang itu.
Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila pesawat itu ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.
Liow berkata kerajaan komited dalam merealisasikan usaha itu bagi membawa keluar bukti yang diperlukan iaitu bangkai pesawat tersebut untuk siasatan yang menyeluruh.
Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah menghadiri beberapa siri perbincangan dengan kerajaan Ukraine.
"Kita faham dari segi kompleksiti, Ukraine kerana di negara itu terdapat banyak kumpulan puak pemisah sekurang-kurangnya 12 hingga 13 kumpulan dan bukan senang untuk kita dapatkan persetujuan gencatan senjata dicapai sepenuhnya," katanya.
Menjawab soalan asal Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) yang meminta beliau menyatakan perkembangan, kos mengurus dan membawa balik jenazah serta jumlah wang pampasan, Liow berkata usaha gigih sentiasa dijalankan perdana menteri bagi melancarkan proses berkaitan.
Sehingga kini, katanya, sebanyak 278 jenazah daripada 298 mangsa telah dikenal pasti oleh pasukan perubatan di Pusat Perubatan Tentera di Hilversum, Belanda dan daripada jumlah itu 43 jenazah rakyat Malaysia termasuk seorang yang mempunyai dwikerakyatan telah dikenal pasti.
"Kesemua jenazah yang dibawa pulang ke tanah air telah diberikan penghormatan terakhir oleh kerajaan melalui istiadat yang diadakan secara berperingkat mengikut kumpulan yang dibawa pulang," katanya.
Liow berkata, tindakan untuk menuntut keadilan ke atas tragedi itu diambil bersama pihak berkuasa negara lain yang mempunyai penumpang dalam pesawat itu dengan mengambil keterangan dalam bentuk rakaman serta rakaman pemintasan komunikasi antara pihak berkenaan yang diperoleh daripada negara terbabit.
Menyentuh kos yang ditanggung setakat ini, Liow berkata kerajaan hanya menanggung sebahagian kos perbelanjaan seperti tiket penerbangan, tempat penginapan dan makan minum penjawat awam yang dihantar bertugas di Ukraine serta Belanda.
"Kos selebihnya bagi pengurusan membawa balik jenazah ditanggung MAS manakala kos perbelanjaan mengenainya masih belum dimuktamadkan," katanya.
Mengenai satu lagi soalan Fong, Liow sekali lagi menekankan bahawa tiada sebarang perjanjian yang dibuat antara kerajaan Malaysia dan puak pemisah pro-Rusia, apabila puak pemisah itu bersetuju menyerahkan kotak hitam MH17 kepada Malaysia selain membenarkan pasukan penyiasat membawa keluar mayat dari kawasan nahas.
"Saya ingin tekankan bahawa tiada apa-apa perjanjian dibuat. Kotak hitam sudah dikembalikan kepada kita dan dianalisis. Kesemua data perbualan dalam keadaan baik," katanya.
Bernama
Wed Oct 15 2014
Malaysia berharap harap dapat masuk kawasan nahas secepat mungkin sebelum musim sejuk. - Gambar fail
Agenda AWANI: Banjir 2.0 | Jaga nyawa diri dan anggota penyelamat
Siap siaga lebih awal, tambah baik pergerakan operasi dan penyelarasan keperluan aset dan logistik. Itu persediaan yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam misi bantuan banjir gelombang kedua dan seterusnya. Temu bual bersama KP JBPM Datuk Noor Hisham Mohammad 8.30 malam ini.
AWANI Ringkas: LRT Mutiara | Sidang Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Dadah | Kes Hilang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus. Jelasnya dalam pindaan ini, kesalahan dibawah Seksyen 233 tidak lagi menjadikan satira dan parodi sebagai suatu jenayah secara automatik.
Faisal Halim antara 94 penerima Anugerah Sultan Selangor
Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim menerima pingat darjah kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Banjir surut, penduduk pulang, tetapi siap sedia kembali ke PPS
Situasi banjir di Terengganu yang mula surut ketika ini membolehkan penduduk terjejas pulang ke kediaman masing-masing, namun mereka sentiasa siap sedia untuk kembali semula ke PPS dalam tempoh Monsun Timur Laut ini.
MTDC perkukuh teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) di bawah program MySTI, dalam usaha memperkukuhkan inovasi dan pengkomersialan teknologi tempatan.
Kerajaan pandang serius isu penyamaran nelayan asing
Jika terdapat penyalahgunaan lesen, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 13 Akta Perikanan 1985 termasuk penggantungan atau pembatalan lesen vesel.
Situasi di Semenanjung Gaza semakin merosot - Pegawai PBB
Penyelaras Kanan PBB berkata, sejak April lepas UNSC telah diingatkan mengenai risiko keruntuhan undang-undang dan ketenteraman.
Mahkamah benarkan kerajaan halang PetroSaudi guna dana RM1.61 bilion
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu membenarkan permohonan kerajaan untuk menghalang PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarahnya, Tarek Obaid, daripada menggunakan dana sebanyak AS$340 juta (RM1.61 bilion) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
PRU15: 'Perubahan situasi hari ini menakjubkan, membuka mata saya' - Tiong Lai
Tiong Lai antara lain menjelaskan persepsi terhadap 'partinya' kini bertukar 180 darjah dalam tempoh sehari selepas PRU15.
PRU15: Rara berjaya tawan Bentong
Young Syefura Othman dari Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan kerusi Parlimen Bentong meskipun bersaing sengit dengan pencabarnya daripada Barisan Nasional (BN), Tan Sri Liong Tiow Lai.
PRU15: 'Sakit hati tengok Bentong ke belakang, rakyat tidak akan tertipu kali kedua' - Tiong Lai
Liow Tiong Lai yakin mampu membawa pembangunan di kawasan itu sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.
PRU15: Young Syefura sah bertanding kerusi Parlimen Bentong
Beliau dijangka berdepan saingan sengit daripada bekas Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dikatakan mahu merebut semula kerusi terbabit.
PRU15: Parlimen Bentong bakal jadi kerusi panas?
Parlimen Bentong menjadi kerusi selamat buat MCA selama 13 PRU sebelum dirampas DAP pada tahun 2018.
PRU15: MCA sokong penuh pencalonan Liow rampas kembali Parlimen Bentong
MCA menyokong penuh pencalonan bekas Ahli Parlimen Bentong Tan Sri Liow Tiong Lai untuk merampas kembali kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Acryl Sani, Nor Shamsiah, Azam Baki, Hadi Awang dianugerah gelaran Tan Sri
Seramai 19 individu menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran Tan Sri.
BN belum terima permohonan rasmi MCA keluar parti
Barisan Nasional menghormati keputusan dibuat parti-parti teras dan apa pun keputusan mesti dibuat secara rasmi untuk tindakan selanjutnya.
Tiong Lai tidak mampu menahan deraian air mata
Dalam ucapan terakhirnya sebagai presiden, Tiong Lai zahirkan penghargaan kepada mereka yang membantu mengembangkan karier politiknya.
Wee Ka Siong presiden baharu MCA
Satu-satunya wakil rakyat MCA di Dewan Rakyat itu, memperoleh 447 undi dan mengatasi saingan terdekatnya Ketua MCA Bahagian Kluang, Gan Ping Sieu yang memperoleh 182 undi.