Di dalam dunia kini di mana Google Inc. boleh mengetahui tabiat membeli belah anda dan pihak polis menggunakan telefon bimbit untuk mengenal pasti lokasi panggilan kecemasan, bagaimana sebuah pesawat besar seperti Boeing 777 boleh hilang daripada radar?
Komunikasi pesawat MH370 yang tiba-tiba ‘senyap’ menunjukkan betapa mudahnya rangkaian suara, radar dan satelit moden boleh diputuskan hubungannya. Lampu isyarat yang digunakan pusat kawalan bagi mengesan pesawat tersebut turut diputuskan. Ini termasuk sistem teks-dan-data penerbangan.
Misteri ini mungkin akan merangsangkan rekaan bentuk semula suis yang boleh digunakan juruterbang untuk memutuskan sambungan dan penggunaan kelajuan teknologi satelit untuk mengesan masa dan sistem penting pesawat, kata bekas eksekutif syarikat Airbus SAS, George Hamlin. Isyarat-isyarat lain perlu dianalisa bagi mengesan kemungkinan lokasi terakhir pesawat menuju ke Lautan Hindi di luar pantai Australia, kata dua individu yang pakar mengenai perkara ini.
“Buku peraturan ditulis dengan darah” kata Hamlin, memetik kata-kata yang biasa digunakan ahli-ahli penerbangan. “Kebanyakkan peraturan tersebut ditulis kerana orang ramai melihat sendiri bagaimana perkara tidak disangka boleh terjadi.”
Perakam suara kokpit yang merupakan sebahagian daripada kotak hitam juga tidak dapat memberi petunjuk jika pesawat 777-200 itu beroperasi untuk empat jam lagi selepas pusat kawalan terputus hubungan, menurut data satelit. Unit tersebut hanya menyimpan audio selama dua jam, kata presiden syarikat perunding AirSafe.com LLC yang berpangkalan di Seattle, Todd Curtis.
Hilang dari skrin
Pesawat MH370 kali terakhir dilihat di skrin pusat kawalan udara sewaktu berada berhampiran ruang udara Vietnam pada 8 Mac pada ketinggian 35,000 kaki berhampiran Teluk Thailand. Suara komunikasi terakhir didengari adalah normal, menurut syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).
Sebelum komunikasi terputus, radar pesawat telah dipertingkatkan dengan transponder, dimana ia memberi pengawal trafik maklumat bagi mengesan pesawat itu. Juruterbang boleh memberi kod untuk memancarkan isyarat kecemasan atau rampasan pesawat, kata presiden TECOP Antarabangsa yang berpangkalan di San Diego, Hans Weber, seorang perunding yang mahir dalam isu-isu keselamatan penerbangan dan keselamatan.
Pesawat MAS 777 ini juga dilengkapi dengan Sistem Menangani dan Laporan Komunikasi Pesawat, atau ACARS, yang membolehkan juruterbang menghantar mesej berbentuk teks kepada kakitangan operasi penerbangan.
Teknologi ini membenarkan pesawat tersebut menghantar laporan menerusi satelit atau radio kepada pengendali pusat bagi apa-apa perkara tidak normal atau kerosakan mekanikal. Penghantaran maklumat kepada MAS dan pembuat enjin Rolls-Royce Holdings Plc pula terhenti, kata syarikat-syarikat tersebut dalam satu kenyataan.
Tiada langganan
MAS tidak melanggan ciri tambahan popular Boeing, iaitu sebuah sistem penyelenggaraan bagi memancar maklumat masa sebenar kepada pembuat pesawat yang berpangkalan di Chicago, kata seorang individu yang tidak diberikan kuasa untuk membuat kenyataan. Boeing menyusun data dan menghantar isyarat penyelenggaraan kepada peserta dalam program Pengurusan Keadaan Penerbangan (Flight Health Management).
Sesiapa yang berniat untuk menamatkan data komunikasi pesawat perlu menekan satu suis untuk menutup transponder atau melumpuhkan pemutus litar kokpit untuk memintas ACARS, kata seorang profesor sains yang mengajar mengenai siasatan kemalangan di Embry-Riddle Aeronautical University di Prescott, Arizona, Bill Waldock.
“ACARS pesawat MH370 yang diganggu menunjukkan campur tangan oleh “seseorang yang mengenali sistem pesawat tersebut,” kata Waldock. “Ini sama ada antara anak kapal atau seseorang yang tahu cara mengendalikan pesawat jenis 777 ini.”
Pemutus litar
Perakam suara dalam pesawat boleh dillumpuhkan menggunakan pemutus litar di dalam kokpit, kata Hamlin. Curtis, bekas pekerja Boeing berkata, proses mendapatkan semula perakam suara MH370 tidak semestinya dapat memberi gambaran jelas jika kapasiti merakam selama dua jam itu tidak mencukupi.
“Jika pesawat itu ditemui sekalipun, kita mungkin tidak akan dapat sebarang jawapan,” katanya. “Alat elektronik penumpang juga bermungkinan menjadi amat penting dalam menentukan apa yang terjadi dan bila ia terjadi.” -- Agensi
Agensi
Tue Mar 18 2014
Gambar Hiasan
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Boeing bakal berhentikan 2,500 pekerja di AS
Langkah pemecatan itu dikatakan sebagai sebahagian daripada rancangan untuk mengurangkan 17,000 tenaga kerja global.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pekerja Boeing terima cadangan kontrak baharu, tamatkan mogok
Mogok oleh puluhan ribu pekerja Boeing berakhir selepas mereka menerima tawaran yang lebih baik oleh pengeluar pesawat AS itu,
Boeing tawarkan kenaikan gaji 38 peratus kepada pekerja mogok
IAM pada Khamis memaklumkan bahawa 33,000 ahlinya di Boeing akan diminta mengundi tawaran itu pada Isnin ini.
Boeing pertimbang untuk jual perniagaan aeroangkasa
Disebabkan keadaan syarikat semasa, kini Boeing melihat untuk keluar daripada perniagaan tersebut, dan ingin menjualnya.
Mogok: Boeing tingkatkan tawaran gaji dan bonus
Boeing umum rancangan menyelesaikan mogok oleh kesatuan pekerja terbesarnya dengan tawaran baharu kenaikan gaji dan bonus.
Boeing hentikan ujian penerbangan 777X selepas kesan kerosakan struktur
Menurut laporan, pesawat itu telah menyelesaikan penerbangan selama lebih lima jam dari Hawaii sebelum masalah itu ditemui.
Angkasawan NASA mungkin pulang dengan kapsul milik SpaceX
Pertimbangan dibuat jika Starliner masih dianggap tidak selamat untuk kembali ke bumi.
Boeing ramal 2.4 juta pekerjaan baharu dalam industri penerbangan untuk tempoh 20 tahun
Boeing meramalkan keperluan hampir 2.4 juta golongan profesional baharu dalam industri penerbangan bagi tempoh 20 tahun akan datang.